15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

lead image

Ibu nak mula makan sihat tapi selalu rasa pening nak fikir menu? Cuba 15 menu makanan sihat, mudah & sedap untuk seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ibu mahu menjaga kesihatan keluarga, mulakan dengan apa yang kita hidang di pinggan. Resepi menu makanan sihat yang kami kongsikan ini sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan juga yang sedang berdiet. Kebanyakannya tanpa minyak atau hanya guna minyak kelapa yang lebih sihat.

Jom tengok 15 resepi mudah, sedap dan paling penting penuh nutrisi untuk hidangan harian!

Resepi Menu Makanan Sihat Yang Mudah & Sedap

Dengan pilihan bahan yang segar dan cara masakan yang betul, kita boleh sediakan hidangan sihat yang tetap sedap dan mudah disediakan. Antara 15 menu makanan sihat yang disyorkan termasuklah:

1. Overnight Oats

Bahan-bahan:

  • ½ cawan rolled oats
  • ½ cawan susu segar atau susu badam
  • 1 sudu chia seeds
  • 1 sudu yogurt
  • Madu atau pisang sebagai pemanis
  • Buah beri, pisang atau epal (ikut selera)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dalam balang kaca.
  2. Tutup dan simpan dalam peti ais semalaman.
  3. Esok paginya, terus boleh makan!

Tips: Boleh tukar-tukar buah setiap hari sebagai menu makanan sihat supaya tak bosan.

2. Sup Ayam Halia

Bahan-bahan:

  • 1 ketul dada ayam, potong kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 batang lobak merah
  • 1 pokok sawi atau bayam
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang putih dan halia sampai wangi.
  2. Masukkan ayam, lobak merah dan air. Rebus hingga empuk.
  3. Masukkan sayur hijau, perasakan dan siap!

3. Wrap Ayam & Sayur

Bahan-bahan:

  • 1 keping wrap gandum penuh
  • Dada ayam bakar/salai, hiris
  • Timun, salad, tomato
  • Sos yogurt atau hummus sebagai sapuan

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sapukan sos pada wrap.
  2. Susun ayam dan sayur.
  3. Gulung dan potong dua.
  4. Siap untuk dibekalkan ke sekolah atau pejabat!

Anak-anak pun suka sebab nampak macam makanan western!

4. Salmon Panggang Lemon

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan salmon
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Hirisan lemon
  • Garam, lada hitam
  • Serbuk bawang putih (optional)

Cara penyediaan:

  1. Perap salmon dengan garam, lada dan minyak zaitun.
  2. Panggang dalam air fryer atau oven selama 10–12 minit.
  3. Hidang bersama hirisan lemon dan sayur rebus.

5. Smoothie Buah & Sayur

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 biji pisang
  • 1 genggam bayam
  • ½ cawan yogurt
  • 1 sudu madu
  • Air atau susu badam secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan hingga halus.
  2. Tuang dalam gelas dan terus minum!

6. Nasi Oatmeal Ayam Halia

Bahan-bahan:

  • ½ cawan oatmeal (steel-cut oats lebih kenyang)
  • 1 cawan air atau sup ayam
  • Dada ayam rebus, carikkan
  • Halia dan bawang putih cincang
  • Daun bawang, lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Tumis halia dan bawang putih. Masukkan oatmeal dan sup ayam.
  2. Kacau hingga jadi tekstur bubur.
  3. Masukkan ayam, garam dan lada. Tabur daun bawang.

7. Telur Hancur Avokado

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 biji telur
  • ½ biji avokado
  • Garam dan lada
  • Roti bakar gandum penuh

Cara penyediaan:

  1. Hancurkan avokado dan sapu atas roti.
  2. Masak telur hancur (scrambled eggs). Letak di atas roti.
  3. Tabur lada hitam. Siap!

8. Pasta Sihat Sayur & Ayam

Bahan-bahan:

  • Pasta gandum penuh (wholegrain)
  • Dada ayam, potong dadu
  • Brokoli, lobak merah, capsicum
  • Minyak zaitun, bawang putih
  • Sedikit serbuk oregano

Cara penyediaan:

  1. Rebus pasta dan sayur hingga empuk.
  2. Tumis bawang putih, masukkan ayam.
  3. Gaul semuanya bersama. Tabur oregano dan menu makanan sihat siap!

9. Sup Labu Kuning

Bahan-bahan:

  • 1 cawan labu kuning, potong dadu
  • 1 biji bawang holland
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cawan air atau sup ayam
  • Sedikit susu segar

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumis bawang dan labu, masukkan air.
  2. Rebus hingga lembut, kemudian kisar halus.
  3. Masukkan susu sedikit dan kacau rata.

10. Ikan Stim Halia & Kicap

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap atau kerapu
  • Halia, bawang putih, cili
  • Kicap cair, sedikit minyak bijan
  • Daun bawang & limau nipis

Cara penyediaan:

  1. Letak semua bahan atas ikan. Kukus selama 15–20 minit.
  2. Perah limau sebelum hidang.

11. Salad Tuna Telur

Bahan-bahan:

  • 1 tin tuna dalam air
  • 1 biji telur rebus
  • Salad, tomato ceri, timun
  • Sedikit minyak zaitun dan perahan lemon

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Gaul rata dan nikmati sejuk.

12. Roti Lapis Sihat

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 2 keping roti gandum penuh
  • Ayam rebus hancur atau telur hancur
  • Salad, tomato, keju rendah lemak
  • Mayonis rendah lemak atau yogurt

Cara penyediaan:

  1. Susun bahan ikut lapisan dan tekan sedikit.
  2. Potong segitiga untuk senang makan.

13. Pudding Vanilla Strawberry Chia Seed

Bahan-bahan

  • 4 sudu besar Chia Seed
  • 1/4 cawan susu almond (ditambah ikut selera)
  •  2 sudu teh tulen esen vanilla
  • 12 biji strawberry bersaiz sederhana
  • Topping pilihan anda seperti kismis, goji beri dan badam kisar

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali chia seed ke dalam pengisar dan kisar sebentar.
  2. Isikan chia seed ke dalam mangkuk
  3. Tuangkan bahan yang diisar tadi ke atas chia seeds dan kacau
  4. Biarkan selama kira-kira 2 minit dan kacau sekali lagi
  5. Tutup bekas puding dan biarkan selama 20 hingga 23 minit
  6. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk jika suka. Hidangkan

14. Bubur Kacang Hijau Tanpa Santan

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang hijau
  • 3 cawan air
  • Gula perang atau madu
  • Sedikit susu segar (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Rebus kacang hingga lembut.
  2. Masukkan gula perang/madu ikut rasa.
  3. Tambah susu jika mahu tekstur lebih lemak.

15. Snek Kurma & Kacang

Bahan-bahan:

  • Kurma tanpa biji
  • Kacang badam, walnut
  • Sedikit kismis
  • Boleh tambah dark chocolate chips (optional)

Cara penyediaan:

  1. Gaul semua bahan dalam bekas.
  2. Simpan dalam balang kedap udara.
  3. Makan bila rasa lapar antara waktu makan.

Tak perlu tukar gaya hidup secara drastik. Mulakan dengan satu atau dua resepi sihat dalam seminggu, dan perlahan-lahan jadikan ia rutin. Yang penting, mrnu makanan sihat tak semestinya tawar.

Dengan resipi seperti di atas, anda boleh makan dengan sihat dan tetap nikmati setiap suapan.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Menu Diet Sihat Untuk Ibu Lepas BERSALIN, Susu Badan Pun Melimpah Ruah!

Baca juga: Tak Hanya Bijak Mengatur Rumah, Ini Rupanya Cara Marie Kondo Sediakan Menu Harian Pula!

Baca juga: 10 Menu Diet Tanpa Nasi Yang Sedap, Menyelerakan Dan Penuh Nutrisi, WAJIB Cuba!

Penulis

Noorhidayah