Sudah tidak asing lagi cerita-cerita tentang para ibu yang mengidamkan perkara yang pelik-pelik. Suatu ketika dahulu, pernah tular cerita bahawa ibu hamil mengidam hendak naik UFO. Kini, tular pula cerita selebriti tempatan, Elifra Loy yang mengidam lompat di kolam renang.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Elfira tampil beri penjelasan mengidam lompat, tidak layan kecaman
- Rahim wanita sebenarnya lebih kuat dari yang dijangka
- Elak lakukan perkara-perkara ini ketika mengandung supaya tidak membahayakan ibu dan bayi
Dalam video yang menular itu, Elfira kelihatan melompat dari landasan kolam ke landasan bersebelahan. Pada ketika itu juga, pelakon wanita ini telah memakai kasut tumit tinggi yang kiranya berukuran 5 inci!
Elfira tampil beri penjelasan mengidam lompat, tidak layan kecaman
Sudah tentulah video tersebut akan mengundang kebimbangan netizen, dan juga kecaman. Ramai yang menganggap bahawa tindakan Elfira tersebut terlalu bahaya bagi seorang ibu yang sarat hamil, lagi-lagi dengan memakai kasut tumit tinggi. Ya lah, malang tidak berbau!
Melalui landasan Instastories, Elfira telah memuat naik penjelasannya atas sebab dia berasa teringin untuk lompat di kolam renang tersebut.
“Masa I nak lompat ni, I memang fikir semalaman nak buat ke tak. Pastu I tengok macam dekat je. So, untuk bekas athlete lompat jauh ni, I rasa ini macam kacang.”
Walaupun begitu, wanita itu mengaku dia masih juga berasa gerun. Namun, dia masih mahu teruskan lompatan tersebut.
Jelasnya lagi bahawa rasa kehendaknya itu seumpama seorang ibu hamil yang mengidam hendak memakan sabun. Elfira teruskan juga lompatan itu oleh sebab dia memang sudah lama teringin hendak mencubanya.
Elfira tidak sarankan mereka yang tidak berani untuk mencubanya.
Ada juga netizen yang mengecam Elfira kerana memakai kasut tumit tinggi ketika sarat hamil, namun Elfira lantas menepis kecaman tersebut dengan menjelaskan tentang pilihannya hendak berkasut tumit tinggi.
“I banyak tersadung apabila memakai flats dan kasut sukan berbanding memakai kasut tumit tinggi. Sebab itulah I boleh berlari dengan memakai kasut tumit tinggi dan bukannya dengan memakai sandal. Kawan-kawan I semua tahu. Jadi, kasut tumit tinggi ini umpama flats sahaja bagi I. Kita dilahirkan lain-lain.”
Menerusi gambar lain yang dimuatnaik di Instastories beliau, Elfira mengaku sudah tidak terkesan lagi dengan kecaman netizen. Namun begitu, tindakan Elfira untuk memakai kasut tumit tinggi dan mengidam lompat jarak jauh dari landasan kolam ke landasan sebelahnya masih mengundang kerisauan.
Rahim wanita sebenarnya lebih kuat dari yang dijangka
Tahukah anda bahawa rahim wanita sebenarnya lebih kuat dari yang dijangka. Dalam anatomi seorang wanita, rahim adalah otot yang paling kuat di dalam badan seorang wanita.
Ini kerana rahim anda diperbuat dari fiber-fiber otot yang menegak dan mendatar yang kemudian terjalin antara satu sama lain yang membolehkan seorang ibu melahirkan seorang manusia dari situ!
Tekanan dan kuasa yang digunakan oleh rahim semasa bersalin adalah daya yang paling kuat yang dikenakan oleh mana-mana otot dalam badan anda.
Sungguhpun otot-otot di rahim anda menjadikan ia organ paling kuat dalam badan anda, masih ada beberapa perkara yang perlu anda elak lakukan ketika hamil untuk memastikan keselamatan kandungan anda.
Elak lakukan perkara-perkara ini ketika mengandung supaya tidak membahayakan ibu dan bayi
- Bersukan ekstrem. Ibu hamil tidak disarankan melakukan aktiviti-aktiviti bersukan, terutamanya sukan ekstrem dan sukan yang melibatkan perhubungan seperti bola sepak, ragbi dan sebagainya.
- Aktiviti yang berisiko untuk ibu jatuh. Setiap aktiviti yang boleh membawa risiko untuk si ibu jatuh sepatutnya dijauhi. Contohnya ski, rock climbing dan banyak lagi.
- Membersihkan bekas pasir. Jika anda mempunyai kucing, elakkanlah membersihkan bekas pasir kucing anda demi mengelak dari risiko toksoplasmosis. Kesannya bukanlah pada ibu tersebut, tetapi kepada janin yang berada dalam kandungan ibu.
Oleh itu, ibu-ibu hamil perlu mengambil berat tentang keselamatan diri serta kandungan supaya tidak akan menyesal di kemudian hari.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!
Baca juga: Jangan Ambil Mudah, 11 Masalah Ketika Mengandung Ini Membahayakan Ibu & Bayi
Baca juga: Air Ketuban Kering Ketika Mengandung 21 Minggu, Ibu Pasrah Bayi Tak Boleh ‘Survive’