Nikmatilah Saat Bayi Anda Masih Newborn Walaupun Rasa Mencabar, Ia Tak Kekal Lama

Buat ibu bapa baharu anda pati rasa menjaga bayi baru lahir amat mencabar? Namun hargailah saat ini kerana ia tak kekal lama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu baharu, mungkin anda rasa betapa mencabarnya menjaga bayi baru lahir dan tak sabar nak tunggu dia besar, namun jangan tak tahu ya, nak handle kanak-kanak lebih mencabar dari bayi sebenarnya. Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menjaga bayi baru lahir lebih mudah dari kanak-kanak
  • Kenapa menjaga bayi baru lahir lebih mudah?
  • 5 sebab kenapa anda harus hargai setiap saat menjaga bayi baru lahir
  • Mereka belum aktif bergerak ke sana, ke sini
  • Bayi baru lahir tidak mempunyai pendapat, dia hanya ikut cakap anda
  • Bayi baru lahir tidak selamanya jadi bayi, mereka akan membesar!
  • Belajar pegang bayi anda dengan cara yang betul
  • Jaga tali pusat bayi dengan baik
  • Urutan lembut boleh membantu perkembangan fizikal bayi baru lahir

Mungkin anda rasa terlalu penat, anak baru lahir tidak tidur malam, berjaga hingga awal pagi malah malam-malam pun masih mengajak anda main. Entah bilalah nak tidur dengan betul.

Jika high need baby pula, kalau tak menangis tak sah. Tidak kiralah waktu siang atau malam, pagi atau petang sama saja perangainya. Tak tahulah apa yang tak kena.

Menjaga bayi baru lahir lebih mudah dari kanak-kanak

Jika anda fikir jaga kanak-kanak yang lebih banyak usianya, lebih menyenangkan dan tidak banyak kerenah anak silap. Menjaga bayi baru lahir sebenarnya lebih mudah.

Hargailah peringkat usia baru lahir anak itu, kerana jika anda rasa sukar, tunggu mereka besar sedikit nanti anda akan tahu jawapannya. 

Kenapa menjaga bayi baru lahir lebih mudah?

Ketika anda hanya baru ada satu anak, anda mungkin rasa sangat mencabar ketika menjaga anak yang baru lahir itu. Namun, selepas mempunya anak kedua atau ketiga anda akan sangat menghargai hari-hari baru lahir itu.

5 sebab kenapa anda harus hargai setiap saat menjaga bayi baru lahir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Mereka belum aktif bergerak ke sana, ke sini

Sekurang-kurangya, ketika baru lahir, anak anda tidak boleh bergerak ke mana-mana lagi. Bila dia diletakkan di atas katil dan sebagainya, dia akan tetap statik di situ.

Sudah tentu, mereka mungkin lebih suka dipegang (siang dan malam), tetapi sekurang-kurangnya anda boleh ke bilik air, memasak dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila mereka sudah membesar, anda tidak boleh terleka sedikit pun. Hanya dengan berpaling ke belakang, mereka boleh buat macam-macam perkara yang boleh buat jantung anda bagai rasa nak tercabut!

#2. Bayi baru lahir tidak mempunyai pendapat, dia hanya ikut cakap anda

Bayi yang baru lahir hanya mempunyai tiga hobi: makan, tidur, dan buang air besar. Dan, ya, memenuhi keperluan itu benar-benar meletihkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi anda tahu apa yang mungkin lebih meletihkan? Bila anak anda bertanya soalan sama berulang-ulang kali hingga anda letih nak jawab nanti. 

Bayi yang baru lahir juga vokal, tetapi biasanya ia hanya kerana mahukan susu atau mahu tidur ditambah dengan pelukan, akan menyelesaikannya. Kanak-kanak kecil mempunyai pendapat mereka sendiri hingga anda surrender nak menjawab nanti.

#3. Bayi baru lahir tidak selamanya jadi bayi, mereka akan membesar!

Bayi baru lahir tidak selamanya jadi bayi. Mereka akan membesar. Jadi hargailah waktu yang ada ini kerana anda pasti akan sangat merinduinya nanti.

Setiap fasa yang sukar pada umur baru lahir ini akan berakhir nanti. Semakin dia membesar, semuanya akan berlalu sendiri seperti kembung perut dan sebagainya. Ia akan hilang seiring usia anak anda. 

Tips penting untuk ibu bapa baharu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini tips penting untuk ibu bapa baharu pelajari dalam menjaga bayi baru lahir anda.

#1. Belajar pegang bayi anda dengan cara yang betul

Apabila anda melihat anak anda buat pertama kalinya, anda pasti berasa teruja. Menanti selama 40 minggu mahu lihhat dia lahir ke dunia pastilah teruja melihatnya di alam nyata.

Tapi pastikan anda belajar teknik pegang anak dengan betul. Pada mulanya segalanya mungkin kekok, tetapi selepas itu anda akan pandai sendiri nanti untuk pegang mereka dalam keadaan selesa. 

#2. Jaga tali pusat bayi dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tali pusat merupakan struktur anatomi yang paling penting untuk janin di dalam perut memandangkan ia adalah pembekal utama nutrien dan oksigen.

Apabila bayi sudah lahir, struktur ini sudah tidak mempunyai fungsi dan ia akan dipotong, meninggalkan tunggul tali pusat. Ia akan tertanggal sendiri dalam tempoh 1 hingga 3 minggu selepas lahir.

#3. Urutan lembut boleh membantu perkembangan fizikal bayi baru lahir

Urutan bayi boleh memberikan pelbagai jenis kebaikan dari aspek perkembangan fizikal dan mental bayi. Aktiviti ini boleh merangsang perkembangan sistem pencernaan dan aliran darah bayi.

Ini boleh menghindarkan keadaan kesihatan seperti:

  • Kram
  • Gas
  • Kolik (tangisan kuat dan berpanjangan dalam kalangan bayi yang sihat)
  • Sembelit

Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Shutterstock

Baca juga: Cikgu Pesan, Penting Ibu Ayah Ajar Anak Nak Masuk Darjah 1 Guna Tandas!

Baca juga: Anak Tiba-Tiba Tak Mahu Makan Makanan Berkhasiat? Ibu Ini Kongsi Tips Tanganinya, #No.5 Pasti Menjadi!

Baca juga: 91% Perkembangan Otak Manusia Pada Usia 4-6 Tahun, Jadi Jangan Abaikan Golden Age Anak Ini

Penulis

Lala Annuar