X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Ajar Anak Tentang Kematian, Ibu Kena Selalu Ingatkan Sebagai Persediaan Awal

5 min bacaan
Cara Ajar Anak Tentang Kematian, Ibu Kena Selalu Ingatkan Sebagai Persediaan Awal

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ibu ayah perlu ajar anak mengenainya sebagai persediaan awal sekiaranya ia terjadi

Salah satu peristiwa yang sangat memilukan dalam kehidupan adalah kematian orang yang kita sayangi. Tetapi kejadian ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan ibubapa perlu mengajar anak mengenainya walaupun ia bukan topik yang mudah ataupun yang selesa untuk dibincangkan. 

Kanak-kanak selalu bertanya soalan-soalan yang sukar dan orang dewasa biasanya akan mengelak dari menjawabnya.

Cabaran apabila membincangkan kematian

mengajar anak tentang kematian

Orang dewasa lebih suka menyembunyikan emosi sebenar mereka dan mengelakkan topik ini. Alasan yang seringkali digunakan adalah:

  • “Saya perlu melindung anak saya dari topik ini.”
  • “Jika saya tak ungkitkan, saya tak perlu bincangkan.”
  • “Anak saya tidak akan memahaminya.”
  • “Saya tidak mempunyai semua jawapan.”

Anda mungkin berfikir anak tidak sedar perubahan dalam tingkah laku ibubapa mereka apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Sebenarnya, mereka dapat mengesan perubahan hanya dengan memerhatikan anda.

Dengan menyembunyikan emosi anda, ini menghantar mesej bahawa kematian adalah perkara yang tidak baik dan kita tidak perlu bercakap mengenainya.

Sepatutnya, anda harus berfikiran terbuka dan bersedia untuk membincang walaupun ia topik yang sukar. 

Dengan menunjukkan kepada mereka secara jujur ini boleh membantu mereka memahami kesedihan dan emosi yang akan dihadapi.

Cara Ajar Anak Tentang Kematian, Ibu Kena Selalu Ingatkan Sebagai Persediaan Awal

Panduan am pemahaman kanak-kanak mengikut umur

  • Kanak-kanak prasekolah boleh melihat kematian sebagai sesuatu yang tidak kekal, yang boleh berubah dan berasa terpisah darinya.
  • Kanak-kanak berumur 5 – 9, kebanyakan mula faham bahawa segala benda hidup akhirnya akan mati.
  • Kanak-kanak berumur 9 hingga remaja, akan mula faham kematian adalah muktamad dan mereka juga akan mati suatu hari nanti.

Kanak-kanak akan mencari cara yang berlainan untuk meluahkan perasaan mereka semasa berkabung. Ada yang akan memendam perasaan dan ada yang mungkin berasa marah, terutamanya kanak-kanak yang lebih tua.

Ibubapa perlu sentiasa bertolak ansur dan memberi sokongan yang positif apabila anak mereka sedang melalui tempoh ini. Jangan terlalu bimbang kerana fasa ini bukan untuk selama-lamanya.

Tips bagaimana untuk membincang kematian dengan anak

  1. Jika berlakunya kematian, beritahu anak tentang hal itu dengan segera dan secara jujur. Kongsi perasaan anda dan jangan biarkan mereka berasa terpinggir.
  2. Biarkan mereka tahu bahawa tiada apa yang terlalu menakutkan atau menyakitkan hati sehingga ia tidak boleh dibawa berbincang.
  3. Gunakan penjelasan ringkas dan mudah. Elak dari menggunakan kata-kata seperti “tidur”, “hilang” atau “pergi” untuk menerangkan kematian.
  4. Gunakan contoh yang biasa dan senang difaham (sesuatu yang sudah mati tidak akan bernafas, makan, bercakap, berfikir, atau merasa apa-apa lagi).
  5. Dari masa ke semasa, anak boleh melalui pengalaman yang berbeza dan mungkin akan banyak menyoal kerana ingin faham. Galakkan mereka untuk bertanya soalan, kemudian semak semula tahap pengetahuan dan pemahaman mereka.
  6. Bantu mereka untuk memahami kaitan antara kematian dan emosi yang mereka lalui.
  7. Yakinkan anak yang anda menyayangi mereka, dan ianya bukan kesalahan mereka jika kematian berlaku.

Cara lain untuk ajar anak tentang kematian

Orang dewasa selalunya tidak sanggup berterus terang dengan memberitahu anak kecil tentang apa yang telah berlaku.

ajar anak tentang kematian

Namun sebenarnya mereka mungkin sudah menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan mungkin berasa cemas dan keliru jika mereka tidak diberitahu siapakah yang meninggal dunia.

Justeru ada beberapa tips untuk anda memberitahu anak yang masih kecil mengenai kematian. Antaranya adalah:

#1. Bercakap dengan kanak-kanak tentang kematian 

Mereka mungkin berasa takut atau mempunyai soalan yang mereka bimbang untuk ditanya. Bercakap tentang kematian mungkin membuatkan mereka berasa lebih selesa untuk bertanya soalan ini, dan mungkin berasa selesa untuk bercakap tentang perasaan mereka.

Jika anak tidak diberitahu tentang kematian dan siapakah yang meninggal dunia, mereka mungkin mula membuat andaian sendiri sebab orang itu tiada lagi.

Tidak mengetahui punca kematian orang tersayang mungkin membuatkan anak berasa bersalah serta mula bimbang tentang apakah yang sedang berlaku sebenarnya. 

#2. Beritahu pada anak apa yang diharapkan

Jika kematian orang yang disayangi bermakna ia akan mengubah sepenuhnya kehidupan atau rutin anak terangkan apa yang akan berlaku. Ini membantu anak untuk lebih bersedia.

Contohnya, “Mak Cik Sara akan menjemput kamu dari sekolah.” Atau, “Kamu perlu tinggal bersama Atuk selama beberapa hari.”

#3. Jelaskan peristiwa yang akan berlaku

Bawa anak menyertai proses menguruskan jenazah meliputi mandi jenazah, kafankan jenazah, solat jenazah dan pengebumian di tanah perkuburan.

Beritahu mereka terlebih dahilu apa yang akan berlaku. Misalnya ”Ahli keluarga dan orang yang menyayangi kita akan berada bersama sehingga proses pengebumian selesai. Mereka akan menangis disebabkan kehilangan ini.”

Selain itu ibu ayah boleh kongsikan kisah kehidupan dan perjalanan roh selepas kematian.

#4. Bahagikan peranan untuk setiap anak

Biasakan anak dengan tanggungjawab sebagai abang atau adik sejak dari mereka kecil. 

Mempunyai peranan yang kecil dan aktif membolehkan kanak-kanak merasakan sebahagian daripada sesuatu dan membantu mereka mengatasinya.

Ketika kematian orang tersayang, ajarkan mereka untuk mengaji di samping jenazah serta membantu tugas yang mudah semasa proses pengurusan jenazah.

#5. Dapatkan lebih banyak bantuan jika perlu

Jika kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba, anak yang masih kecil akan menerima tekanan emosi begitu mendalam.

Mereka mungkin memerlukan terapi untuk membantu mereka sembuh. Jika keadaan ini terjadi berlarutan selama lebih daripada beberapa minggu, bawalah mereka berjumpa dengan doktor di klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan bersesuaian.

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Semoga bermanfaat.

Kids Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Isteri Perlu Sediakan 1 Fail Keluarga Yang LENGKAP, Penting Bila Berlakunya Kematian!

Baca juga: Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

Baca juga: Tempoh Edah Kematian Suami Atau Bercerai Hidup, Ini Panduan Lengkap Buat Kaum Isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Cara Ajar Anak Tentang Kematian, Ibu Kena Selalu Ingatkan Sebagai Persediaan Awal
Kongsikan:
  • Anak mati mengejut di taska, tapi mengapa? Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan anak!

    Anak mati mengejut di taska, tapi mengapa? Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan anak!

  • Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

    Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak mati mengejut di taska, tapi mengapa? Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan anak!

    Anak mati mengejut di taska, tapi mengapa? Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan anak!

  • Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

    Berita Mengejutkan! Dua Kematian Warga Malaysia Akibat Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.