Ibu Menyusu Badan Sentiasa Perlukan Support Suami, Mereka Kena Happy & Dihargai

Menyusu badan untuk bayi memberikan banyak kebaikan. Suami juga perlu memainkan peranan dalam menyokong isteri agar dirinya kekal bersemangat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang baru dilahirkan memang digalakkan menyusu melalui penyusuan badan. Menyusu badan untuk bayi bukan sahaja memberi kebaikan kepada si manja, malah ia juga bagus untuk si ibu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Menyusu badan untuk bayi merupakan proses yang cukup penting
  • Proses penyusuan badan turut memberikan manfaat kepada ibu
  • Bagaimana suami boleh membantu isteri yang menyusu badan

Walau bagaimanapun, penyusuan badan bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah ibu. Ada yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan susu yang mencukupi bagi mengenyangkan si manja, ada juga yang terpaksa menahan sakit ketika menyusu.

Menyusu badan untuk bayi merupakan proses yang cukup penting

Sebagai seorang suami dan ayah, anda perlu tahu bahawa tugas penyusuan badan ini tidaklah tersandang pada seorang sahaja iaitu ibu kepada cahaya mata anda. Memberi anak susu melalui susu badan juga memerlukan si bapa memainkan peranan mereka.

Bagi bayi yang memang diberi susu badan hingga ke usia yang sepatutnya, pasti mereka akan mempunyai banyak kelebihan.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mampu memberi susu badan kepada si manja, janganlah risau kerana ada alternatif lain dengan memberikan susu formula untuknya. Asalkan si manja anda membesar dengan sihat, anda tetap merupakan Supermom untuk anak-anak.

Jadi, apakah kebaikan susu badan kepada si anak?

  • Sistem imunisasi yang lebih kuat.
  • Masalah penghadaman lebih kurang, kesihatan sistem penghadaman.
  • Kurang mendapat jangkitan selesema, masalah dan sebagainya.
  • Penglihatan yang lebih bagus.

Susu badan memberi anak komponen nutrisi yang mencukupi dan mudah diserap oleh si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komponen yang si manja boleh serap dari antibodi ibu termasuklah antioksidan, enzim, sifat-sifat imunisasi, dan antibodi hidup.

Antibodi-antibodi ini akan masuk ke dalam susu badan ibu dan kemudian akan diserap oleh si manja melalui penyusuan badan. Tahukah anda? Susu badan juga mempunyai bahan yang dapat menenangkan cahaya mata anda.

Proses penyusuan badan turut memberikan manfaat kepada ibu

Tetapi, apakah pula kebaikan yang dapat diperoleh oleh ibu yang menyusu badan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara fizikal, ibu yang menyusu badan akan lebih mudah turun berat setelah bersalin dan menyusu badan dapat merangsang rahim ibu untuk mengecut kepada saiz asal.

Darah nifas ibu juga akan berkurang dengan menyusu badan, menyebabkan kurangnya jangkitan pada saluran kencing dan kurangnya risiko untuk terkena anemia.

Secara emosinya pula, susu badan merembeskan hormon oksitosin dan prolaktin yang dapat memberi ketenangan pada ibu dan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan itu, ibu dapat merasai ketenangan yang lebih lagi kerana anak kurang menangis serta kurang risiko jangkitan penyakit.

Susu badan juga membenarkan ibu untuk bergerak ke mana-mana dengan lebih mudah, kerana ia sudah tentulah cukup bersih dan pada suhu yang bersesuaian bagi si manja.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa sebab mengapa menyusu badan boleh menjadi sukar bagi seorang ibu. Salah satunya ialah kerana bapa tidak memain peranan dalam memberi semangat kepada ibu yang menyusu badan.

Bagaimana suami boleh membantu isteri yang menyusu badan

Para suami, ketahuilah bahawa sokongan anda bagi ibu menyusu adalah sangat penting dan dapat memberi perubahan pada emosi si ibu, terutamanya jika mereka masih dalam tempoh berpantang!

Proses menyusu badan mungkin nampak mudah, tetapi ia sebenarnya memerlukan kesabaran, masa dan latihan yang mencukupi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, jika anda tidak memegang si manja dengan betul ketika sedang menyusu badan, bayi mungkin berisiko untuk tersedak atau lemas. Dalam situasi lain, bayi anda mungkin akan lebih banyak menghisap udara dari susu lalu ia akan mengalami kembung perut.

  • Menjaga si manja. Ada beberapa perkara yang ayah perlu lakukan dalam memberi sokongan kepada ibu yang sedang menyusu badan iaitu dengan membantu ibu kepada cahaya mata anda dengan menjaga si manja dan memberi ibu peluang untuk rehat. Menyusu badan sangatlah memenatkan, tau!
  • Bantu isteri membuat kerja rumah. Pada waktu ini, ringankanlah tulang dan ambillah inisiatif untuk membantu isteri menguruskan rumah. Berikan isteri anda masa dan ruang untuk berehat secukupnya.
  • Memberi sokongan dan bantuan yang isteri perlukan. Sesetengah ibu mungkin sukar mengeluarkan susu badan untuk si manja, jadi ayah perlulah memberi sokongan dan dapatkan bantuan dari pakar untuk si ibu supaya lebih mudah untuk laktasikan susu badan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Yang Menyusu Badan Tiada Waktu Rehat, Setiap Masa Perlu Berkorban Demi Anak

Baca juga: Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram

Baca juga: Bayi Lelaki Kuat Menyusu Berbanding Bayi Perempuan, Pakar Laktasi Jelaskan Ini Sebabnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan