''Bila Anak Ikut Perangai Ayah Dia,'' Beria Usyar Awek Meja Sebelah, Kan Dah Kantoi Dengan Ibu!

Memikat wanita adalah perkara biasa bagi lelaki dewasa, namun kali ini orangnya masih bayi sudah tertarik pada perempuan di meja sebelah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang lumrah lelaki mudah tertarik dengan perempuan cantik, tidak kiralah anak kecil atau dewasa memang mereka memiliki kebolehan untuk memikat wanita.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Kecil-kecil dah ada kemahiran memikat wanita, ikut sangat perangai si ayah
  • Cara tingkatkan keyakinan diri anak-anak

Tular di media sosial seorang bayi lelaki yang ralit merenung wanita di meja sebelah ketika keluar makan bersama keluarganya. Dia kelihatan sangat comel merenung sambil tersenyum seolah-olah begitu tertarik dengan kecantikan wanita itu.

Kecil-kecil dah ada kemahiran memikat wanita, ikut sangat perangai si ayah

Perkongsian seorang ibu di laman tiktok mengenai bayi lelakinya mendapat perhatian netizen apabila jelas kelihatan bayi lelakinya merenung wanita di sebelah meja ketika di sebuah kedai makan.

Bayi lelaki itu kelihatan sangat comel apabila ralit merenung wanita berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia kemudiannya tersenyum meleret apabila akhirnya wanita itu melambai kepadanya apabila mengetahui dirinya diperhatikan bayi lelaki berkenaan. 

Ibu kepada kanak-kanak lelaki itu juga sempat bergurau yang beliau bersyukur anak kecilnya sudah satu memilih yang cantik untuk dijadikan menantunya. 

Ternyata kanak-kanak ini jenis ramah, tidak takut orang dan yakin diri. Moga membesar dengan sihat dan berani ya adik!

Cara tingkatkan keyakinan diri anak

Tidak semua kanak-kanak dilahirkan dengan keyakinan diri yang tinggi. Ada kalanya cara kita membesarkan anak itu mempengaruhi tahap keyakinan dirinya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi bagaimana caranya untuk tingkatkan keyakinan diri anak anda?

#1. Jadilah pendengar setia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak bercerita, cubalah beri perhatian kepadanya. Setiap apa yang diperkatakan, cubalah ambil berat dan sentiasalah jadi pendengar yang setia kepada anak. 

Walaupun sibuk, carilah masa untuk anda mendengar cerita seharian anak anda kerana ini akan membantu mereka yakin untuk bercerita mengenai apa yang berlaku kepada dirinya setiap hari disamping meningkatkan keyakinan diri mereka.

#2. Beri perhatian dan kasih sayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perhatian dan kasih sayang antara perkara yang kita nampak remeh tetapi sangat mempengaruhi perkembangan karakter anak-anak. Jangan terkejut anak yang kurang diberi perhatian lebih kurang yakin dirinya.

#3. Jangan sabotaj anak

Apa makna sabotaj anak? Bila anak buat sesuatu yang baik, ada orang puji tetapi anda menidakkan apa yang diperkatakan orang itu. Sebagai contoh, ‘bagusnya anak akak, dengar cakap, pandai urus diri’ tapi anda pula membalas ‘alah, sebab depan orang je tu’.

Itu antara contoh anda sabotaj anak sendiri yang mungkin akan sebabkan mereka malas dan tidak bermotivasi untuk melakukan perkara baik selepas ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Mengapa Anak Saya Terlalu Takut Dengan Orang? Ini Penjelasannya

Baca juga: 10 cara ibu bapa boleh menghancurkan keyakinan diri anak sendiri

Baca juga: Cara Tingkatkan Keyakinan Diri Anak Dengan Hanya 13 Langkah Ini – No #2 Paling Penting Ya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar