Sudah Berkahwin Tapi Takut Untuk Mengandung Atau Bersalin? Rupanya Ia Rasa Fobia!

Bila disebutkan tentang hal sebelum kehamilan, kebanyakkan masalah yang didengar adalah masalah kesuburan. Tetapi bagaimana pula dengan sebahagian wanita yang takut dengan kehamilan?

Anak adalah rezeki. Bertuah seorang wanita bergelar ibu diberi kesempatan untuk mengandungkan dan melahirkan anak itu. Namun begitu, kemungkinan ada antara wanita bertuah tersebut menghadapi gangguan psikologi iaitu masalah takut bersalin dan tak berani nak mengandung.

Kira – kira 10% wanita di luar sana mengalami masalah takut untuk mengandung dan mungkin ada juga yang takut untuk bersalin. Ketakutan adalah lebih ketara kepada ibu kehamilan sulung.

Inilah peringkat lumrah dalam kehidupan wanita yang harus ditempuhi. Tokophobia adalah gangguan psikologi di mana ketakutan yang teramat sangat untuk mengandung di kalangan wanita berkahwin.

Masalah gangguan psikologi ini sering terlepas pandang oleh ahli perubatan profesional. Tokophobia ini biasanya dikaitkan dengan masalah gangguan perasaan dan juga tekanan perasaan selepas trauma.

Takut bersalin & hamil digelar Tokophobia

Ia diklasifikasikan kepada:

1. Tokophobia utama

  • Ketakutan yang teramat dan paling kritikal
  • Biasanya,disebabkan oleh  pengalaman ibu mereka sendiri atau sesuatu yang mereka tahu dan belajar di sekolah.

2. Tokophobia Sekunder

Disebabkan oleh pengalaman terdahulu di mana mungkin berlakunya trauma, kurang galakkan moral semasa mengandung, kemurungan selepas bersalin atau lain-lain peristiwa yang menyakitkan.

Mengapa adanya Tokophobia atau perasaan takut bersalin?

Masalah ini dikenalpasti melalui beberapa gejala termasuklah mimpi buruk, sukar menumpukan perhatian kepada kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti keluarga dan mudah panik. Sama juga seperti enfantaphobia iaitu takut bersalin.

Kebiasaanya wanita yang takut bersalin ini akan membuat permintaan untuk melahirkan anak secara pembedahan elektif.

Menurut kajian pada tahun 2003 yang dilakukan di Finland, Sweden, dan  UK, takut bersalin adalah sebab sebanyak 7-22% kelahiran melalui pembedahan Cesarean. Takut bersalin ini sebenarnya berkait rapat dengan ketakutan wanita terhadap kesakitan melahiran anak secara alami.

Kemungkinan terdapat beberapa sebab yang mendorong tokophobia ini terjadi, antaranya:

  • Pengalaman proses bersalin yang rumit sebelum ini
  • Keguguran
  • Kemurungan
  • Trauma seksual
  • Masalah kesihatan yang kronik

Cara hilangkan rasa takut bersalin

Pemikiran yang positif sangatlah diperlukan untuk memulihkan masalah tokophobia ini. Wanita tokophobia perlu membuat keputusan sendiri bagi membolehkan mereka keluar dari kepompong ketakutan.

Dapatkan sokongan

Sokongan yang kuat dan kental oleh diri sendiri adalah usaha dan ikhtiar yang paling berharga.

Sesetengah mereka mungkin berjumpa dengan pakar perubatan untuk merancang kehamilan mereka kerana berpendapat masih belum bersedia. Sesetengah pula ada yang berjumpa dengan pakar kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat serta merawat masalah gangguan psikologi terhadap mereka.

Peranan suami dan sokongan ahli keluarga turut dapat membantu wanita ini melepasi tahap ketakutan mereka.

Dapatkan maklumat daripada pakar

Di samping itu, sokongan daripada kerajaan dan institusi perubatan dengan mengadakan aktiviti sosial berbentuk ilmiah kepada wanita ini perlu diperluaskan dari semasa ke semasa.

Wanita tokophobia kini tidak perlu risau kerana kini anda mudah untuk mendapat input-input berhubung kehamilan dan kelahiran di laman-laman sesawang selain berjumpa terus dengan pakar perubatan di hospital.

Justeru, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor keluarga dan mungkin pakar psikologi di hospital kerajaan mahupun swasta berhubung permasalahan tokophobia ini.

Kesimpulannya, sokongan moral, perhatian dan rawatan secara efisien oleh pakar perubatan kepada wanita tokophobia secara tidak langsung berpotensi mengurangkan tahap keseriusan masalah ini.

Program diagnosis dan pengurusan ketakutan berkaitan kehamilan perlu dilaksanakan di dalam obstetrik moden. Ini akan memberikan pengalaman yang memuaskan serta mungkin boleh mengurangkan permintaan untuk pembedahan Cesarean secara elektif.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!

Baca juga: Bulu Halus Di Perut Semasa Hamil Tanda Mengandung Anak Lelaki? Ini Mitos Atau Fakta?

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Lelaki Inspirasi Nama Nabi, Tokoh & Sasterawan Islam, Ibu Jom Semak!

Penulis

Ziana Nasir