Ibu dan ayah yang mempunyai anak terutama berusia bawah 2 tahun, pernahkah anda membawa mereka ke menonton wayang? Tahukah anda, terdapat risiko kepada pendengaran sekiranya anda ‘angkut’ mereka untuk tengok wayang bersama.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bahaya bawa kanak-kanak bawah 2 tahun menonton wayang
- Wayang tiada manfaat untuk bayi
Seperti yang dikongsikan menerusi Facebook Baby Language, pihak tersebut menasihati ibu dan ayah supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian. Ikuti penjelasan daripada mereka.
Bahaya bawa kanak-kanak bawah 2 tahun menonton wayang
Menurut hantaran mereka, trend membawa bayi ke panggung wayang seperti dilakukan oleh segelintir ibu dan ayah adalah berbahaya.
Baby Language berkongsi fakta bahawa, pendedahan lama (anggaran lebih 2 hingga 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db hingga 90db sangat berisiko buat pendengaran orang dewasa, apatah lagi buat anak kecil.
“Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db.
“Bunyi wayang? Ohh…sangatlah banyak tingginya dari itu,” demikian hantaran tersebut.
Wayang tiada manfaat untuk bayi
Berkongsi lanjut, pihak tersebut menjelaskan tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka.
“Ok pasti ada yang akan berkata, ‘saya biasa saja bawa bayi pergi wayang. Ok saja tak ada apa’. Soalannya, menonton wayang ini aktiviti dambaan siapa? Ibu bapa bayi atau bayi?
“Taman permainan, taman rekreasi, outdoor nature theme park, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk berada di dalam situasi itu, ya ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan,” jelasnya.
Tegas Baby Language, menonton wayang adalah untuk kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa. Sekiranya ibu dan ayah benar-benar memerlukan me time untuk menonton wayang, tinggalkan anak kecil anda sementara kepada penjaga yang dipercayai.
Langkah ini dilihat lebih baik dan selesa bukan sahaja kepada ibu dan ayah, malah kepada orang lain juga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!
Baca juga: 7 Tip Untuk Bawa Anak Tengok Wayang Buat Pertama Kali
Baca juga: 4 Rahsia Animasi Pixar Untuk Mengajar Anak Anda Handal Bercerita