Anak Nak Berpuasa Juga? Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Mereka Berpuasa Penuh!

Berpuasa bermaksud "menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila masuk sahaja bulan Ramadan, umat Islam akan menunaikan ibadah berpuasa sebelum menyambut kehadiran Syawal. Ramai juga anak-anak kecil yang mengujar hajat untuk berpuasa buat kali pertama. Wah, seronoknya bila anak berkata begitu! Tapi apakah cara untuk mengajar anak berpuasa dengan mudah?

Bagi orang dewasa, kita sudahpun memahami mengapa kita perlu berpuasa dan akan cuba sesungguh hati untuk berpuasa penuh. Tetapi bagi kanak-kanak pula, lagi-lagi yang kecil, ini akan menjadi satu cabaran untuk mereka memahami erti puasa.

Jadi apa yang perlu kita buat? Jom baca!

Maksud puasa di bulan Ramadan

Kredit: Pexels

Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga dan wajib ditunaikan oleh semua umat Islam apabila tiba bulan Ramadhan. Di dalam bahasa Arab, berpuasa bermaksud “menahan diri’.

Manakala dari segi syarak, berpuasa bermaksud “menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengajar anak berpuasa yang tidak membebankan mereka

Kredit: Mooimom

Ibu, ingat tau! Anak-anak yang baru hendak belajar berpuasa ini tidak boleh dipaksa sekiranya mereka tidak mampu. Sama juga seperti solat, ibadah ini memerlukan latihan dengan kerap agar mereka lebih biasa.

Sekiranya mereka ingin membuka puasa pada waktu tengah hari, tidak mengapa! Sekurang-kurangnya mereka telahpun mencuba. Selain itu, ini antara cara mengajar anak berpuasa yang anda perlu tahu:

1# Rukun Islam

Semuanya harus bermula dengan asas yang kuat. Ajarkan mereka tentang berpuasa merupakan salah satu daripada rukun Islam. Tanamkan di dalam diri mereka tentang amalan rukun Islam yang wajib dipatuhi orang Islam dan berpuasa merupakan salah satu daripadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Menceritakan tentang kebaikan berpuasa

Sama ada dari sudut agama mahupun dari sudut saintifik. Jelaskan kepada mereka tentang kebaikan-kebaikan berpuasa. Anak-anak ini mudah sahaja, jika anda jelaskan kepada mereka baik-baik nescaya mereka akan faham dan rasa lebih bersemangat.

3# Tidak memaksa atau mendesak

Kredit: detikFood

Berikan mereka peluang untuk faham tentang puasa di bulan Ramadan. Biar mereka berpuasa mengikut kemampuan umur mereka. Mereka akan lebih ikhlas melakukannya dan ia akan menjadi lebih mudah buat mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4# Tegas

Sekiranya usia mereka sudah cukup matang untuk berpuasa, kita sebagai ibu bapa harus tegas dalam menekankan pelaksaan ibadah puasa oleh mereka.

5# Usia muda

Mulakan pembelajaran tentang berpuasa di bulan Ramadan sejak mereka kecil. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dan mula berminat dengan ibadah puasa.

6# Hormati orang berpuasa

Ajaran mereka untuk memuliakan orang yang menjalankan ibadah puasa. Memberi keutamaan untuk berbuka dahulu, tidak makan atau minum di hadapan mereka, menjaga pertuturan dan kelakukan di hadapan mereka.

7# Akibat tidak berpuasa

Terangkan kepada mereka tentang akibat meninggalkan puasa. Biar mereka tahu yang meninggalkan puasa bukanlah satu pilihan melainkan sakit, bermusafir atau mereka yang mendapat ruksah berpuasa.

8# Ganjaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Verywell Health

Berikan mereka ganjaran untuk pencapaian mereka. Contohnya memasak masakan kegemaran mereka pada hari yang mereka berpuasa. Ataupun jika mereka berjaya puasa penuh, anda boleh janjikan mereka satu ganjaran pilihan mereka. Pastikan tetap bajet siap-siap ya!

9# Carta puasa

Galakan mereka dengan membuat carta harian berpuasa. Letakkan pelekat comel untuk membuatkan mereka teruja. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti di bulan puasa bagi membantu mereka lupa tentang rasa lapar. Aktiviti tersebut tidaklah perlu melibatkan fizikal, cukup sekadar agar masa berlalu dengan lebih pantas bagi mereka.

10# Contoh

Cara paling baik untuk menggalakan anak-anak ialah dengan menunjukan contoh yang baik. Tunjukan pada mereka kemanisan menjalankan ibadah puasa, mereka akan tertarik untuk mengikut.

Ia kelihatan seperti sukar tetapi sebenarnya ianya tidak. Percaya pada keupayaan mereka dan mereka akan percaya yang mereka boleh melakukannya. Ini merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam membentuk mereka.

Semoga berjaya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: dalamislam, fabulous mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Idea Masakan SOTONG Boleh Anda Cuba Untuk Menu Berbuka Hari Ini, Kaya Protein & Sedap!

Penulis

Aqma