Anak Selalu Mengutip Makanan Jatuh Atas Lantai, Betul Ke Ada Peraturan 5 Saat?

Memang sudah terang lagi bersuluh bahawa sifat kanak-kanak ialah mereka sentiasa ingin tahu. Sekiranya mereka ternampak ada sisa makanan atau apa-apa barangan di atas lantai, mereka akan memasukkan dalam mulut kerana mereka hendak tahu apakah itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti selalu kan ibu ayah makan snek di rumah kemudian terjatuh ke lantai? Tidak perlu nafikan lagi, anda pasti akan terfikirkan kaedah peraturan 5 saat sebagai alasan untuk mengutip makanan di atas lantai dan sambung kunyah seperti tiada apa-apa yang telah berlaku. 

Sebagai seorang dewasa, perbuatan ini memang biasa dilakukan, walaupun ianya agak tidak senonoh. Asalkan makanan tersebut baru jatuh dalam tempoh 5 saat, ia masih bersih dan boleh dimakan!

Tetapi, sekiranya si kecil kita yang sentiasa ingin tahu membuat perangai seperti ini, adakah kita boleh juga menggunakan kaedah peraturan 5 saat atau perlukah kita mengambil makanan atau barangan yang telah dikutip oleh si anak?

Mengutip Makanan di Lantai Ikut Peraturan 5 Saat Adalah Mitos

Foto: Therunaway lab book

Kita menggunakan alasan peraturan 5 saat untuk memakan makanan yang telah terjatuh ke lantai kerana tidak mahu membazir. 

Tetapi, betul ke kalau makanan itu jatuh dalam tempoh 5 saat, ia tidak dicemarkan oleh bakteria-bakteria? Dan, kalau tercemar pun, bolehkah ia membuatkan kita serta si manja jatuh sakit?

Percaya atau tidak, beberapa saintis telah mengkaji “peraturan” ini dan dengan dukacitanya kami kongsikan bahawa peraturan ini hanyalah satu mitos. Walaupun anda mengutip makanan anda dengan sepantas kilat, ia tetap akan terdedah kepada bakteria.

Oleh itu, anda tidak disarankan makan atau membenarkan langsung si manja anda makan makanan yang telah jatuh ke lantai. Ini apa yang anda perlu tahu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Lantai yang kelihatan bersih tidak semestinya bersih

Lantai yang kotor sudah terang-teranglah mempunyai banyak bakteria. Tetapi, lantai yang bersih dan berkilat boleh mempunyai jumlah bakteria yang tidak terkira. Sesetengah kuman boleh bertahan dalam tempoh masa yang lama, dan anda tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar dan kuman-kuman inilah yang akan menjajah makanan anda yang dah jatuh ke lantai.

#2. Cepat lebih hebat

Secara logiknya, makanan yang jatuh ke lantai dalam tempoh 5 saat pasti akan mempunyai jumlah bakteria yang kurang berbanding makanan yang telah jatuh ke lantai selama 5 jam.

#3. Pendedahan walaupun dengan kepantasan

Seperti yang telah dinyatakan, walaupun anda mengutip makanan tersebut sepantas kilat pun, ia pasti akan terdedah juga kepada kuman-kuman di lantai. Tambahan pula, jika makanan tersebut agak basah atau lembap seperti sekeping epal, maka ia akan mengumpul bakteria yang lebih banyak jika terjatuh ke lantai.

Tetapi, bezanya antara kita yang dewasa dan kanak-kanak yang masih merangkak di lantai ialah mereka akan memasukkan apa sahaja di dalam mulut jika barangan tersebut berada di atas lantai untuk melegakan perasaan ingin tahu mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ianya tidak wajar untuk sentiasa mengurung si manja tanpa memberi mereka kebebasan untuk meneroka persekitaran rumah sendiri. Jadi, ini antara cara-cara untuk anda memastikan si manja tidak lagi menyuap barangan rawak ke dalam mulut mereka.

Bagaimana Cara Untuk Hentikan Tabiat Anak Kutip Makanan Di Lantai

Foto: Sirap Limau

  • Sentiasa bersihkan lantai anda

Ketika si manja mula menjangkau usia di mana mereka sudah mula merangkak, anda perlu bekerja keras untuk memastikan rumah anda adalah tempat paling selamat untuk si manja. Jadi, anda perlulah sentiasa membersihkan lantai anda, sentiasa vakum lantai dan mengutip barangan yang berada di lantai dan meletakkannya di tempat tinggi.

  • Sentiasa berwaspada

Kanak-kanak adalah antara makhluk yang paling licik. Semasa kita tak menjangkakan mereka akan melakukan sesuatu, waktu itulah mereka akan melakukan perkara tersebut! Jadi, anda perlulah sentiasa berwaspada dengan gerak-geri si kecil anda tetapi jangan sampai anda terlalu mengongkong mereka pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mimik muka memainkan peranan

Walaupun anak anda baru hendak belajar merangkak atau berjalan, tidak bermakna mereka tidak faham apa yang anda hendak sampaikan. 

Secara peribadi, ketika anak buah saya berada dalam lingkungan usia di mana dia sentiasa hendak memasukkan barangan dari lantai ke dalam mulut, saya akan mengambil barang tersebut dan membuat mimik muka seakan-akan teramat geli dengan bendalah itu sambil berkata, “Yuck, dirty! Geli.” Lama-kelamaan, dia sendiri akan mengutip barangan di lantai, tetapi bukan untuk makan malah untuk menunjukkan kepada saya dengan mimik muka dia yang menunjukkan kegelian.

  • Biarkan sahaja

Foto: Pa&Ma

Ada juga sesetengah ibu dan bapa yang telah mengalah dengan situasi ini. Walaupun mereka menyapu, vakum dan mop rumah hari-hari, ada sahaja perkara yang si kecil jumpa untuk masukkan dalam mulut. Tetapi, ia bukanlah satu perkara yang sangat teruk jika anda biarkan si manja. Kerana, pendedahan terhadap kuman-kuman ini dapat menguatkan sistem imunisasi mereka berbanding jika si manja tidak terdedah dengan kuman dan bakteria asing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Percayalah, anak anda sebenarnya mempunyai tahap ketahanan yang lebih kuat dari yang anda sangka. Walaupun tidak bagus untuk membiarkan anak memasukkan bendasing ke dalam mulut mereka sentiasa, tetapi ia salah satu cara untuk menguatkan mereka.

Akhirnya dari kami, happy parenting dan selamat maju jaya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Kids Health

Baca juga: Panduan Menyediakan Makanan Anak 1-3 Tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan