Koleksi Menu Ibu Mengandung Yang Sedap & Berkhasiat, Baik Untuk Perkembangan Janin

Menu ibu mengandung ini bukan sahaja berkhasiat untuk ibu tetapi juga dapat membantu meningkatkan perkembangan janin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi seorang wanita, saat mengandungkan cahaya mata adalah saat yang membahagiakan. Sudah tentu, setiap anda inginkan yang terbaik buat diri serta zuriat yang dikandung. Justeru apa kata ibu cuba beberapa menu ibu mengandung yang kami kongsikan ini.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • 10 menu ibu mengandung yang berkhasiat dan baik untuk perkembangan janin

Tidak dinafikan bahawa pemakanan yang berkhasiat serta kaya dengan nutrisi adalah amat penting bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi berada di tahap optimum.

10 menu ibu mengandung yang berkhasiat dan baik untuk perkembangan janin

#1. Sup kepala ikan merah

Ikan merah mengandungi sumper protein, kalium dan fosforus yang penting untuk tubuh badan.

Bahan-bahan:

  • 1 -2  kepala ikan merah, dibersihkan dan toskan.
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dititik
  • 3 centimeter halia, dihiris halus
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis dan buat pelaga
  • 1 ke 2 sudau teh jus limau nipis
  • Sedikit hirisan daun sup dan bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • Minya untuk menumis
  • Garam dan perasa secukupnya.

Cara membuatnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Setelah bahan di atas bertukar kekuningan, masukkan rempah penumis, sup bunjut serta serai. Kacau lagi sehingga naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
  4. Setelah lauk masak, masukkan jus limau nipis, serbuk lada sulah dan lada hitam.
  5. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang sebelum hidangkannya.
  6. Boleh dihidangkan bersama sambal kicap.

#2. Menu ibu mengandung yang sedap- Siakap kukus masam manis

Ikan siakap mengandungi sumber asid lemak yang baik seperti asid docosahexaenoic (DHA), yang membantu menggalakkan perkembangan otak bayi.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap, dibersihkan dan toskan
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu halus
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 3 centimeter halia muda, dihiris halus
  • 2 tangkai cili merah, dicincang halus
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 batang serai, dihiris halus
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar, dihiris

Cara membuatnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan pengukus, kemudian gaulkan ikan dengan garam dan halia. Kukus ikan lebih kurang 10 minit.
  2. Sementara ikan dikukus, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus ke dalam mangkuk.
  3. Tambahkan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  4. Tuangkan ke atas ikan yang telah siap dikukus.
  5. Kukus semula dalam masa lima minit
  6. Angkat dan pindahkan ikan ke dalam pinggan.
  7. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar, hidangkan panas-panas bersama dengan nasi.

#3. Salmon panggang bersayur

Ikan salmon mengandungi asid lemak Omega-3 yang membantu memastikan sendi kuat dan sihat semasa anda menyokong bayi yang sedang membesar di dalam perut.

Bahan-bahan:

Bahan untuk salmon panggang:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 keping salmon
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang, putih dicincang halus
  • Sedikit minyak zaitun

Bahan untuk sayuran:

  • Hirisan brokoli
  • Hirisan lobak merah
  • Hirisan cendawan shitake
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Sedikit garam dan serbuk lada sulah

Cara membuatnya:

  1. Gaulkan ikan salmon bersama dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
  2. Panaskan ketuhar dan panggang salmon dalam suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang tujuh ke 10 minit (setiap lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
  3. Sementara tunggu ikan masak, panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan brokoli, lobak merah dan cendawan. Gaul sehingga sayur masak.
  5. Tambahkan garam dan serbuk ladah sulah secukup rasa.
  6. Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon dan boleh tambahkan kentang jika anda suka.

#4. Makanan ibu mengandung- Asam rebus tenggiri

Ikan tenggiri kaya dengan niacin, fosforus, vitamin B12 dan selenium yang penting untuk perkembangan dan kesihatan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 3-4 potong ikan tenggiri, bersihkan dan tos.
  • 2 tangkai cili merah, dibelah dua
  • 3-4 biji kacang bendi, buang hujung dan tangkai
  • 3-4 tangkai cili padi, dititik
  • 3 centimeter halia, dititik
  • 3 cm inci lengkuas, dititik
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Bersihkan ikan tenggiri dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan hirisan dan titik.
  2. Tambahkan air, diikuti dengan serbuk kunyit dan asam gelugor.
  3. Masakkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
  4. Renehkan lebih kurang 10-15 minit
  5. Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

#5. Sup tulang

Sup tulang membantu menyokong sistem saraf, sistem endokrin dan fungsi otak. Pengambilannya boleh membantu fetus membina organ yang sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu, bersihkan dan rebus hingga empuk.
  • 4 cawan air rebusan tulang
  • 2 batang seleri, dipotong serong.
  • 1 batang lobak merah, dipotong baji
  • 3 centimeter halia, dititik
  • 2 centimeter lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • 5-6 tangkai cili padi, dititik
  • 1 biji tomato, dibelah empat
  • 4 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu halus
  • 1 biji limau nipis, diambil jusnya
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai sehingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
  2. Masukkan rebusan tulang bersama dengan air rebusan.
  3. Kemudian, masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
  4. Biarkan mendidih seketika dan tambahkan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah dihidangkan.
  5. Semasa dihidang, hiaskan dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

#6. Kerabu kacang botol

Kaya dengan sumber folat, kacang botol dapat membantu menyokong proses bersalin yang sihat dan mengelakkan kecacatan tiub saraf kepada bayi.

Bahan-bahan:

  • 7-8 batang kacang botol, dihiris
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1 batang bunga kantan, dihiris
  • 2 tangkai cili merah, dihiris
  • 3-4 tangkai cili padi, dihiris
  • 1 cawan kelapa, bahagian putih sahaja
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Campurkan hirisan kacang botol, bawang besar, cili dan bunga kantan dalam mangkuk. Gaul rata kesemuanya, kemudian ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan kelapa parut bersama, garam, gula dan limau nipis. Gaul rata dan secukup rasa.
  3. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk campuran bahan hirisan tadi.
  4. Gaul rata dan hidangkan.
  5. Jika ada lebih, anda boleh simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sayu dan elakkan daripada sayur cepat basi.

#7. Menu ibu mengandung- Salad sayur campur

Salad mengandungi nutrien penting yang diperlukan ibu hamil seperti kalsium, folat, zat besi dan protein.

Bahan-bahan:

  • 4-6 biji tomato ceri, dibelah dua
  • 1 biji cili benggala hijau, dihiris
  • Sedikit salad butterhead, dihiris
  • Sedikit salad red coral, dihiris
  • 2 kelopak kobis ungu, dihiris bulat
  • 1 biji bawang holand, dihiris bulat
  • 1 batang timun Jepun, dihiris
  • 2 sudu makan keju parmesan

Bahan untuk dressing:

  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan gula paris
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Di dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan dressing.
  3. Kacau rata, dan tuangkan di dalam mangkuk berisi salad.
  4. Gaul sehingga sebati
  5. Taburkan keju parmesan di atas salad sebelum dihidangkan.

#8. Yee Mi Wantan Kicap

Wantan mengandungi vitamin B yang membantu untuk menguatkan otot.

Bahan-bahan:

  • 1 paket yee mi
  • 250 gram isi ayam, dipotong kecil
  • 2 pokok sawi, dipotong dan celurkan
  • 2 centimeter halia muda, dihiris nipis
  • 10 biji wantan segera, digoreng

Bahan kicap untuk mi:

  • 4 sudu makan kiacap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 cawan stok ayam.

Bahan perapan ayam:

  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan madu
  • Sedikit lada sulah

Cara membuatnya:

  1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Ambil satu cawan air rebusan ayam dan selebihnya dijadikan sup. Masukkan bawang besar, garam dan lada sulah.
  3. Seterusnya perap ayam dengan bahan perapan. Kemudian, gorengkan.
  4. Untuk kicap mi, tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila sudah kekuningan, masukkan satu cawan stok ayam tadi bersama bahan kicap mi yang lain kecuali minyak bijan.
  5. Tutup api bila sudah menggelegak dan masukkan minyak bujan. Kacau rata.
  6. Tuangkan sedikit kicap mi pada yee mi sebelum dihidangkan.
  7. Hidangkan yee mi bersama dengan kuah sup, ayam goreng dan sawi yang telah dicelur.

#9. Capati kuah dhal

Dal mengandungi protein baik untuk tumbesaran dan perkembangan sel tubuh bayi.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung Atta
  • 1 cawan air suam
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak zaitun

Bahan kuah dhal:

  • 200 gram kacang dhal, rebus sehingga empuk
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 2 biji kentang, dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 4 tangkai cili kering, dipotong kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Masukkan tepung Atta dalam mangkuk. Buat bulatan ditengah tepung.
  2. Kemudian, tuangkan air suam yang sudah dicampurkan garam sedikit demi sedikit.
  3. Gaul sehingga menjadi doh lembut.
  4. Tambahkan minyak zaitun dan uli doh
  5. Bahagikan doh kepada 10-12 bahagian.
  6. Buat bentuk bulat dan letakkan doh dalam bekas. Tutup doh dengan tuala lembut dan rehatkan selama 30 minit.
  7. Taburkan tepung atas meja untuk mencanai
  8. Ambil satu biji doh , leperkan sedikit, tabur tepung dan canai sehingga nipis, canai sehingga semua doh habis. Panaskan kuali kalis lekat. Gunakan api kecil untuk masak capati.
  9. Untuk menyediakan kuah dhal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  10. Masukkan serbuk kunyit dan cili kering. Goreng seketika.
  11. Masukkan kacang dhal yang sudah direbus bersama kentang, kacau rata.
  12. Tambahkan susu cair, biarkan kuah dhal mendidih lebih kurang 10 minit.
  13. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  14. Setelah siap masak, hidangkan bersama dengan capati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 14 Makanan Yang Tinggi Vitamin C, Bnatu Meningkatkan Daya Tahan Ibu Mengandung

Baca juga:  Senarai Amalan Ibu Mengandung Agar Janin Membesar Dengan Baik & Mudah Bersalin.

Baca juga: Bagus untuk Sembelit, Ini 10 Manfaat Buah Nanas untuk Ibu Mengandung Yang Ramai Tidak Tahu.

Penulis

Nur Sofea