Meroyan/ Kemurungan Selepas Bersalin (Postpartum Depression): Punca, Tanda & Rawatan

Jenis meroyan selepas bersalin boleh terjadi dalam tiga tahap, meskipun ibu kelihatan seperti biasa, suami atau ahli keluarga perlu tahu simptom gejala ini

Kehadiran cahaya mata dalam keluarga sering dilihat emosi kegembiraan. Namun bagi sesetengah ibu kali pertama, tempoh ini boleh menyebabkan rasa sedih serta emosi tidak dijangka. Ia dipanggil sebagai meroyan atau kemurungan selepas bersalin.

Tempoh selepas bersalin, sering dirujuk sebagai “trimester keempat,” iaitu penyesuaian fizikal dan emosi untuk ibu baru.

Walaupun sesetengah wanita mengalami “baby blues” yang dijangkakan, dicirikan oleh perubahan mood yang sederhana dan turun naik emosi, yang lain mungkin menghadapi perjuangan emosi yang lebih teruk dan berpanjangan yang dikenali sebagai kemurungan selepas bersalin.

Menyambut kehidupan baru ke dunia sering dilihat sebagai masa kegembiraan dan kebahagiaan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah ibu kali pertama , tempoh ini juga boleh membawa perasaan sedih, kebimbangan, dan emosi yang tidak dijangka. Fenomena ini dikenali sebagai kemurungan selepas bersalin (PPD), dan ia memberi kesan kepada sebilangan besar wanita selepas bersalin.

Selain sakit melahirkan anak, meroyan selepas bersalin juga antara perkara yang paling digeruni berlaku dalam kalangan ibu. Tahukah anda ada beberapa jenis meroyan berisiko berlaku kepada sesiapa sahaja?

Anda mungkin menyangka bahawa simptom meroyan muncul sejurus selepas kelahiran. Namun tidak semua wanita memiliki masalah Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD atau meroyan menunjukkan tanda-tandanya dengan jelas selepas beranak. 

Apa itu meroyan selepas bersalin dan mengapa ia terjadi

Bagi kebanyakkan wanita, simptom baby blues akan hilang selepas 3 hingga 5 hari selepas mengalaminya.

Jika simpton baby blues anda tidak hilang atau jika anda merasa sedih, hilang arah dan rasa kosong melebihi daripada tempoh 2 minggu anda mungkin menghadapi kemurungan atau meroyan selepas bersalin.

Merasa hilang arah atau kosong selepas bersalin ia bukannya suatu yang biasa yang dialami oele seorang ibu.

Meroyan selepas bersalin atau kemurungan merupakan satu masalah mental yang serius. Ia melibatkan fungi otak yang akan mempengaruhi cara tingkah laku dan kesihatan fizikal.

Jika anda merasa kemurungan, sedih, mendatar atau merasa kosong yang tidak hilang ia akan menganggu kehidupan seharian anda.

Ibu juga merasakan tidak berhubungan dengan bayi dan mereka bukanlah ibu kepada bayi tersebut, atau merasakan tidak sayang dan tidak mahu menjaga bayi. Perasaan ini boleh menjadi sehingga ke tahap yang teruk.

Perubahan hormon yang ketara adalah antara punca berlakunya masalah meroyan selepas bersalin. Semasa hamil, paras hormon estrogen dan progesterone berada pada paras yang tinggi dan setelah proses kelahiran paras hormon ini akan turun secara mendadak dalam tempoh 24 jam kelahiran bayi anda untuk kembali ke paras yang normal.

Selain itu faktor persekitaran, biologi dan sosial juga menyumbang kepada masalah meroyan selepas bersalin ini. Antara faktor berlakunya meroyan atau kemurungan selepas bersalin adalah seperti berikut :

  • Keletihan selepas proses bersalin
  • Keletihan akibat daripada kurang tidur atau tidur yang terganggu
  • Overhelmed dengan kehadiran bayi
  • Merasa ragu-ragu dengan kebolehan menjadi ibu yang baik
  • Tekanan daripada perubahan kerja atau rutin harian di rumah
  • Pemikiran yang tidak realistik untuk menjadi ibu yang sempurna
  • Kesedihan akibat kehilangan orang tersayang
  • Merasa diri kurang menarik
  • Kurang masa untuk diri sendiri

Pendapat doktor tentang kemurungan

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr Suriati Akmal Mahari, perspektif perubatan melihat jenis meroyan ini berlaku pada tiga tahap dan berbeza mengikut gejala serta seriusnya masalah itu.

“Berdasarkan pandangan perubatan, meroyan diterangkan dalam tiga keadaan si ibu yang terganggu akibat tekanan dengan tanggungjawab baru iaitu menjaga bayi mereka. Ibu berasa tertekan, gelisah dan ada ketika mereka berasa sayu sehingga menitiskan air mata kerana tidak yakin dapat menjaga bayi dengan baik.”

“Ini antara gejala normal dan biasanya bermula dalam tempoh lima hingga 14 hari bergantung kepada keadaan ibu mengurus diri dan anak mereka,” katanya.

Sekiranya berlarutan sebulan dan mencapai sehingga enam bulan, ia menandakan si ibu mengalami fasa atau tahap kedua yang dinamakan’postpartum depression’ atau kemurungan postpartum.

“Boleh lihat mereka tidak boleh tidur malam, hilang selera makan dan badan susut mendadak kerana mereka berfikiran tidak dapat menjadi ibu yang baik,” katanya.

Kemuncak kepada ‘meroyan’ iaitu ibu mula hilang kawalan pada diri menyebabkan insiden tragis hingga tidak sedar ‘kelar’ atau ‘menghumban’ bayi mereka.

Ia merujuk sebagai psikosis postpartum yang mana ada elemen gangguan mental atau psikologi lebih serius hadir hanya disedari selepas ibu bersalin.

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin

1. ‘Brain Fog’

Keadaan di mana anda menjadi cepat pelupa. Ramai yang selalu bergurau dengan menggunakan ayat ‘wayar terputus semasa bersalin’. Tetapi sebenarnya ia harus dipandang berat!

Kajian menunjukan yang kemurungan boleh memberi kesan terhadap memori seseorang.

Jika anda rasa sering kali terlupa sesuatu, anda mungkin mempunyai masalah memori dan ia mungkin ada kaitan dengan kemurungan.

2. Berfikiran negatif

Sering fikir untuk melakukan perkara negatif jika terjadi sesuatu? Contoh rasa ingin mencederakan anak anda jika dia menangis terlalu lama atau ingin melarikan diri dari semua orang?

Ini adalah contoh yang anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Ia bermakna anda memerlukan bantuan. Tak kiralah dari segi sokongan keluarga atau bantuan profesional.

3. Marah atau baran

Anda perasan yang anda sering kali marah atau cepat sangat naik angin? Anda selalu mengamuk dengan pasangan atau rakan sekerja walaupun atas perkara kecil? Sentiasa rasa sakit hati dengan orang lain?

Sebenarnya, mudah marah adalah salah satu tanda kemurungan. Kemurungan akan membuatkan anda terlalu memendam rasa. Kemudian semua perasaan itu meletus menjadi kemarahan.

4. Rasa kosong

Kosong di sini bermakna, hati anda seperti kosong. Tidak mampu betul-betul merasai apa-apa perasaan. Sama ada perasaan empati mahupun emosi.

Seperti robot yang hanya bertindak tanpa perasaan dan emosi.

Seperti anda terputus hubungan dengan orang sekeliling yang buat anda rasa sesuatu, tidak lagi rasa teruja atau terinspirasi dengan perkara lain. Tidak mampu rasa apa-apa juga adalah tanda kemurungan selepas bersalin.

5. Insomnia

Sukar tidur malam walaupun badan sudah lesu? Atau sebaliknya? Terlalu banyak tidur namun kelesuan itu tidak hilang-hilang. Sebenarnya, mental anda yang sedang penat, serta anda memerlukan bantuan.

Mengalami kemurungan bukanlah sesuatu yang patut anda malu serta biarkan saja. Anda harus mendapatkan bantuan.

Rawatan meroyan selepas bersalin

Merawat ibu yang mengalami masalah meroyan selepas bersalin ini adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kesihatan ibu dan juga bayi.

Dengan rawatan yang betul, kebanyakkan wanita merasa lebih baik dan simpton yang mereka alami akan berkurangan/sembuh.

Rawatan meroyan selepas bersalin ini termasuklah mernjalani terapi, ubat-ubatan atau kombinasi diantara kedua-duanya.

Tetapi jika rawatan ini tidak menunjukkan kesan atau mengurangkan simpton meroyan selepas bersalin, terapi rangsangan otak, seperti terapi electroconvulsive, mungkin menjadi pilihan untuk dilakukan.

1.Psikoterapi

Beberapa jenis psikoterapi atau kadangkala dipanggil sebagai terapi bercakap atau kaunseling boleh membantu wanita yang mengalami meroyan selepas bersalin ini.

Melakukan terapi tingkah laku kognitif dan terapi interpersonal telah terbukti mampu merawat wanita yang mengalami meroyan selepas bersalin.

2.Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT)

Bagi wanita yang sering kali rasa kemurungan dan kebimbangan selepas bersalin, rawatan terapi tingkah laku kognitif (CBT) akan digunakan. Ia mengajarkan mereka cara berfikir, berkelakukan dan juga cara bertindak balas terhadap sesuatu situasi.

Ia membolehkan mereka belajar mencabar dan mengubah corak mereka berfikir dan tingkah laku mereka. Seterusnya membantu mereka dalam memperbaiki perasaan dan emosi kemurungan dan kebimbangan mereka.

Rawatan terapi tingkah laku kognitif (CBT) boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan bersama dengan sekumpulan orang yang mempunyai kebimbangan yang sama.

3.Terapi Interpersonal (IPT)

Terapi interpersonal (IPT) adalah terapi yang digunakan untuk merawat kemurungan termasuk merawat meroyan selepas bersalin ini dan ia terbukti berkesan.

Ia berdasarkan idea bahawa, peristiwa interpersonal dan kehidupan akan memberi kesan kepada mood dan sebaliknya.

Tujuan utama terapi ini adalah untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dalam perhubungan, meningkatkan jaringan sokongan sosial, dan juga membantu mereka membina jangkaan yang realistik yang membolehkan mereka menangani krisis atau isu yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental mereka.

4.Ubat-ubatan

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, mereka sering kali diberi ubat antidepressants untuk merawat masalah kemurungan.

Ubat ini bertindak memperbaiki cara otak untuk menggunakan bahan kimia tertentu yang mengawal mood atau tekanan. Bagi ibu yang mengandung atau menyusukan bayi, mereka seharuskan berbincang dan memberitahu doktor atau petugas kesihatan sebelum mereka mengambil ubat antidepressants ini.

Mereka mungkin perlu mencuba beberapa jenis ubat yang berbeza untuk memastikan ia betul-betul serasi dan memperbaiki gejala yang mereka alami dan yang mempunyai kesan sampingan yang boleh diurus.

Ubat antidepressants ini biasanya mengambil masa diantara 6 ke 8 minggu untuk bertindak. Ibu mungkin mengalami simpton seperti tidur, selera makan dan masalah tumpuan akan bertambah baik seterusnya akan meningkatkan mood.

Sebelum memutuskan sama ada ubat ini berkesan atau tidak adalah penting untuk mencubanya untuk beberapa tempoh.

Jangan behenti mengambil ubat antidepressants ini tanpa pengawasan daripada doktor. Kadang kala, apabila seseorang mengambil ubat ini, merasa akan merasa bertambah baik dan akan behenti mengambilnya.

Ini akan menyebabkan masalah kesihatan mental ibu ini akan berulang atau kembali semula.Sekiranya doktor merasakan sudah tiba masa untuk anda behenti mengambilnya, mereka kan secara perlahan-lahan mengurangkan dos yang perlu anda ambil dan memastikan proses ini berjalan dengan selamat dan lancar.

Bagaimana untuk urus bayi jika rasa overwhelmed

Tiada apa yang benar-benar membantu anda bersedia untuk menjaxdi seorang ibu baru. Walaupun ramai antara rakan atau orang terdekat cuba menerangkan dan memberi tips mengurus bayi seperti perlu bangun pada tengah kerana anak menangis, menukar lampir, cara penyusuan tetapi iabukan benar-benar anda akanfahami sehingga mengalaminya sendiri.

Menjadi seorang ibu baru, ianya normal jika anda berasa overhelmed. Oleh itu, adalah penting untuk anda menjaga diri sendiri. Pada minggu awal kelahiran, ibu seharusnya fokus hanya untuk kepentingan diri sendiri dan bayi. Seiring dengan waktu semua perkara akan menjadi lebih mudah.

Berikut merupakan beberapa tips untuk menguruskan bayi jika berasa overhelmed:

1.Hadkan Jumlah Lawatan Daripada Rakan dan Ahli Keluarga

Bersalin merupakan suatu proses yang mencabar. Anda memerlukan masa untuk pulih daripada proses bersalin disamping perlu menyuaikan diri untuk menjaga bayi yang baru hadir dalam hidup anda.

Walaupun anda berasa biadap untuk menolak kehadiran tetamu yang teruja untuk berjumpa dengan si manja anda, tetapi anda perlu fokus terhadap kesihatan dan keselesaan anda dan bayi. Adalah lebih baik untuk memberitahu mereka anda anda tidak bersedia menerima kehadiran pelawat buat masa sekarang.

2.Minta Pelawat Untuk Masuk (Pitch In)

Besar kemungkinan orang akan bertanya sama ada anda memerlukan apa-apa. Jangan takut untuk meminta bantuan sekiranya anda memerluan pertolongan dalam menjaga keperluan asas bayi.

Orang tersayang anda benar-benar ingin membantu, dan jika anda memerlukan mereka untuk ke kedai membeli keperluan anda atau bayi jangan teragak-agak untuk meminta bantuan mereka.

Bersedia untuk membenarkan mereka membantu melakukan kerja rumah atau menjaga bayi sekiranya mereka menawarkan pertolongan.

Menolong melakukan kerja rumah seperti membantu membasuh pinggan mangkuk untuk anda semasa anda berehat di sofa atau memegang bayi semasa anda mandi sangat membantu dan bermakna buat anda ketika anda berasa overhelmed.

3.Mudahkan Rutin Harian Anda

Jika sebelum kelahiran anda mengemas,mengemop, mencuci, menyidai dan melipat pakaian pada setiap hari, selepas anda menerima kehadiran bayi anda boleh pertimbangkan untuk mengemop atau mencuci pakaian satu atau dua kali seminggu.

Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan untuk memasak dan membekukan makanan anda untuk tempoh hidangan menu untuk seminggu.

Jadi anda hanya perlu memanaskan hidangan setiap kali waktu makan. Jika anda dan pasangan mempunyai bajet yang lebih anda boleh mengupah orang untuk melakukan kerja-kerja ini tanpa perlu memenatkan diri anda.

4.Mencari Kumpulan Sokongan

Jika anda bertanya kepada generasi tua apakah antara perkara yang paling berharga dan membantu semasa proses kelahiran dan membesarkan bayi, mesti ada diantara mereka memberikan jawapan ‘sokongan’.

Sudah tentu ahli keluarga dan rakan terdekat mampu meberikan anda sokongan tetapi berkongsi sokongan dengan ibu yang mengalami perkara yang sama juga sangat membantu dan bermakna.

Anda boleh menyertai kumpulan sokongan sama ada secara bersemuka atau atas talian (banyak kumpulan sokongan seperti dalam Facebook, yang anda boleh bertanya dan bertukar pendapat).

Anda juga boleh menyemak laman sesawang hospital terdekat anda sekiranya mereka mengadakan kumpulan sokongan untuk masalah berkaitan kesihatan ibu selepas bersalin.

5.Ketahui Tanda-Tanda Overhelmed

Ramai ibu baru yang menyifatkan fasa awal kelahiran bayi mereka sebagai “fasa paling ajaib dalam hidup mereka”. Mendengar pendapat ini daripada orang lain ada diantara ibu berasa ada yang tidak kena dengan mereka.

Yakinlah tidak ada yang tidak kena pada anda. Cuma ketika mereka yang menghadapi kesukaran semasa proses ini, mereka tidak lantang untuk berkongsi apa yang sedang mereka hadapi.

Mereka hanya berkongsi saat indah sahaja. Sekiranya anda merasa kemurungan selepas bersalin dan tertekan menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan anda tidak berasa gembira segeralah mendapatkan bantuan atau rawatan.

5.Luangkan Masa Melakukan Senaman

Pada peringkat awal selepas bersalin, pastikan dahulu tubuh anda sesuai atau tidak untuk melakukan aktiviti ini. Tetapi kebiasaannya untuk ibu yang sihat mereka sudah boleh melakukan beberapa senaman ringkas setelah beberapa hari atau minggu setelah melahirkan.

Anda boleh mulakan dengan melakukan beberapa regangan atau berjalan disekitar halaman rumah anda sambil menikmati kebaikkan cahaya matahari pada waktu pagi (vitamin D).

Setelah habis tempoh berpantang, ibu boleh meletakkan bayi pada kereta sorong bayi dan berjalan atau bersiar-siar di taman. Lakukan aktiviti atau senaman yang anda gemari setelah tubuh anda sembuh daripada proses bersalin ini. Contohnya seperti yoga, zumba atau bersenam di gym.

Baca juga: Bila Isteri Stres Selepas Bersalin, Mereka Hanya Perlukan Suami Bukannya Orang Lain!

Sumber: healthyway, Harian Metro

https://www.verywellfamily.com/what-to-do-when-youre-overwhelmed-as-a-new-mom-4164822

https://www.nimh.nih.gov/health/publications/perinatal-depression

https://www.womenshealth.gov/mental-health/mental-health-conditions/postpartum-depression

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia