Menyusu Ketika Hamil Boleh Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut? Ini Penjelasannya!
Menyusu ketika hamil adalah selamat dan boleh diteruskan sekiranya para ibu hamil dan kandungan dalam keadaan sihat dan tiada komplikasi.
Menyusu ketika hamil jika menurut perspektif Islam adalah selamat serta boleh diteruskan sekiranya wanita hamil dan kandungan mereka didapati dalam keadaan yang sihat serta tidak mempunyai sebarang komplikasi.
Walau bagaimanapun, ramai ibu hamil yang bimbang ia boleh memudaratkan bayi dalam kandungan. Lagi-lagi ibu yang hamil lagi kurang dari 2 tahun.
Dilema sungguh rasanya, kan? Patut atau tidak terus menyusukan ketika hamil? Adakah ia selamat untuk bayi dalam kandungan? Apakah kesan pada tumbesaran bayi nanti? Ini antara persoalan yang belum terjawab. Tetapi tidak mengapa, kami akan kupaskan satu persatu dalam entri kali ini ya, ibu-ibu.
Isi Kandungan
Menyusu Ketika Hamil, Adakah Selamat?
Sebenarnya, menyusu ketika hamil tidak membawa sebarang risiko yang ketara kepada mana-mana pihak sama ada anak yang sedang menyusu, ibu ataupun bayi dalam kandungan.
Pandangan tentang topik ini tidak dinafikan menerima serta mengundang reaksi yang bercampur, terutamanya kerana masih ada segelintir orang tua-tua yang menganggapnya sebagai ‘pantang larang’.
Tetapi, perlu diketahui bahawa kajian serta bukti saintifik menunjukkan bahawa menyusu badan ketika hamil adalah SELAMAT. Melainkan, anda pernah mengalami masalah kesuburan ataupun kehamilan/termasuk dalam golongan yang berisiko.
Walau bagaimanapun, berikut antara perkara-perkara umum membimbangkan para ibu:
Menyusu ketika hamil tidak menghalang nutrisi kepada bayi yang belum lahir. Namun begitu, ibu perlu amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Semasa trimester kedua dan ketiga, ibu perlu ambil 350 hingga 450 kalori tambahan sehari.
Tapi jika menyusu ketika hamil, anda perlukan kalori antara 500 hingga 650 dalam masa sehari. Selain itu, jangan lupa pengambilan protein dan kalsium yang mencukupi dan lapan hingga 12 gelas air setiap hari.
#2. Menyusu Ketika Hamil: Kontraksi
Mesti anda pernah dengar mitos yang mengatakan menyusu ketika hamil akan menyebabkan kontraksi awal. Kajian mengatakan hormon yang dikeluarkan semasa menyusu merupakan hormon yang boleh merangsang kontraksi.
Namun, hormon yang dikeluarkan semasa menyusu jauh lebih rendah. Oleh disebabkan itu, jumlah oxitoksin yang dikeluarkan tidak mencukupi untuk menyebabkan kontraksi awal. Jadi anda tak perlu risau.
#3. Menyusu Ketika Hamil: Keguguran
Ada sebilangan orang menganggap menyusu ketika hamil boleh menyebabkan keguguran. Namun, tiada bukti menunjukkan risiko keguguran sekiranya anda menyusu badan ketika mengandung. Sedangkan keguguran berlaku daripada banyak sebab dan tiada penjelasan yang jelas untuk itu.
#4. Menyusu Ketika Hamil: Keserasian susu dengan kanak-kanak
Betul, hormon kehamilan akan masuk ke dalam susu badan anda. Tetapi, susu tersebut masih selamat untuk penjagaan anak anda yang sedang menyusu. Hanya sebilangan kecil saja hormon masuk ke dalam susu dan ini tidak mendatangkan kemudaratan pada anak yang sedang menyusu.
Walau bagaimanapun, usah risau kerana anak sendiri yang akan memutuskan penyusuan badan kerana ada waktu tertentu susu akan berubah rasa dan warna hingga mereka tak suka lagi nak minum susu badan. Jadi, susu formula boleh diperkenalkan kepada mereka.
Risiko Menyusu Ketika Hamil
Dalam sesetengah kes, berhenti menyusu ketika hamil adalah lebih selamat untuk ibu dan anak yang belum lahir. Antara punca-puncanya adalah seperti:
- Komplikasi kehamilan seperti mengandung kembar.
- Berlakunya pendarahan.
- Kontraksi atau kesakitan rahim.
- Janin tidak berkembang dengan baik.
Menyusu ketika hamil adalah masih selamat selagi para ibu tidak mengalami tanda-tanda seperti yang berikut:
- Pernah mengalami keguguran ataupun melahirkan bayi pramatang.
- Mengalami kontraksi berterusan ataupun sebanyak empat kali dan lebih dalam masa satu jam (Kebiasaannya, kontraksi akan berlaku tetapi ianya akan berakhir apabila anda berhenti menyusukan bayi).
- Sakit belakang yang kronik.
- Merasa tekanan yang amat kuat pada bahagian pelvik.
- Keluar cecair daripada vagina, sama ada lendiran, darah, ataupun air ketuban.
Untuk pengetahuan umum, secara teorinya, penyusuan ibu akan merangsang pengeluaran hormon oksitosin yang bertanggungjawab dalam pengeluaran susu dari payudara akibat hisapan bayi.
Tanda Anda Harus Berhenti Menyusu Ketika Hamil
#1. Milk supply
- Berlakunya pengurangan susu yang agak ketara semasa hamil.
- Penurunan bekalan itu disebabkan hormon yang mempersiapkan badan untuk mengurangkan pengeluaran susu dan menghantar isyarat untuk membuat kolostrum kecil.
- Diingatkan, kehamilan itu sendiri sangat meletihkan, jadi jangan terlalu ‘berusaha’ untuk menyusukan anak hingga kesihatan turut terjejas.
- Jika si kecil sudah mula makan adalah menjadi kewajipan untuknya mendapat bekalan susu yang mencukupi.
#2. Kesihatan ibu
- Berasa mual dan muntah (morning sickness)
- Keletihan dan sakit kepala
- Perubahan hormon
- Tahap kesihatan yang merosot sedangkan anda perlu menjaga diri sewaktu itu kerana sedang berbadan dua
#3. Puting sensitif
- Semasa menyusu anak, hormon-hormon sedang bekerja.
- Apatah lagi, ramai wanita yang mengadu puting rasa sakit dan lebih sensitif.
#4. Rangsangan seksual
- Sesetengah wanita merasakan perkara ini boleh merangsang hubungan seksual.
- Rangsangan seksual yang tinggi ini disebabkan rangsangan puting yang kuat.
#5. Perasaan anak yang lain
- Pernah tak anda terfikir perasaan anak yang sedang menyusu? Bagaimana agaknya si kecil itu jika lihat adiknya yang baru lahir sedang menyusu?
- Adalah lebih baik, anda hentikan penyusuan bagi mengelak si manja anda berkecil hati.
- Namun, anda boleh perlahan-lahan jelaskan pada si anak kenapa dan apa yang akan terjadi. Mungkin dia akan faham.
Manfaat Menyusu Ketika Hamil
Peningkatan imuniti dan keuntungan pemakanan untuk bayi anda yang sedang menyusu akan berterusan selagi mereka menyusu badan. Ia juga boleh membuatkan anda serta bayi lebih ‘bonding’ meskipun ketika sedang hamil, terutamanya jika ibu hamil sedang berasa keletihan akibat kehamilan – menyusu badan adalah salah satu cara untuk menghilangkan perasaan itu.
Antara manfaat-manfaat lain menyusu ketika hamil adalah:
- Menggalakkan perasaan selamat dan terjamin buat anak yang sedang disusukan dan ia adalah baik untuk persediaan mereka menerima ahli keluarga baharu kelak.
- Membantu mengurangkan gejala bengkak selepas bayi lahir.
- Bekalan susu pregnancy yang padu berkat suapan tandem, ditambah dengan penyusuan susu ibu pada masa yang sama boleh mengelakkan adik-beradik yang lebih tua daripada masalah semasa anda menyusu!
Adakah Kehamilan Boleh Memberikan Kesan Kepada Susu Badan?
Ia adalah perkara normal jika kehamilan mengurangkan bekalan susu anda. Ini kebiasaannya berlaku sekitar bulan ke-4 atau ke-5 kehamilan. Komposisi susu juga biasanya akan berubah sedikit. Ia disebabkan oleh perubahan hormon, pengepaman dan penyusuan tambahan biasanya tidak akan meningkatkan bekalan anda seperti biasanya.
Selain itu, ramai juga ibu ayah bimbang tentang anak mereka yang masih mengambil susu ibu semasa mengandung. Ibu ayah perlu yakin bahawa hormon berkaitan kehamilan dalam susu adalah selamat untuk diambil oleh anak anda yang lebih besar, ya.
Adakah Kedua-dua Anak Akan Mendapat Bekalan Susu Badan Yang Mencukupi?
Untuk menghasilkan susu yang terbaik, pastikan diri anda sihat dan menyediakan nutrien yang diperlukan oleh anak dan janin anda yang sedang membesar, anda perlu mengambil lebih banyak makanan.
Adalah disyorkan untuk mengambil tambahan 500 kalori setiap hari jika bayi yang menyusu anda turut mengambil makanan pepejal — dan tambahan 650 kalori setiap hari jika mereka berumur di bawah 6 bulan hanya bergantung pada susu ibu.
Anda juga perlu mengambil kira 350 kalori tambahan pada trimester kedua anda dan 450 kalori tambahan pada trimester ketiga anda. Jangan risau, anda mungkin akan mendapati diri anda lebih lapar jika anda menyusu semasa kehamilan anda.
Selepas bayi anda dilahirkan, jika anda bercadang untuk menyusu bersama (menyusu kanak-kanak yang berbeza umur pada masa yang sama), anda boleh memulakan setiap penyusuan supaya bayi baru sentiasa mendapat peluang pertama untuk makan.
Kenapa? Ini kerana kanak-kanak yang lebih besar perlu menyusu kurang kerap dan boleh mendapatkan keperluan pemakanan mereka dengan cara lain.
Justeru, untuk para ibu semua – keputusan terletak di tangan anda sama ada nak teruskan atau hentikan menyusu ketika hamil. Jadi, berfikir dengan teliti tentang apa yang terbaik pada anda dan anak.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua yang membaca.
- healthline.com (August 20, 2020) Breastfeeding While Pregnant. https://www.healthline.com/health/pregnancy/breastfeeding-while-pregnant
- madela.us. (2020) 5 Important Tips for Breastfeeding While Pregnant. https://www.medela.us/breastfeeding/articles/5-important-tips-for-breastfeeding-while-pregnant
- webmd.com (April 11, 2022) What To Know About Breastfeeding While Pregnant. https://www.webmd.com/baby/what-to-know-breastfeeding-while-pregnant
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak
Baca juga: Telinga Berdengung Ketika Hamil Boleh Buat Ibu Terganggu, Ini Punca & Cara Mengatasinya
Baca juga: Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!