8 Folic Acid Yang Paling Bagus Untuk TTC Dan Sedang Hamil, JANGAN Skip Makan Acid Folic Elak Anak Cacat
Bagi anda yang sedang merancang untuk hamil, perlu amalkan pengambilan asid folik terbaik setiap hari bagi memastikan tubuh cukup nutrisi.
Adakah anda merancang untuk hamil? Jika ya, anda sepatutnya mula mengamalkan pengambilan acid folic terbaik sebagai langkah persediaan untuk kehamilan kerana Vitamin B9 ini sangat diperlukan untuk membina sel baru dalam tubuh.
Sekiranya ibu hamil kekurangan asid folik semasa mengandung, ia boleh mempengaruhi perkembangan janin dalam kandungan, seterusnya memberi impak pada kehamilan anda.
Jadi untuk membantu anda membuat pilihan asid folik terbaik, apa kata anda beli saja terus dari sini seterusnya tidaklah membuang masa untuk pergi kemana-mana farmasi selepas waktu bekerja nanti, kan?
Cara Memilih Acid Folic Yang Paling Bagus
Semestinya ramai di antara kita yang mengambil berat akan kesihatan kita dan mahukan asid folik tambahan terbaik. Kami juga sama seperti anda, mementingkan segala yang terbaik untuk kesihatan kita, jadi kami amat selektif pabila memilih asid folik tambahan terbaik.
Dalam memilih asid folik tambahan terbaik, perlulah kita tekankan akan perkara ini:
1. Dos
Pakar mencadangkan untuk semua orang di atas usia 14 tahun mendapat sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik, folat atau kombinasi kedua-duanya setiap hari. Jadi, setiap asid folik tambahan yang kami cadangkan, mempunyai sekurang-kurangnya 400 mikrogram di dalam satu dos.
Terlalu banyak asid folik di dalam badan boleh mengakibatkan kesan buruk yang serius pada buah pinggang, hati, dan merumitkan diagnosis kekurangan vitamin B-12. Terlalu banyak folat juga menunjukkan akan peningkatan risiko kanser payudara.
Wanita hamil tidak sepatutnya melebihi 600 mikrogram pengambilan asid folik setiap hari. Wanita yang mempunyai kadar folat yang tinggi di dalam tubuh mereka berikutan pengambilan dos yang besar akan asid folik adalah dua kali ganda peluang untuk mendapat anak dengan autisme.
Sementara itu, wanita yang mendapatkan kadar folat yang sepatutnya mempunyai pengurangan risiko akan anak mereka lahir dengan austime.
2. Jenis makanan tambahan
Folat menyerap dengan baik dan digunakan oleh tubuh pabila ia ditelan menjadi sebahagian diet sihat. Separuh cawan avokado, sebagai contoh, akan memberikan anda 15% kadar cadangan pengambilan folat dan 3 auns hidangan hati lembu akan memberikan anda dengan 50% pengambilan folat yang dicadangkan.
Asid folik diserap oleh tubuh adalah agak kurang efisyen kalau nak dibandingkan dengan folat. Walaubagaimanapun, sebuah seksyen besar populasi yang mempunyai mutasi genetik MTHFR memberi impak ke atas folat metabolisme dan asid folik seseorang.
3. Kaedah jenis penghantaran
Kebanyakkan vitamin hadir di dalam kapsul gelatin. Gelatin diperbuat daripada tendon yang mendidih, kulit, ligamen, dan tulang sama ada lembu, khinzir atau kuda. Perkara ini sememangnya menjadi hal berat bagi sesetengah orang yang mempunyai diet kawalan yang ketat sekaligus menyentuh soal agama yang melarang pengambilan satu atau lebih akan haiwan ini.
Jadi, kapsul sayur boleh jadi satu pilihan alternatif terbaik yang mana tidak langsung mengurangkan kadar kebaikan komponen makanan tambahan asid folik.
Tablet adalah bentuk lain yang anda boleh temui untuk asid folik tambahan. Ia adalah hampir bebas gelatin dan biasanya tidak mengandungi warna, perisa atau pengawet tambahan.
4. Kualiti
Pastikan ia mempunyai label pada botol yang mana menunjukkan akan proses kawalan kualitinya terjamin selamat dan sihat untuk pengambilan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. Kuantiti
Jumlah pil di dalam setiap botol adalah penting. Anda pastinya tidak mahu kehabisan di dalam kurang daripada sebulan.
8 Acid Folic Terbaik Di Pasaran
[product-comparison-table title="Acid Folic Terbaik"]
Hovid Folic Acid
Acid Folic Terbaik Pilihan Para Doktor
Hovid Folic Acid 5mg adalah diperbuat dengan Pharmaceutical Standards, digunakan oleh para doktor, untuk pengisian semula kadar asid folik di dalam tubuh manusia yang mengalami anemia kekurangan asid folik.
Asid folik 5mg juga diberikan kepada wanita hamil pada trimester pertama untuk secara efektif mencegah masalah kecacatan kelahiran yang disebabkan oleh perkembangan sistem saraf yang tidak betul di dalam janin.
Apa yang kami suka:
- Setiap tablet mengandungi asid folik 5mg
- Menghindari kecacatan kelahiran yang disebabkan oleh perkembangan sistem taraf yang tidak betul
- Hadir sebanyak 100 tablet dalam satu kotak
- Dihasilkan dengan standard farmasi
- Digunakan oleh para doktor
Appeton Essential Folic Acid
Acid Folic Terbaik Mematuhi 100% USRDA
Folic Acid Appeton Essentials membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (NTD) yang mana adalah kecacatan kelahiran pada otak, tulang belakang atau saraf tunjang. Folic Acid Appeton Essentials 400 mikrogram adalah salah satu jenama di pasaran yang mematuhi 100% USRDA (United State Recommended Dietary Allowance).
Pakar mencadangkan pengambilan sebanyak 400 mikrogram asid folik setiap hari.
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk pengambilan setiap hari untuk mencegah komplikasi akan kekurangan asid folik di dalam tubuh si ibu dan janin
- Mengurangkan risiko akan kecacatan tiub saraf di dalam bayi
- Penting untuk tumbesaran dan perkembangan janin yang normal
- Ambil 3 bulan sebelum merancang untuk hamil
- Tablet kecil untuk penggunaan yang mudah
- Tiada sebarang kandungan pengawet dan pewarna
Mega Ferrovit
Acid Folic Terbaik Dengan 3 Zat Besi
Anemia kekurangan zat besi atau Iron Deficiency Anemia (IDA) adalah sejenis anemia yang biasa berlaku pabila tubuh tidak mempunyai zat besi yang cukup untuk menghasilkan sel darah merah. Ferrovit adalah zat besi tambahan yang mengandungi Besi (Ferrous Fumarate) yang satu komponen penning untuk darah merah, asid folik peranan penting di dalam pembentukan darah dan vitamin B12 digunakan di dalam rawatan untuk anemia kekurangan zat besi dan wanita hamil dengan simptom anemia.
Di dalam semua garam besi, Ferrous Fumarate menyediakan amaun elemen besi yang optimum. Vitamin B12 dan asid folik adalah penting untuk formasi darah dan membantu mencegah kecacatan tiub saraf sewaktu hamil.
Apa yang kami suka:
- Ferrous Fumarate mempunyai elemen garam
- Pembungkusan individu yang mudah, senang untuk diurus dan mencegah pengoksidaan
- Mengandungi perisa vanila, tiada rasa metalik
- Kapsul lembut, mudah untuk ditelan
- Gangguan perut yang minimal
Prime Folic Acid 5mg
Acid Folic Terbaik Mencegah Keguguran
Adalah penting untuk para wanita mengambil asid folik ketika hamil kerana ia adalah salah satu nutrien terkenal dalam mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Tubuh anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel darah merah serta norepinephrine dan serotonin (komponen kimia pada sistem saraf.
Ia membantu DNA (material genetik tubuh) yang menormalkan fungsi otak dan komponen kritikal di dalam cecair saraf tunjang. Pakar mencadangkan untuk mana-mana wanita yang merancang untuk hamil atau di dalam 12 minggu awal kehamilan untuk mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.
Apa yang kami suka:
- Mencegah keguguran
- Membantu dalam penghasilan sel darah merah
- Mencegah ketidaksempurnaan forms janin
- prevent miscarriages
- Hadir dalam 100 tablet sekotak
Iberet Folic 500
Acid Folic Terbaik Meningkatkan Kandungan Darah
Iberet Folic 500 adalah untuk kegunaan rawatan anemia kekurangan zat besi (kurang darah) dan kekurangan asid folik secara serentak. Ia juga membantu dalam meningkatkan amaun darah ketika hamil.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi 525mg Ferrous Sulphate (Besi elemen 105) untuk mengembalikan zat besi dalam tubuh
- 500mg vitamin C untuk meningkatkan kadar penyerapan besi
- Vitamin B Complex untuk membantu tubuh memanfaatkan tenaga melalui metabolisme karbohidrat, protein dan lemak
- 800mikrogram asid folik untuk membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf dan membantu penghasilan sel darah merah serta mencegah anemia
- Menggunakan teknologi gradumet untuk memperbaiki kadar penyerapan besi dan mengurangkan iritasi perut
- Pembungkusan individual yang mudah, senang untuk diuruskan dan mencegah oksidasi
Pren-FD Active Folate & Vitamin D3 Folic Acid
Acid Folic Terbaik Untuk Kesihatan Kardiovaskular
Asid folik telah pun hampir berkait rapat dengan kesihatan wanita di dalam berita-berita selama beberapa tahun ini, Pren-FD Active Folate & Vitamin D3 Folic Acid selamat diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil, atau menyusukan bayi.
Folat aktif penting untuk pembentukan DNA dan RNA serta penghasilan sel darah merah yang sihat. Di samping itu, mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi dan menyokong pertumbuhan janin yang sihat.
Apa yang kami suka:
- Menyokong kesihatan hati
- Penting untuk sel tumbesaran yang sihat
- Menyokong tenaga metabolisme
- Pengambilan asid folik adalah penting untuk wanita hamil
Biotective Folic Acid
Acid Folic Terbaik Pilihan Untuk Golongan Vegan
Asid Folik (vitamin B9) membantu mencegah kecacatan tiub saraf pabila diambil sebelum anda ingin hamil dan sewaktu kehamilan. Ia digunakan untuk penghasilan DNA dan sel darah merah. Ia menyokong otak, fungsi sistem saraf dan kesihatan mental.
Ia juga diperlukan untuk metabolisme protein dan mampu menyokong kesihatan kardiovaskular.
Apa yang kami suka:
- Ia menyokong sistem saraf dan reproduktif
- Sesuai untuk mereka yang pemakan sayur atau vegan
- Dijamin suci asli dan berpotensi
- Makanan tambahan dietari
LAC Folic Acid
Acid Folic Terbaik Pilihan Untuk Wanita Hamil
LAC Folic Acid adalah suplemen yang mengandungi asid folik (vitamin B9) yang direka untuk menyokong pelbagai aspek kesihatan.
Asid folik membantu dalam pengeluaran sel darah merah yang sihat, yang penting untuk mengelakkan anemia yang menyebabkan keletihan dan kelemahan terutama wanita yang sedang hamil.
Apa yang kami suka:
- Ia penting untuk sintesis DNA, pembentukan sel darah merah.
- Mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida.
- Selamat untuk wanita hamil dan TTC.
- Risiko penyakit jantung yang lebih rendah.
Perbandingan Harga Acid Folic Di Pasaran
Jenama | Harga sebotol (RM) | Kandungan (kapsul) | Harga (RM/biji) |
Hovid Folic Acid | 9.15 | 100 | 0.09 |
Appeton Essential Folic Acid | 47.50 | 90 | 0.52 |
Mega Ferrovit | 23.10 | 50 | 0.46 |
Prime Folic Acid 5mg | 8.00 | 100 | 0.08 |
Iberet Folic 500 | 24.25 | 30 | 0.80 |
Pren-FD Active Folate & Vitamin D3 Folic Acid | 100.00 | 90 | 1.11 |
Biotective Folic Acid | 35.90 | 90 | 0.39 |
LAC Folic Acid | 42.19 | 100 | 0.42 |
Apakah Itu Acid Folic Dan Folat?
Asid folik adalah bentuk folat buatan manusia, sejenis vitamin B. Folat dijumpai secara semula jadi di dalam buah-buahan, sahur-sayuran, dan kekacang. Asid folik ditemui di dalam vitamin dan makanan yang diperkaya.
Asid folik dan folat membantu tubuh membina sel darah merah baharu. Sel darah merah membawa oksigen ke semua bahagian tubuh. Jika tubuh anda tidak menghasilkan sel darah merah yang cukup, anda boleh membentuk anemia. Anemia berlaku pabila darah anda tidak boleh membawa oksigen yang cukup kepada tubuh anda, yang mana membuatkan anda pucat, penat atau lemah.
Malah, jika anda tidak mempunyai asid folik yang cukup, anda juga boleh membentuk sejenis anemia dipanggil anemia kekurangan folat.
Sebab Wanita Perlukan Acid Folic Walaupun Tidak Merancang Untuk Hamil
Folic acid untuk apa sebenarnya? Semua orang memerlukan acid folic terbaik untuk sihat. Tetapi ia amat penting terutamanya untuk wanita:
- Sebelum dan semasa hamil - Asid folic untuk ibu mengandung melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan kelahiran yang serius dipanggil kecacatan tiub neural. Kecacatan kelahiran ini berlaku pada minggu pertama awal kehamilan, selalunya sebelum seseorang wanita tahu yang dia sedang hamil. Asid folic untuk ibu mengandung juga membantu mencegah kecacatan kelahiran jenis lain dan keguguran peringkat awal kehamilan. Di Amerika Syarikat, pakar mencadangkan untuk wantij mengambil asid folik biarpun tidak merancang untuk hamil.
- Untuk memastikan darah sihat dengan membantu pembentukan sel darah merah dan tumbesaran - Tidak mendapat asid folik yang cukup boleh membawa kepada sejenis anemia dipanggil anemia kekurangan folat. Ia adalah paling biasa berlaku di dalam kalangan wanita pada usia melahirkan anak berbanding lelaki.
- Perancang kehamilan yang anda lakukan atau ambil boleh jadi tidak berfungsi atau anda mungkin tidak menggunakan perancang kehamilan dengan betul setiap kali anda melakukan seks. Di dalam sebuah tinjauan oleh CDC, hampir 40% wanita dengan kehamilan yang tidak dirancang telah menggunakan perancang kehamilan.
- Kecacatan kelahiran pada otak dan tulang belakang boleh berlaku pada minggu-minggu awal kehamilan, selalunya sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil. Ketika anda mendapati anda sudan hamil, ia mungkin telah jadi terlambat untuk mencegah kecacatan kelahiran.
- Anda perlu mengambil asid folik setiap hari kerana ia adalah jenis B-vitamin larut air. Jenis larut dalam air ini bermaksud yang ia tidak kekal di dalam tubuh terlalu lama. Tubuh anda memetabolisme (menggunakan) asid folik dengan cepat, jadi tubuh anda memerlukan asid folik setiap hari untuk berfungsi dengan betul.
Amaun Folic Acid Untuk Hamil Yang Wanita Perlukan Setiap Hari
Semua wanita perlukan acid folic terbaik sebanyak 400 mikrogram setiap hari. Wanita yang boleh hamil sepatutnya mendapat 400 ke 800 mikrogram asid folik daripada sebiji vitamin atau daripada makanan yang ditambah asid folik, seperti bijirin sarapan pagi. Ini merupakan tambahan kepada folat yang anda boleh dapat secara semula jadi daripada makanan.
Sesetengah wanita, memerlukan lebih folic acid untuk hamil. Ketahui berapa banyak amaun asid folik yang anda perlukan berdasarkan jadual di bawah:
Jika anda: | Amaun asid folik yang anda mungkin perlukan setiap hari |
Boleh hamil atau sedang hamil | 400-800 mikrogram. Doktor anda mungkin akan menetapkan anda dengan sejenis vitamin prenatal dengan lebih. |
Pernah mempunyai seorang bayi dengan kecacatan tiub saraf (seperti spina bifida) dan mahu hamil lagi | 4000 mikrogram. Doktor anda mungkin akan menetapkan dengan amaun ini. Kajian menunjukkan yang mengambil amaun ini mampu mengurangkan risiko mendapat seorang bayi lagi dengan spina bifida. |
Mempunyai seorang ahli keluarga dengan spina bifida dan boleh hamil | 4000 mikrogram. Doktor anda mungkin akan menetapkan amaun sebanyak ini. |
Mempunyai spina bifida dan mahu hamil | 4000 mikrogram. Doktor anda mungkin akan menetapkan amaun sebanyak ini. Wanita dengan spina bifida mempunyai risiko tinggi untuk mendapat anak dengan kondisi yang sama. |
Mengambil ubatan untuk merawat epilepsi, diabetes jenis 2, rheumatoid arthritis, atau lupus | Rujuk pada doktor atau jururawat anda. Asid folik tambahan boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan ini. |
Di dalam dialisis untuk penyakit buah pinggang | Rujuk pada doktor atau jururawat anda. |
Mempunyai kondisi kesihatan, seperti penyakit radang usus, atau penyakit seliak, yang memberi kesan akan bagaimana tubuh anda menyerap asid folik | Rujuk pada doktor atau jururawat anda. |
Waktu Sesuai Makan Asid Folik
Anda disarankan untuk mengambil asid folik ketika anda mencuba untuk hamil (seeloknya 3 bulan sebelum) dan sewaktu 12 minggu pertama kehamilan.
Dos yang biasanya jika anda sedang mencuba untuk hamil dan sewaktu 12 minggu pertama kehamilan adalah 400 mikrogram, diambil sekali sehari tidak kira pada waktu pagi atau malam. Namun, kebanyakkan pakar nutrisi mengatakan untuk mengambil suplemen, seperti folic acid, pada waktu pagi. Jadi, waktu sesuai makan folic acid yang sebaiknya adalah pada waktu pagi bersama dengan sarapan pagi.
Ini kerana sistem pencernaan menjadi perlahan pada waktu malam, jadi mengambil vitamin pada waktu pagi akan membolehkan untuk kadar penyerapan suplemen tersebut dengan lebih baik ke dalam sistem tubuh kita.
Doktor anda pasti akan mencadangkan untuk mengambil asid folik sepanjang kehamilan, khususnya jika anda berisiko untuk mendapat anemia atau sememangnya mempunyai anemia.
Jika anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil dengan kecacatan tiub saraf, doktor anda biasanya akan mengesyorkan untuk peningkatan dos asid folik sebanyak 5mg, setiap hari.
Makanan Tinggi Folat @ Acid Folic
[caption id="attachment_448202" align="aligncenter" width="670"] Kredit gambar: Queensland Health[/caption]
Seperti yang kita bincangkan di atas, setiap orang perlu mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik setiap hari. Vitamin B9 boleh dijumpai secara semula jadi di dalam banyak jenis makanan, serta dalam bentuk asid folik di dalam makanan yang diperkaya.
Di sini kami kongsikan beberapa jenis makanan sihat yang tinggi kandungan folat atau asid folik.
1. Kekacang
Kekacang adalah buah atau benih mana-mana tumbuhan termasuklah kacang, pea, dan lentil. Biarpun amaun folat sebenar di dalam kekacang boleh jadi berbeza, ia merupakan satu sumber folat yang terbaik.
Kekacang juga adalah sumber terbaik untuk protein, serat dan antioksidan, serta mikronutrien penting seperti potasium, magnesium dan besi.
2. Asparagus
Asparagus mengandungi amaun konsentrasi akan banyak vitamin dan mineral termasuklah folat. Ia juga kaya dengan antioksidan dan telah menunjukkan yang ia anti-radang dan merupakan anti-bakteria.
3. Telur
Menambah telur ke dalam diet harian anda adalah satu cara terbaik untuk meningkatkan kadar pengambilan nutrien penting termasuklah folat. Telur juga kaya dengan protein, selenium, riboflavin, dan vitamin B12.
Ia juga tinggi lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan yang mungkin membantu mengurangkan risiko masalah mata seperti degenerasi makula.
4. Sayuran hijau
Sayuran hijau seperti bayam, kale dan arugula adalah rendah kalori malah kaya dengan banyak kunci vitamin dan mineral termasuklah folat. Sayuran hijau juga tinggi serat dan vitamin K dan A. Ia telah dikaitkan dengan satu hos kebaikan kesihatan.
Kajian mendapati yang memakan lebih sayuran seperti sayuran hijau, boleh jadi berkait dengan pengurangan keradangan, rendah risiko kanser, dan peningkatan pengurangan berat badan.
5. Buahan sitrus
Selain daripada rasanya yang lazat dan penuh rasa, buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon, dan limau adalah kaya dengan folat. Buahan sitrus juga sarat dengan vitamin C, satu mikronutrien penting yang membantu meningkatkan imuniti serta mencegah penyakit.
Malah, kajian pemerhatian telah mendapati yang tinggi pengambilan buahan sitrus boleh jadi dikaitkan dengan rendah risiko kanser payudara, perut dan pankreas.
6. Hati lembu
Hati lembu adalah salah satu sumber konsentrasi folat yang tersedia. Tambahan kepada folat, satu hidangan hati lembu boleh mencapai kadar keperluan harian untuk vitamin A, vitamin B12, dan tembaga. Ia juga kaya dengan protein, menyediakan hampir 24 gram per 3 auns hidangan. Protein adalah penting untuk pembaikan tisu dan penghasilan enzim dan hormon.
7. Betik
Betik adalah buahan tropikal yang tinggi nutrien dari selatan Mexico dan Tengah Amerika. Selain dari rasanya yang sedap dan kaya citarasa, betik juga padat dengan folat. Tambahan lagi, betik tinggi dengan vitamin C, potasium, dan antioksidan seperti karotenoid.
Wanita hamil patut pertimbangkan untuk mengelak memakan buah betik yang belum masak. Pengkaji membuat spekulasi yang memakan buah betik yang belum masak pada kadar amaun yang tinggi mungkin boleh menyebabkan contractions awal di kalangan wanita hamil, tetapi buktinya adalah tidak mencukupi.
8. Pisang
Kaya dengan variasi vitamin dan mineral, pisang adalah rumah nutrisi yang baik. Ia terutama sekali tinggi folat dan dengan mudah boleh membantu anda mencapai keperluan harian pabila digandingkan dengan beberapa makanan tinggi folat yang lain.
Pisang adalah tinggi dalam nutrien lain termasuklah potasium, vitamin B6, dan manganese.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Folic Acid Untuk Apa? Ini Cara Pilih Asid Folik Terbaik Ketika Hamil
Baca juga: Makanan Meningkatkan Kesuburan, Ibu Ayah Perlu Ambil Jika Mahu Anak
Baca juga: Kepentingan Asid Folik: Mengapa Ibu Mengandung Wajib Ambil Vitamin Ini