Ibu-ibu ada anak yang agak memilih makanan? Kalau di sekolah, tidak gemar membeli di kantin malah lebih sukakan masakan dari rumah. Namun ibu pula sibuk dengan pelbagai urusan, tidak sempat untuk menyediakan bekal makanan. Di sini terdapat 7 menu bekal anak ke sekolah yang mudah disediakan malah, berkhasiat dengan nutrisi diperlukan anak-anak.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Senarai menu bekal anak ke sekolah yang simple dan berkhasiat
- Tips memasak dengan cepat ketika di dapur
Justeru nanti tidaklah ibu terkial-kial di dapur memikirkan hidangan apakah yang ingin disediakan setiap pagi. Paling penting anak-anak pasti menyukainya.
Senarai menu bekal anak ke sekolah yang simple dan berkhasiat
Menurut laman web MyHEALTH, pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan dalam kalangan kanak-kanak di sekolah. Jadi bagaimana mahu menumpukan pemilihan makanan kaya dengan nutrien?
Antara tips tersebut ialah dengan mengajarkan mereka mengambil makanan seperti:
- Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula.
- Sayur-sayuran beraneka warna.
- Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
- Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu menerusi Instagramnya BekalMom, wanita ini berkongsi pelbagai contoh menu berkhasiat untuk ibu-ibu mencuba untuk anak-anak.
Pelbagai menu menarik disediakan, pasti anak-anak ibu makan dengan licin. Terasa kenyang sepanjang hari di sekolah kerana dibekalkan dengan makanan berkhasiat.
#1. Wrap ayam panggang bersama kentang panggang dan sayur salad
- Mayonis dan sos thousand island
- Pisang dan anggur (atau apa sahaja buah kegemaran anak ibu)
#2. Nasi goreng bersama telur rebus dan salad
- Epal (atau apa sahaja buah kegemaran anak ibu)
- Snek kacang dan kek batik (atau apa sahaja)
#3. Kuetiau atau mi goreng
- Boleh letakkan apa sahaja seperti bebola ikan, ayam, daging, udang dan telur + sayuran
- Buah-buahan
- Sedikit snek seperti cornflakes
#4. Sandwich bersama hirisan ayam dan salad
- Buah-buahan
- Sedikit snek kegemaran anak
#5. Nasi goreng dan ikan goreng (nak lebih sihat guna sedikit minyak atau gunakan airfryer)
- Sayur salad dan buah-buahan
- Sedikit snek
#6. Nasi putih bersama kari ayam dan telur goreng
- Sayuran jangan dilupa serta buah-buahan
#7. Sandwich telur beserta salad
- Tambah buah-buahan dan nugget ayam tempura
Tips memasak dengan cepat ketika di dapur
Mungkin di sini ada ibu-ibu yang tidak sempat untuk menyediakan makanan bekal kepada anak. Tambah lagi banyak urusan lain perlu dilakukan. Tips di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu menyediakan masakan dengan cepat dan mudah.
1- Asingkan lauk-pauk yang mentah
Pastikan dahulu semua lauk mentah seperti ayam, sotong, daging atau apa sahaja yang dibeli untuk stok seminggu dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diinginkan. Untuk ikan, hanya disiangkan sahaja serta tidak perlu basuh bagi mengelakkan ia mudah rosak.
2- Bahan masakan disediakan lebih awal
Boleh gunakan masa hujung minggu mengupas bawang siap-siap dan letakkan di dalam bekas berasingan. Ia memudahkan ibu untuk mengambilnya apabila hendak digunakan.
Simpan dalam peti sejuk dan jika hendak digunakan, boleh terus ambil. Di sini ibu sudah menjimat masa untuk mengopek bawang.
3- Tumis cili
Bab menumis cili memang mengambil masa lama kerana proses dilalui dari memotong cili, merebus, keringkan dan toskan. Kemudian, kisar dalam mesin pengisar basah. Memang sudah ada jual siap di kedai tetapi, sudah tentu rasanya berbeza dengan buatan sendiri.
Ibu-ibu boleh siapkan tumis cili ini awal-awal lagi dan disimpan di dalam peti ais. Jika hendak digunakan, boleh dikeluarkan.
4- Rancang menu masakan
Rancang menu masakan untuk seminggu. Begitu juga dalam menyediakan menu bekal anak.
Ibu boleh membuat perancangan bekal untuk anak-anak dan boleh beli barangan lebih awal. Misalnya untuk buah-buahan, beli yang tahan lama untuk seminggu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!
Baca juga: Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!
Baca juga: Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resipi SEDAP Buat Mereka!