5 Tips Menjadi Menantu Yang Baik Di Depan Mentua & Ipar Duai, Tak Susah Pun!

Menantu yang baik adalah menantu kesayangan keluarga. Pastikan anda ikuti tips ini untuk menjadi menantu terbaik di hari Raya ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menantu yang baik adalah menantu yang mendapat tempat dalam hati keluarga mentua. Betul atau tidak? Percaya atau tidak, ramai wanita mengidamkan untuk menjadi menantu kesayangan keluarga suami.

Sekiranya anda baru pertama kali nak pulang beraya di kampung mentua, kami pasti ramai yang agak gementar bukan? Jadi disini, kami ingin kongsikan beberapa tips untuk anda jadi menantu yang baik di hari Raya ini.  

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tips untuk menjadi menantu yang baik 

Tips untuk menjadi menantu yang baik di hari Raya ini

#1. Jangan bangun lewat

Walaupun keluarga mentua anda mungkin kelihatan sporting, tetapi pastikan anda tidak bangun lewat apabila berada di keluarga mentua.

Bantulah keluarga mentua anda dalam menyediakan sarapan. Jangan sampai pula sarapan anda sudah terhidang. 

#2. Bawa buah tangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila pulang ke rumah mentua, bawalah bersama buah tangan untuk mereka. Kenal pasti apa yang keluarga mertua atau ibu mentua anda suka seperti pakaian, tudung atau makanan. 

#3. Ringankan tulang membantu di dapur

Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membantu ibu mertua anda menyediakan juadah hari raya. Tetapi, yang penting adalah jangan pula anda ambil alih tugas utama memasak juadah utama ibu mertua.

Apa-apa pun, pastikan anda sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu mereka di rumah walaupun tugas tersebut kecil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Cari tugas yang mudah dilakukan

Sewaktu berada dalam keluarga mentua, anda boleh lakukan beberapa tugas mudah seperti membasuh pinggan, pasang langsir, kemas rumah dan sebagainya. Yang penting, anda dilihat untuk sentiasa membantu dalam hal-hal kerja di hari Raya. 

#5. Sentiasa beri perhatian dan berbual

Sebaiknya, janganlah buat hal sendiri sewaktu anda berada di keluarga mertua. Lebih baik anda luangkan masa beramah tamah dan sentiasa berbual dengan keluarga mertua dan ipar duai anda.

Jangan lakukan perkara-perkara ini sewaktu berada dalam keluarga mertua

  • Jangan memburuk-burukkan keluarga mertua. Dalam melayani karenah keluarga mertua, pasti ada yang terasa, bersabarlah.
  • Jangan sentiasa duduk bilik dan tidak bergaul.
  • Kurangkan bermain telefon dan banyakkan komunikasi.

Semoga dengan perkongsian kami kali ini, anda mendapat manfaat dan dapat menjadi menantu yang baik di hari Raya Aidilfitri ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Ibu Mentua Sanggup Buang Juadah Raya Yang Menantu Buat Kerana Takut Terbawa Covid-19

Baca Juga: Bila Ramai-Ramai Balik Kampung, Jagalah Aurat Dengan Ipar Agar Tidak Terpalit Dosa

Baca Juga: Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman