Mengapa Anda Perlu Menggalakkan Anak Anda Mengorek Hidung Mereka

lead image

Menurut satu kajian baru-baru ini, bukan sahaja kanak-kanak perlu mengorek hidung kita dan makan tahi mereka, sebagai dewasa, kita juga perlu melakukan perkara yang sama.

Lain kali anda melihat anak anda sedang mengorek hidung, janganlah melarang mereka, biarkan mereka sahaja.

Menurut satu kajian baru-baru ini, bukan sahaja kanak-kanak perlu mengorek hidung kita dan makan tahi mereka, sebagai dewasa, kita juga perlu melakukan perkara yang sama.

Kajian yang diterbitkan oleh Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Bioteknologi, berkata tahi hidung mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti, ia boleh membantu melindungi gigi anda.

Menurut kajian itu, tahi hidung mengandungi mucus air liur yang membentuk halangan terhadap bakteria yang boleh menyebabkan kaviti.

canva photo editor 42 1 Mengapa Anda Perlu Menggalakkan Anak Anda Mengorek Hidung Mereka

Hasil daripada penemuan mereka, penyelidik yang mengetuai kajian itu kini sedang mencari peluang untuk membuat lendir sintetik yang boleh dibuat seperti gula-gula getah atau ubat gigi. Lazat!

Tetapi gigi yang sihat tidak hanya manfaat kepada memakan tahi hidung seseorang. Menurut “The Independent”, lender daripada tahi hidung sangat berkesan terhadap jangkitan pernafasan, ulser perut dan HIV.

Dan bukan sahaja ia boleh dimakan, ia boleh melindungi anda daripada bakteria berbahaya, mengorek hidung anda juga boleh menjadikan anda seorang yang lebih bahagia dan sihat.

canva photo editor 40 1 Mengapa Anda Perlu Menggalakkan Anak Anda Mengorek Hidung Mereka

"Memakan tahi hidung kering daripada hidung anda ialah cara yang terbaik untuk menguatkan sistem imun badan. Dari segi perubatan, ia masuk akal dan adalah satu perkara yang semula jadi untuk dilakukan, "kata pakar paru-paru Austria Prof Friedrich Bischinger.

Beliau menambah: "Dari segi sistem imun, hidung ialah penapis di mana banyak bakteria dikumpulkan, dan apabila campuran ini tiba di usus ia berfungsi sama seperti ubat."

Namun, menurut otolaryngologist Dr. Erich Voigt dari NYU, ada sebab-sebab kesihatan yang serius untuk mengapa anda tidak harus mengorek hidung anda.

canva photo editor 44 1 Mengapa Anda Perlu Menggalakkan Anak Anda Mengorek Hidung Mereka

Dalam video Business Insider, Dr. Voigt menjelaskan bahawa memperkenalkan kuman ke dalam hidung, digabungkan dengan aksi mengorek, boleh menyebabkan hidung berdarah. Apabila hidung berdarah, ia " menggalakkan kuman dan meningkatkan kerengsaan dalam hidung anda."

Beliau juga menyatakan bahawa mengorek hidung lebih buruk bagi kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan hidung berdarah yang serius. 

"Bekalan darah ke hidung adalah sangat kuat - terdapat lima arteri di depan hidung sahaja," katanya.

"Apabila kanak-kanak mengorek hidung mereka, ia mendorong hidung mereka untuk berdarah." Walauapapun, akhirnya, ia juga adalah keputusan anda sebagai seorang ibu bapa, sama ada, untuk membenarkan mereka mengorek hidung atau tidak.

Rencana diterjemahkan daripada Huffington Post