Kanak-kanak memang mempunyai pelbagai tabiat buruk. Salah satunya adalah korek hidung.
Bahkan, ia adalah perbuatan kotor yang tak sepatutnya dilakukan di khalayak ramai.
Baru-baru ini terdapat satu kajian yang dijalankan oleh saintis British yang akan menggemparkan anda tentang tabiat membenarkan anak korek hidung ini.
Saintis mendapati, jangkitan dari korek hidung boleh menyebabkan radang paru-paru atau pneumonia!
Korek hidung: Virus tersebar dari tangan ke hidung
Kredit: Story.motherhood
Bakteria pneumococcus boleh menyebabkan manusia mengalami jangkitan pneumonia.
Ia merupakan sejenis penyakit pernafasan yang memberi kesan buruk kepada paru-paru dan boleh membahayakan kesihatan jika tidak dirawat dengan betul.
Bakteria pneumococcus biasanya tersebar melalui udara apabila dilepaskan oleh pesakit batuk atau bersin.
Penyelidik dari Britain juga berjaya menemui bakteria tersebut dapat disebarkan secara fizikal dari tangan ke hidung. Penyataan tersebut diterbitkan dari European Respiratory Journal.
Seorang sukarela melakukan ujian ini dengan meletakkan bakteria tersebut di tangannya.
Kemudian, individu tersebut melakukan empat tindakan yang berbeza. Salah satunya adalah korek hidung seperti cara orang biasa buat.
Victoria Connor, Penyelidik Klinikal di Royal Liverpool Hospital mengatakan kajian ini membuktikan tangan manusia juga boleh menyebarkan bakteria ini.
Dia juga menekankan objek seperti telefon bimbit atau mainan kanak-kanak juga mungkin menyebabkan bakteria ini tersebar lebih jauh.
Kebersihan dapat mengekang jangkitan jika kanak-kanak korek hidung
Kredit: Bubblynotes
Seluruh dunia mendakwa pneumonia mudah dihidapi oleh kira-kira 1.3 juta kanak-kanak bawah umur lima tahun.
Walaupun kajian tersebut dianalisis pada orang dewasa, namun Victoria menekankan mesej yang dibawa ditujukan kepada ibu bapa dan anak-anak muda.
Menurut doktor, cuaca sejuk dan lembab mungkin membantu virus tersebut untuk hidup lebih lama.
Beliau turut menambah, walaupun tidak ada cara praktikal untuk menghentikan kanak-kanak dari perbuatan korek hidung, namun kebersihan adalah kunci utama.
“Pastikan kebersihan tangan terjaga dan bersihkan mainan atau permukaan yang mungkin mengundang risiko jangkitan bakteria tersebut,” katanya.
Menurut kajian penyelidik tersebut, tak kira sama ada subjek diberi bakteria kering atau basah, kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai peluang yang sama untuk menyebarkan bakteria masuk ke dalam hidung mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak bakteria yang dipindahkan apabila orang dewasa memilih tindakan mengorek hidung dengan tangan basah atau kering sekalipun.
Tip untuk hentikan korek hidung di hadapan orang lain pada kanak-kanak
Jika anak anda ada tabiat ini secara berlebihan, jangan panik atau memarahinya. Sebaliknya, cari alternatif lain untuk membersihkan hidung anak anda.
Paling tidak pun, berunding dengan pakar perubatan bagi mendapatkan nasihat yang lebih lanjut.
Namun, ada beberapa cara yang boleh menghentikan tabiat korek hidung di kalangan kanak-kanak ini iaitu.
- Ingatkan anak-anak tidak sesuai korek hidung di hadapan orang lain. Minta dia melakukannya di kawasan yang lebih private seperti di tandas.
- Terangkan kepada anak mengapa tindakan korek hidung tidak sepatutnya dilakukan di khalayak ramai. Sebagai ibu bapa, anda harus tumpukan kepada anak bukan tabiat yang biasa dilakukannya.
- Perhatikan anak anda, waktu bila yang dia suka korek hidung. Selain, bantu dia untuk menggunakan kertas tisu sekiranya terdapat benda asing dalam hidung.
Perlu diingatkan bahawa, arahan dan nasihat pada pertama kali mungkin anak-anak sukar untuk faham dan tak mahu dengar.
Sebab itu anda harus mengingatkannya berulang kali supaya perbuatannya itu dapat dihentikan. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Today.com
Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga
https://my.theasianparent.combersihkan-hidung-bayi-teknik/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!