X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

7 Perkara Ibu Menyusu Patut Buat Dalam Beberapa Bulan Pertama

4 min bacaan
7 Perkara Ibu Menyusu Patut Buat Dalam Beberapa Bulan Pertama

Pada mulanya, proses penyusuan badan boleh menjadi sukar. Tapi, jika anda cuba 7 perkara ibu menyusu patut buat ini, kami pasti ia akan menjadi lebih mudah.

Beberapa bulan pertama adalah antara masa paling sukar bagi proses penyusuan dan ibu yang memberi susu badan pada bayinya. 

Jika anda seorang ibu muda, pada waktu ini, anda belum mahir tentang hal penyusuan. Bayi anda juga sedang menyesuaikan dirinya untuk minum susu dari payudara anda.

Anak kecil juga akan kerap ingin menyusu pada waktu ini, jadi ia menambahkan lagi kesukaran buat si ibu.

penyusuan, cara menyusu bayi, cara menyusukan bayi, cara susukan bayi, penyusuan yang betul, cara menyusu bayi baru lahir,

Di sini, kami ada kongsikan beberapa tip dari Romper dan The Humbled Homemaker tentang cara bagaimana untuk memudahkan proses penyusuan badan.

7 perkara ibu menyusu patut buat beberapa bulan pertama penyusuan

1. Cari bantuan dan sokongan

Jika anda memerlukan bantuan untuk mengetahui cara penyusuan yang betul, anda boleh meminta nasihat daripada pakar laktasi.

Pakar laktasi adalah golongan profesional yang mempunyai ilmu tentang penyusuan badan dan lebih berpengalaman tentang hal ini. 

Pasti mereka dapat berkongsi tip yang praktikal dan betul untuk anda cuba di rumah.

2. Bersedia untuk malam yang panjang (tanpa tidur!)

penyusuan, cara menyusu bayi, cara menyusukan bayi, cara susukan bayi, penyusuan yang betul, cara menyusu bayi baru lahir,

Sumber: Babycenter.com

Antara perkara yang anda tidak dapat elak semasa beberapa bulan pertama adalah kepenatan akibat terpaksa menyusukan bayi anda di waktu malam.

Jadi, sedari awal, cuba bersiap sedia dari segi mental dan emosi bagi menempuhi fasa beberapa bulan pertama yang mencabar ini.

Ingatkan diri anda selalu yang kesukaran ini akan berakhir juga. Tidak lama lagi, bayi anda pasti akan mula tidur sepanjang malam.

3. Tidak perlu dengar cakap haters

Jangan biarkan diri anda hilang motivasi atau semangat jika ada haters, atau suara sumbang, yang mengejek usaha anda untuk memberi susu badan secara eksklusif pada bayi anda.

Malah, cuba dulu sedaya mungkin untuk menyusu badan, dan bukannya mendengar nasihat orang lain supaya terus memberikan susu formula, semata-mata untuk memudahkan kerja anda.

Bukanlah pemberian susu formula itu perkara yang terlalu teruk, tapi sekurang-kurangnya jangan rasa terpaksa untuk memberikannya pada bayi anda, hanya kerana ia adalah nasihat daripada orang terdekat anda.

Yang paling penting, ikutlah naluri keibuan anda, anda tahu apa yang terbaik buat diri dan anak kecil anda.

4. Amalkan diet pemakanan yang berkhasiat

penyusuan, cara menyusu bayi, cara menyusukan bayi, cara susukan bayi, penyusuan yang betul, cara menyusu bayi baru lahir,

Sumber: Familybirth.com

Oleh sebab pada beberapa bulan pertama ini, akan ada seorang insan kecil lain lagi yang bergantung hidup pada badan anda, pastikan yang anda terus mendapatkan bekalan makanan yang berkhasiat.

Selera makan anda mungkin akan meningkat pada waktu ini. Dengarlah isyarat badan dan sentiasa dapatkan nutrisi berterusan dengan hidangan sihat dan pada kadar yang kerap.

Begitu juga tentang pengambilan minuman air kosong. Ia amat penting supaya badan anda dapat kekal terhidrasi.

5. Minta pertolongan jika perlu

Sistem sokongan dari ahli keluarga, saudara mara, dan rakan-rakan adalah amat penting pada waktu ini.

Mintalah bantuan sekiranya proses penyusuan anda menjadi terlalu sukar dan anda tidak dapat mengharunginya seorang diri.

Biar suami bantu hal rumah dan anak-anak. Minta ibu ayah duduk bersama untuk menjaga anda jika perlu.

Izinkan sahabat anda datang menghantar makanan bagi meringankan beban anda. Tidak perlu ada rasa bersalah (atau berasa diri terlampau manja) dalam diri anda.

Anda sememangnya memerlukan bantuan dari orang terdekat pada waktu yang mencabar ini.

6. Cari posisi selesa ketika menyusukan badan

penyusuan, cara menyusu bayi, cara menyusukan bayi, cara susukan bayi, penyusuan yang betul, cara menyusu bayi baru lahir,

Sumber: The Asian Parent Singapore

Antara cara untuk memudahkan proses penyusuan badan pada beberapa bulan pertama adalah dengan mencari posisi menyusu yang selesa dan sesuai buat anda.

Cuba menyusukan bayi anda sambil duduk di kerusi yang selesa. Cara yang paling tepat adalah dengan membiarkan bayi meniarap di atas payudara sambil menyusu.

Ia dikenali sebagai penyusuan semulajadi.

Beli bantal breastfeeding jika anda rasa ia dapat membantu anda menyusukan si kecil dengan lebih mudah, tanpa rasa lenguh.

Sambil menyusu, buatlah perkara yang anda gemari. Contohnya, melihat wajah bayi anda, menyusu sambil mendukung dan mengusap kepalanya atau menonton filem dan cerita kegemaran anda.

7. Sayangi diri sendiri

Amat mudah untuk kita menyalahkan diri apabila perkara tidak berjalan lancar. Dalam hal penyusuan badan, pasti akan berlaku sedikit kesukaran.

Si kecil anda tidak mahu menyusu, payudara anda membengkak, puting menjadi sakit, dan sebagainya.

Namun, janganlah menjadi terlalu risau tentangnya. Ia adalah perkara normal, dan ramai lagi ibu lain di luar sana yang mengalaminya.

Sayangilah diri anda, dan percaya pada diri. Selalu ingatkan diri yang ia akan menjadi mudah jika anda terus praktis dan amalkan tip dan cadangan penyusuan yang telah anda pelajari.

Wahai ibu sekalian, jika anda sedang menghadapi kesukaran menyusukan bayi anda, bersabarlah ya, anda pasti dapat mengharunginya!

Stories Rakan Kongsi
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada  Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

7 Soalan Tentang Penyusuan Susu Badan Yang Dijawab Pakar Laktasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 7 Perkara Ibu Menyusu Patut Buat Dalam Beberapa Bulan Pertama
Kongsikan:
  • Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

    Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

  • Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

    Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

    Hebat, Ibu Ini Menyusu Badan Tanpa Henti Selama 10 Tahun! Apa Rahsianya?

  • Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

    Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.