7 Fungsi Otak Anak Akan Terjejas Jika Terus Biarkan Dia Sepah Mainan, Tapi Tak Pandai Kemas Balik!

Ramai yang mesti mencari cara mendidik anak dengan baik. Aspek apa yang perlu ditekankan sebenarnya kepada anak-anak ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang mesti mencari cara mendidik anak dengan baik. Bila tengok saja influencer di laman sosial, segalanya nampak perfect. Mulalah rasa rendah diri.

Hakikatnya, masing-masing perlu banyak belajar sebenarnya sebenarnya cara mendidik anak dengan baik kerana perkara ini sangat subjektif.

Satu perkara yang ibu bapa perlu beri perhatian adalah kemahiran anak mengemas semula selepas bermain. Nampak simple kan? Tetapi ia sangat penting ya. 

Baca juga: Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis

Mendidik anak dengan baik pastikan soft skill cemerlang!

Cuba perhatikan anak anda. Dia memang cemerlang dalam pelajaran, seawal usia tiga tahun sudah kenal A,B,C tetapi adakah soft skill nya cemerlang?

Menurut perkongsian Pengasas Channel Positif Parent Circle, Mohd Fhais, anak suka sepahkan mainan tetapi tak pandai kemas balik itu tandanya Executive Function ( EF ) anak sangat lemah.

Katanya, EF ni adalah skil paling mahal yang ada pada otak manusia. Jika lemah EF ni maka 7 fungsi otak kita akan turut lemah. Jadi bila 7 fungsi otak ini lemah,  bayangkan bagaimana kesannya akan mempengaruhi kehidupan anak kita. 

#1. Growth thinking

Lemah growth thinking ini maka coping skill dan cognitive thinking anak jadi lemah. Anak akan lemah dalam menyelesaikan masalah dan susah nak belajar ilmu baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mulalah bila bahagian ini lemah, nak pilih kasut mana untuk dipakai pun jadi masalah besar pada dia. Walaupun anak masih kecil, kemahiran menyelesaikan masalah amat penting untuk anak kuasai.

#2. Planning

Merancang ini adalah satu keistimewaan otak kita. Ia buat otak kita sentiasa dalam keadaan “bersedia” untuk berfikir. Bila lemah part planning ini, mana arah kiri dan kanan pun anak jadi mudah keliru.

Jangan terus biarkan anak anda dalam keadaan seperti ini. Bila semakin meningkat dewasa ia akan mempengaruhi mereka. Sudah pasti anda tidak mahu anak anda selemah ini kan? Kita yang membentuk anak, jadi biarlah dibentuk dengan betul dan membawa kebaikan kepada mereka bukan saja untuk jangka pendek tetapi jangka panjang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Self-Monitoring

Lemah skil ni maka anak susah nak polish bakat semulajadi dia. Dari self-monitoring ini la anak belajar untuk sesuaikan diri dengan kelemahan dan kelebihan diri sendiri.

Bila lemah di bahagian ini, maka dia suka apa pun dia sendiri tidak tahu. Kesian kan? Jadi cepat-cepatlah ubah cara kita didik anak jika lihat perkara seperti ini mula berlaku dan menampakkan kesan.

#4. Self-Control

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Self-Control ini melibatkan kawalan tingkah laku, pemikiran, emosi dan jiwa anak. Jika lemah part ini maka semua ini boleh jadi tidak terkawal.

Itu la senang nak jadi tantrum, mengamuk, stress, depress dan sebagainya. Tidak semestinya dia tantrum EF nya lemah. Tetapi jika tidak kena dengan umur, mungkin ada kaitannya. 

#5. Working Memory

Apa yang kita nasihat, apa yang anak belajar semua akan di simpan dalam part ini. Jika memori lemah, maka semua yang kita ajar akan jadi sia-sia. Satu pun dia tak ingat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini sangat penting untuk pencapaian anak bukan saja dalam akademik tetapi juga dalam hidup mereka. Jangan biarkan jika anda perasan ini berlaku pada anak.

#6. Time Management

Anak yang lemah part ini susah nak track dan faham tentang masa. Kita cakap, “lepas main pergi mandi” dia buat tak tahu je. Kita cakap, “tunggu ibu habis kerja baru boleh keluar”, pun dia tak faham.

Bukan buat buat tak faham tapi memang dalam otak dia tak ada program untuk proses tentang “masa” ini.

#7. Organization

Bagaimana bersepah mainan di sekeliling mereka, begitu juga la bersepahnya maklumat dalam otak dia. Berselirat habis “data data” tak di susun.

Kemampuan anak untuk berfikir dan proses maklumat bergantung penuh pada kemampuan dia organize data-data dalam otaknya. Jika selirat macam ni, memang selalu hang la otaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pentingnya kita ajar anak rajin mengemas dan jaga kebersihan bukan untuk dia tak jadi pemalas semata-mata.

Tujuan utama kita galakkan anak rajin mengemas dan jaga kebersihan ni ialah supaya kita dapat latih otak dia supaya jadi rajin berfikir.
Bahaya bila anak boleh tak rasa apa-apa, dan boleh relaks lagi bermain dalam keadaan bersepah yang teruk begini. Tolong ajar anak kemas balik please!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mohd Fhais

Baca juga: 7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!

Penulis

Lala Annuar