Trend Cederakan Diri Sendiri Makin Meningkat Di Kalangan Remaja & Kanak-Kanak, Anda Tahu Tandanya?

Jangan biarkan anak berseorangan dan menyembunyikan perasaannya, kerana mungkin dia boleh membahayakan keselamatan diri...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda tahu bagaimanakah cara mengenali tanda-tanda dan gejala mencederakan diri sendiri pada kanak-kanak mahupun remaja?

Kini, perbuatan mencederakan diri sendiri seolah-olah satu trend yang diikut oleh golongan remaja mahupun budak-budak. Ia mungkin kerana lambakan video bahaya yang mengandungi tutorial bunuh diri di Youtube!

Akan tetapi, mencederakan diri sendiri itu juga adalah salah satu gangguan psikiatri yang berkaitan dengan kemudaratan yang dilakukan boleh membahayakan diri. 

Apakah maksud di sebalik mencederakan diri sendiri? 

Istilah ini digunakan ketika seseorang individu sama ada kanak-kanak, golongan remaja mahupun orang dewasa dengan sengaja mencederakan diri sendiri di bahagian tubuh mereka.

Biasanya, ia dilakukan sebagai cara untuk mengatasi tekanan emosi yang keterlaluan. 

Sesetengah anak muda yang membahayakan diri ini mempunyai pemikiran untuk membunuh diri. Mereka membahayakan diri sendiri dengan cara seperti berikut: 

  • Membakar anggota tubuh dengan rokok atau pemetik api 
  • Meracunkan diri sendiri 
  • Penyalahgunaan alkohol 
  • Sengaja membuat diri kelaparan 
  • Menggosak permukaan kulit dengan kaca, batu, pisau dan sebagainya 
  • Menarik rambut dengan sangat kuat 

Kajian menunjukkan mencedera diri sendiri ini lazimnya berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. 

Rata-ratanya juga tidak meminta pertolongan selepas mereka cuba membahayakan diri sendiri dan mungkin menyembunyikan perkara tersebut daripada diketahui ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda mencederakan diri sendiri 

Adalah sangat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda awal supaya dapat mengambil langkah ke arah rawatan yang sesuai. Berikut antara tanda-tanda yang boleh terjadi:

  • Ada lebam di bahagian pergelangan tangan, lengan bawah, paha dan dada.
  • Mengasingkan diri dari rakan dan keluarga.
  • Mempunyai keinginan untuk menyakiti diri sendiri.
  • Tidak mempunyai minat dalam aktiviti yang pernah mereka minati sebelum ini.
  • Keinginan untuk mengambil nyawa mereka sendiri
  • Mempunyai harga diri yang rendah dan membuat kenyatakan sudah berputus asa dengan hidup.
  • Secara konsisten menyalahkan diri sendiri dengan masalah yang berlaku.
  • Penyalahgunaan dadah
  • Kehilangan berat badan yang luar biasa atau kenaikan berat badan
  • Perubahan tabiat makan.
  • Kehidupan yang tidak terurus 

Punca-punca 

Beberapa faktor boleh menyumbang kepada peningkatan untuk berlakunya kemudaratan diri seperti:

  • Faktor keluarga 

Salah satu sebab adalah kerana perceraian ibu bapa yang boleh menyebabkan kanak-kanak cenderung untuk mencederakan diri. 

  • Gangguan mental 

Mereka menganggap ia adalah satu penyelesaian untuk tekanan psikologi yang luar biasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penyalahgunaan fizikal dan seksual 

Terdapatnya gangguan fizikal dan seksual yang mempengaruhi kelakukan anak-anak. 

  • Masalah di sekolah 

Buli adalah salah satu faktor pendorong utama bagi golongan muda untuk membahayakan diri sendiri. 

  • Tekanan hidup 

Masalah sosioekonomi, kesulitan kewangan, tekanan dari rakan sebaya, konflik hidup dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pengaruh rakan sekerja 

Pengaruh rakan untuk melakukan tingkah laku yang boleh membahayakan diri kerana terdedah kepada tekanan yang sama. 

  • Media dan internet 

Pendedahan diri dalam media dapat meningkatkan risiko yang terjadi lantas digunakan untuk membahayakan diri sendiri. 

  • Penyalahgunaan bahan

Beberapa orang muda menyalahgunakan alkohol sebagai ubat untuk menyelesaikan masalah. Mabuk dapat mengurangkan daya ingatan yang normal sekaligus memudahkan tingkah laku merbahaya terjadi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gangguan psikiatri yang berkaitan dengan kemudaratan diri 

Rawatan yang boleh dilakukan 

  • Rujukan kepada kesihatan mental untuk menentukan tahap sokongan yang diperlukan. 
  • Rawatan ideal supaya mereka dapat bercakap tentang perasaan dan masalah yang menyelubungi diri. 
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap kesihatan fizikal mereka. 
  • Terapi kognitif-tingkah laku : Rawatan utama untuk kemurungan dan gangguan. Doktor akan melakukan penyiasatan dari segi fikiran, tinglah laku, mood dan emosi pesakit.
  • Menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah dan mengawal depresi. 

Diharap masyarakat mula memberi kesedaran tentang masalah yang membelenggu golongan muda seterusnya membanteras masalah jiwa yang dihadapi golongan ini. Semoga bermanfaat. 

Jangan lupa like facebook page theAsianparent Malaysia untuk informasi yang lebih menarik. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Gponline

Baca juga: 

Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan