Kenali Apakah Penyakit Dermatitis Atopik & Cara Merawatnya Dengan Berkesan Di Rumah

Menarini Group melancarkan produk perlindungan kulit bagi membantu para penghidap penyakit dermatitis atopik (AD) bagi golongan kanak-kanak dan dewasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah alahan kulit sering terjadi kepada golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Antara penyakit kronik sering disebut pada peringkat global adalah Dermatitis Atopik (AD). Sehubungan itu, Menarini Group telah memperkenalkan produk Relizema-Dermarel bagi memberikan perlindungan dan kelegaan segera apabila berlakunya keradangan.

Untuk pengetahuan anda, penyakit Dermatitis Atopik (AD) ini menyerang lebih 20 peratus kanak-kanak dan 8 peratus orang dewasa di kebanyakan negara. Jumlah global juga menganggarkan seramai 230 juta penghidap AD dan dijangka terus meningkat terutamanya di Asia, Afrika dan Eropah Barat.

Menarini Group hasilkan produk bagi merawat masalah AD

Setiap masalah dan penyakit yang timbul pasti akan ada ubatnya. Penting untuk anda memastikan orang tersayang mendapat rawatan terkini agar gangguan alahan ini dapat segera diatasi.

Menurut Pengurus Produk Kumpulan bagi Portfolio Respiratori, Dermatologi & Kesakitan di A. Menarini Singapore, Christy Phang menjelaskan rawatan untuk penyakit AD boleh mencecah kos yang tinggi. Yuran perubatan ini terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga. 

Bagi penghidap AD pula perlu berdepan dengan kualiti hidup yang merudum disebabkan oleh ketidakselesaan pada tubuh atau perasaan malu dengan keadaan diri dan sekaligus memberikan kesan negatif terhadap psikologi mereka.

Mengenali penyakit Dermatitis Atopik dan puncanya

Dermatitis Atopik atau dikenali sebagai ekzema atopik adalah penyakit keradangan kulit yang kronik. Ia dikategorikan berdasarkan kegatalan teruk dan tompokan berkuping pada kulit.

Rasa gatal ini boleh menganggu aktiviti harian, waktu tidur dan proses pembelajaran. Biasanya ia penyakit ini terjadi berbeza mengikut usia dan dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:

  • Fasa bayi atau anak kecil (4 bulan hingga 2 tahun)
  • Fasa kanak-kanak (2 hingga 10 tahun)
  • Fasa remaja dan dewasa (10 tahun hingga dewasa)

Dalam kalangan bayi, tanda penyakit AD bermula apabila timbulnya keruping di bahagian kepala, kemudian ia merebak ke bahagian muka, anggota badaan sehingga lipatan kulit.

Di peringkat dewasa, penyakit ini boleh memberi kesan pada wajah dan bahagian atas kawasan kemaluan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rawatan dermatitis atopik bagi meningkatkan kesihatan kulit

#1. Krim pelembap

foto: freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk menghalang terjadinya keradangan, usaha mengurangkan kulit yang kering adalah melalui penggunaan krim pelembap dan emolien setiap hari. 

#2. Elak mandi terlalu lama menggunakan air panas

Bila kekeringan pada kulit dapat dikurangkan, rasa hendak menggaru dan risiko jangkitan kulit juga dapat diatasi. Bukan itu sahaja, penghidap masalah AD ini turut dinasihatkan untuk mengelakkan mandi dengan lama menggunakan air panas agar kelembapan kulit tidak hilang.

#3. Rawatan perubatan

Rawatan perubatan untuk keradangan biasanya melibatkan penggunaan krim kortikosteroid, manakala AD yang teruk memerlukan ubat imunosupresan sistemik atau fototerapi dengan sinaran ultraviolet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Penggunaan rangkaian produk dari Menarini Group

  • Relizema-DermaRel

Bagi mengawal serangan AD, Menarini Group memperkenalkan rangkaian yang diuji secara dermatologi bagi golongan dewasa dan kanak-kanak. Ia dapat menenangkan, memperbaiki dan melindungi kulit kering dan sensitif.

  • Relizema Cream

Ia adalah rawatan topikal generasi baru yang diperkaya dengan bahan antioksidan dan bertindak sebagai pelindung kulit, melembapkan kulit dan memberikan kelegaan segera apabila gatal atau kemerah-merahan.

  • DermaRel Lipid Replenishing Cleanser

Gel pembersih harian ini dapat merawat wajah dan tubuh yang kering dan sensitif. Ia selamat digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa. Pembersih ini mampu menjadi pelindung kulit semula jadi, menggalakkan penghidratan lebih cepat. Ia kaya dengan bahan seperti gliserin, nikotinamida dan asid amino.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • DermaRel Ultra Hydrating Lotion

Losen ini diformulasikan dengan 3 jenis ceramida berbeza bagi membantu membaiki semula pelindung kulit semula jadi, gabungan minyak sayuran yang meningkatkan penghidratan dan keanjalan kulit dan kompleks ceramida larut lipo larut lemak yang melindungi kulit.

  • DermaRel Spray & Go

Semburan bukan-gas ini diformulasi untuk melindungi kulit yang lembut dan sensitif pada kanak-kanak, orang dewasa dan penyakit yang menghidap masalah ruam pada kawasan kemaluan serta punggung.

Ia adalah semburan menenangkan bagi mencegah rasa sensasi akibat kemerahan dan terbakar.

Bagi keterangan lanjut mengenai produk Relizema-Dermarel, anda boleh lawati klinik terdekat atau merujuk pegawai penjagaan kesihatan yang bertauliah atau terus layari laman web www.relizema-dermarel.info/

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: theAsianparent Indonesia

Baca juga: Mandian Susu Ibu BERKESAN Merawat Masalah Kulit & Ekzema, Ibu Wajib Cuba Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan