Menu Untuk Ibu Menyusu, WAJIB Jaga Pemakanan Barulah Susu Ibu Berkhasiat Untuk Bayi

Bayi yang menyusu dikatakan kekurangan vitamin D. Jadi, ibu menyusu harus menjaga pemakanan dan diet mereka untuk memberi semua nutrisi dan khasiat pada anak.

Bukan mudah perjalanan seorang ibu yang menyusu badan ini. Banyak faktor yang mempengaruhi banyak atau sikitnya susu badan seorang ibu. Sebab itu menu untuk ibu menyusu sangatlah penting. 

Bayi yang menyusu kekurangan vitamin D?

Pemakanan dan menu untuk ibu menyusu adalah penting bagi menghasilkan susu badan yang berkhasiat and bernutrien tinggi untuk bayi.

Menurut kajian baru, bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif mungkin berisiko kekurangan vitamin D. Penemuan ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan ibu menyusu kerana ramai tahu susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi yang membesar. 

Oleh sebab ini, Akademi Pediatrik Amerika mengesyorkan ibu menyusu memberi bayi mereka Vitamin D setiap hari. Sebagai alternatif, ibu menyusu juga perlu mengambil makanan tambahan dengan Vitamin D setiap hari, supaya bayi mereka boleh mendapat manfaat melalui susu ibu.

Maka adalah sangat penting untuk ibu menyusu menjaga pemakanan. Menu untuk ibu menyusu yang berkhasiat serta diet yang seimbang akan memastikan si manja mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk berkembang dan tidak kekurangan vitamin D.

Menurut WebMD, berikut adalah menu untuk ibu menyusu dan jenis makanan bernutrien tinggi yang baik untuk mengekalkan diet yang seimbang:

Menu untuk ibu menyusu bagi mengelak bayi kekurangan vitamin D

#1. Produk tenusu rendah lemak

Produk tenusu rendah lemak boleh dimakan dalam bentuk yogurt, keju, ataupun susu. Produk tenusu perlu ditambah ke dalam diet seharian ibu yang menyusu badan kerana produk ini adalah sumber kalsium, protein dan vitamin B yang baik.

Ibu menyusu juga perlu menggantikan kalsium yang diguna ketika menghasilkan susu badan untuk si manja, agar tulang sendiri sentiasa kuat.

Jadi, jangan lupa masukkan produk tenusu rendah lemak dalam menu makanan anda ya!

#2. Daging ataupun ayam

Daging juga sangat penting apabila memikirkan menu untuk ibu menyusu. Daging kaya dengan protein, zat besi dan vitamin B-12. 

Ibu menyusu memerlukan hidangan daging tambahan untuk penghasilan susu badan yang berkualiti di samping mengekalkan keadaan yang bertenaga.

#3. Kekacang

Kekacang adalah satu lagi sumber zat besi yang baik terutamanya yang berwarna gelap seperti kacang ginjal dan kacang hitam.

Kedua-dua kekacang ini sangat baik untuk ibu-ibu yang menyusu.

#4. Telur 

Selain kaya dengan protein, telur juga cepat dimasak dan boleh dimasak dalam pelbagai cara.

Apabila membeli telur, pilihlan telur yang telah diperkayakan dengan DHA untuk menambahkan tahap asid lemak dalam susu ibu.

Barulah setiap makanan yang dimakan ini akan memberi khasiat dan nutrisi yang sewajarnya pada anak-anak kita!

#5. Nasi perang

Walaupun takut gemuk, ibu menyusu tidak patut berdiet dan elak makanan yang berkarbohidrat kerana ini boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan. 

Sebaliknya tambahkan nasi perang ke dalam diet hari-hari si ibu sebagai alternatif kepada nasi putih biasa. Nasi perang mempunyai kandungan serat yang tinggi dan boleh membantu ibu mengekalkan tenaga sepanjang hari untuk menjaga anak.

#6. Sayur hijau berdaun 

Sayur hijau berdaun seperti sayur bayam, dil, dan halba sangat kaya dengan Vitamin A dan antioksidan yang baik untuk badan.

Sayur-sayur ini juga sumber alternatif kalsium yang bukan ternusu, di samping kaya dengan vitamin C dan zat besi.

#7. Air

Air adalah antara minuman yang paling penting dalam diet si ibu. Jus, air kelapa dan air biasa semuanya akan memastikan ibu menyusu sentiasa terhidrat.

Elak dari minuman seperti kopi, teh dan minuman beralkohol kerana ianya boleh memberi kesan yang tidak baik untuk bayi.

Biarpun semua ini adalah makanan berkhasiat yang disarankan ketika menyediakan menu untuk ibu menyusu, dapatkan nasihat doktor mengenai saiz hidangan yang sesuai.

Doktor juga boleh memberi nasihat pemakanan yang sesuai untuk ibu-ibu dengan masalah kesihatan atau alahan tertentu.

Semoga membantu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theasianparent Filipina

Baca juga: 7 Perkara Ibu Menyusu Patut Buat Dalam Beberapa Bulan Pertama

Penulis

Rosanna Chio