Sudahlah perlu bekerja dari rumah, anak pula mengamuk serentak. Kita boleh terutama ibu-ibu tinggal keseorangan menguruskan rumah tangga mungkin suami perlu bekerja.
Betul-betul serabut jadinya kalau tak kena gaya. Jadi apa yang anda boleh buat jika anak mengamuk serentak dan anda perlu handle seorang diri?
Yang penting perkara pertama perlu buat adalah anda cuba bertenang dulu. Jangan terus beri reaksi segera bila berlakunya kejadian seperti ini kerana boleh jadi anda akan hilang pertimbangan dan perkara lain pula akan berlaku.
Anak mengamuk serentak apa nak buat?
Menurut terapis cara kerja, Siti Aisyah Rozalli, antara cabaran ibu anak lebih dari seorang, adalah bila semua anak meragam serentak. Beliau yang mempunyai empat anak dengan setiap satunya jarak dua tahun memahami keadaan ibu-ibu di luar sana.
Jadi beliau ajarkan antara strategi yang boleh ibu ayah cuba di rumah dalam mengendalikan anak yang mengamuk serentak ini.
#1. Emosi bukan usaha 1 hari
Apa yang perlu diingat dan ditanam dalam minda ibu ayah adalah, emosi bukan usaha satu hari.
Maksudnya, untuk mengelakkan keadaan mengamuk berirama (eh. beramai-ramai) di kalangan anak-anak kita, ia adalah proses yang perlu berlaku setiap hari.
Ia ibarat latihan sebenarnya. Sebelum kita berhenti untuk menjadi ibu yang super.
#2. Anak belajar masa tenang
Perlu diingat perkara ini. Anak belajar sesuatu ketika waktu tenang.
Kalau masa anak mengamuk tu lah kita nak ajar anak apa yang boleh, apa yang tak boleh, jangan bergaduh adik beradik, jangan berebut harta bagai, memang tak jalan.
Sebab. Masa tu, tahap keresahan anak dalam keadaan tinggi.
Anak no.1, tak puas hati mama dia sokong adik.
Anak no.2, tak puas hati mama dia asyik mengiyakan abang je.
So, buat Social Story. Bincang dengan anak, masa waktu tenang. Waktu kita tenang, anak tenang. Buat role play ke, main anak patung sambil cerita tentang sharing ke, berbuat baik sesama adik beradik dan sebagainya.
#3. Adil bukan bermaksud sama
Kalau masa seorang anak mengamuk, kita terpaksa tinggalkan anak seorang lagi untuk uruskan anak yang mengamuk tu.
Nanti, kita akan jadi resah.
“Eh. Takpe ke tinggalkan abang ni. Kesiannya rasa”.
Lagi pula anak seorang lagi tu jenis touchy-touchy kan. Rasa kesian bila terpaksa ketepikan dia untuk uruskan adik yang mengamuk.
It’s okey, Mama Ayah!!!
Adil tak bermaksud sama.
Adil bermaksud kita berikan apa yang diperlukan anak ketika itu.
Anak yang mengamuk, perlu diberikan bantuan untuk tenang dahulu.
Nanti, kita redeem balik dengan anak yang kita minta ketepi tadi.
#4. Fahamkan anak konsep sayang
Rajin cerita pada anak-anak ketika mereka sedang tenang.
Rajin-rajin cerita pada anak.
“Kalau Husam tengah mengamuk, abang-abang semua duduk tepi dulu. Husam tengah tak boleh kawal rasa sedih/marah dia. Bagi mama tolong dia dulu ya”.
Dan cerita ini berlaku semasa semua anak tengah tenang.
“Kalau Imdad rasa marah, ambil bantal dan jerit dalam tu, ya. Kalau kita pukul orang, nanti Mama sedih. Anak soleh sayang orang.”
Beritahu pada semua anak yang mereka saling sayang-menyayangi. Dan kita sayang semua sekali. Dan sebab sayang itu, kita perlu belajar beri ruang kalau ada adik-beradik (atau mama ayah juga) tengah sedih atau marah.
Nanti, sampai waktu mengamuk tu, kita tinggal nak ingatkan semula apa yang kita pernah cerita tu
#5. Latih anak faham maksud emosi
Bila anak faham maksud emosi dan tindakan biasa manusia bila sedang beremosi, anak akan tahu apa yang dirasainya.
Most of the time, anak mengamuk, tantrum, sebab mereka tak faham perasaan besar yang mereka rasa.
Jadi, bila kita selalu cerita, latih anak tentang emosi, nanti anak akan lebih mudah belajar mengawal emosinya, dan respon pada emosi orang lain. Selain itu elak label orang Kalau ternampak ada anak orang lain mengamuk tepi jalan, jangan pula beritahu anak kita :“Ish.. ish nakal anak orang tu mengamuk-ngamuk”.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Emosi Anak Terabai Bila Ibu Ayah Terlalu Sibuk, Ini 7 Benda Penting Anda Patut Buat!
Baca juga: Ibu Bapa Jangan Tengking Si Kecil Kalau Tak Mahu Emosi Dia Cedera Teruk!
Baca juga: Pakar Keluarga Kongsi Tips Bagi Mengatasi Anak Tantrum & Ajar Si Cilik Tentang Emosi Diri