X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Mengandung Selepas Gugur Akan Menjadikan Kandungan Lebih Kuat: Kajian

4 min bacaan
Mengandung Selepas Gugur Akan Menjadikan Kandungan Lebih Kuat: KajianMengandung Selepas Gugur Akan Menjadikan Kandungan Lebih Kuat: Kajian

Mengandung selepas gugur akan menjadikan kandungan lebih kuat menurut kajian, adakah benar? Berapa lama pula masa yang diambil untuk selamat hamil?

Satu kumpulan pengkaji dari University of Aberdeen, UK  mendapati wanita lebih cenderung untuk mendapatkan kehamilan yang berjaya jika mereka hamil dalam tempoh enam bulan selepas keguguran. Nampaknya, mengandung selepas gugur bakal membawa berita baik kepada anda suami isteri!

Ramai wanita tertanya-tanya, bila waktu subur dan waktu tepat untuk mengandung selepas gugur? Di sini ada jawapannya!

Nasihat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) adalah wanita perlu menunggu selama enam bulan selepas keguguran sebelum cuba untuk hamil sekali lagi.

Tetapi, kajian ini mendapati jika anda hamil dalam tempoh enam bulan selepas keguguran, anda akan berisiko lebih tinggi untuk keguguran atau kelahiran pramatang!

"Bertentangan dengan garis panduan WHO, mencadangkan sekurang-kurangnya enam bulan selepas keguguran, analisis kami menunjukkan kurang daripada enam bulan adalah yang terbaik," Dr. Sohinee Bhattacharya berkata kepada The Telegraph.

Battacharya mengatakan pasangan tidak perlu melambatkan kehamilan atas nasihat perubatan, tetapi harus cuba untuk hamil lagi "sebaik sahaja mereka rasa bersedia dari segi mental dan fizikal", dia memberitahu BBC.

mengandung selepas gugur

Mengapa mengandung selepas gugur lebih berjaya?

Para pengkaji masih belum mendapatkan jawapan yang jelas mengapa kehamilan selepas keguguran lebih berjaya, tetapi Bhattacharya memberikan beberapa pandangan:

"Salah satu penjelasannya adalah seseorang yang baru sahaja mengalami keguguran mungkin telah menjaga kesihatan diri mereka dengan lebih baik, lebih bermotivasi dan mungkin juga lebih subur. Tetapi, itu hanya spekulasi pada ketika ini."

Pasangan boleh mencuba lagi apabila mereka rasa bersedia untuk berbuat demikian

"Kajian ini adalah amat penting," Ruth Bender Atik, pengarah kebangsaan Persatuan Keguguran memberitahu BBC.

Baca juga: Punca & Tanda Keguguran Yang Anda Perlu Tahu

"Ia menggalakkan pasangan yang ingin mencuba untuk hamil selepas keguguran, dan juga meyakinkan pasangan yang bimbang bahawa mereka mungkin mengandung terlalu awal selepas keguguran sebelumnya. Paling penting, ia mengesahkan bahawa pasangan boleh memilih untuk mencuba lagi apabila mereka rasa bersedia untuk berbuat demikian. "

Kajian ini menunjukkan bahawa cubaan untuk hamil tidak lama selepas keguguran adalah selamat.

Tetapi, Janine Elson daripada Royal College of Obstetricians menggesa pasangan untuk berbuat demikian hanya apabila kedua-dua mereka berasa bersedia dari segi fizikal dan emosi.

"Kaunseling perlu ditawarkan untuk membantu menguruskan tekanan psikologi," kata Elson.

"Wanita perlu memastikan bahawa kesakitan dan pendarahan mereka telah berhenti dan mereka telah mengambil asid folik sebelum meneruskan aktiviti seksual."

mengandung selepas gugur

Berat badan yang seimbang

Di sini ditegaskan, selain faktor pemakanan dan pengambilan supplemen, amalan gaya hidup bakal ibu dan juga berat badan mempengaruhi kesihatan janin. Sekiranya bakal ibu kekurangan berat badan atau mempunyai berat badan berlebihan, ibu mengandung dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk rujukan.

Berat badan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kesihatan janin terjejas kerana hormon yang tidak seimbang. Jika bakal ibu di sini peminat kopi, anda mestilah kurangkan pengambilan kopi atau elakkan pengambilan kopi kerana risiko untuk janin gugur adalah tinggi jika meminum kopi.

Faktor-faktor lain seperti pendedahan kepada racun perosak, logam berat dan juga bahan pelarut adalah penyebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran.

Mengamalkan senaman

keguguran

Ibu yang sedang pernah mengalami keguguran haruslah tidur dalam bilik yang gelap kerana tidur dalam bilik yang terang boleh menjejaskan pembentukan hormon yang diperlukan untuk ibu hamil, iaitu hormon melatonin dan juga hormon progesteron.

Elakkan stress, dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga gaya hidup yang sihat, kerana emosi ibu yang hamil akan mempengaruhi kesihatan janin.

Sememangnya proses kehamilan amat stress, dan ibu hamil mestilah amalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup sihat, untuk menjamin kehidupan yang terurus.

Untuk elakkan stress, ibu hamil boleh mengamalkan senaman ringan seperti berjalan di taman untuk mengurangkan stress.

Ibu harus pasrah dan redha

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Jika ibu hamil telah mengalami keguguran, ia sememangnya tekanan buat mereka untuk menghadapi kehilangan anak tercinta. Sememangnya, ibu yang pernah mengalami keguguran haruslah mendapat sokongan daripada suami, keluarga, dan juga kawan untuk meneruskan hidup.

Sekiranya anda bersedih terlalu lama akan menjadi tidak normal jika dibiarkan berlarutan sepanjang masa. Si ibu haruslah pasrah dan redha kerana ia adalah sebahagian daripada ujian yang telah ditetapkan tuhan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Mengandung Selepas Gugur Akan Menjadikan Kandungan Lebih Kuat: Kajian
Kongsikan:
  • 10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!

    10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!

  • 7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!

    7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • 10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!

    10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!

  • 7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!

    7 Pelakon Malaysia Ini Pernah Keguguran, Namun Tak Patah Semangat Untuk Hamil Lagi!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.