Gara-Gara Badan Anak Tersangkut Dalam Mesin Basuh, Bomba Terpaksa Belah Dua Mesin

Mesin basuh adalah alat perkakas rumah yang wajib ada di dalam rumah. Siapa sangka kanak-kanak ini tersepit di dalamnya sehingga memerlukan bantuan bomba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila si manja dalam fasa aktif meneroka dunia sekeliling sehingga ada diantaranya ‘tersepit’ dalam mesin basuh baju.

Meskipun ibu ayah sudah berhati-hati dan sentiasa mengawal pergerakan anak, namun kelalaian satu saat sahaja boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini.

Anak tersepit dalam mesin basuh, minta bantuan daripada anggota bomba

Sudah menjadi lumrah untuk anak melakukan sesuatu perkara di luar kotak. Sebab itulah ramai ibu berasa bimbang sekiranya anak tiba-tiba diam atau hilang dari pandangan kerana mereka mungkin sedang melakukan ‘sesuatu’ yang mungkin anda tidak pernah bayangkan.

Seperti kisah yang menjadi tular di platform TikTok ini, anggota bomba menerima satu panggilan memaklumkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun bernama Aiman, tersangkut dalam mesin basuh.

Difahamkan ia terjadi disebabkan oleh kanak-kanak berkenaan ingin mengambil mainannya. Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati Aiman sudah pun dibaringkan dan seluruh tubuhnya berada dalam mesin basuh.

Pada mulanya, percubaan untuk menarik keluar anak kecil tersebut tidak berjaya. Bagi mengelakkan kecederaan lain berlaku, pihak bomba telah membuat keputusan untuk membelah bahagian mesin basuh tersebut.

Kejadian ini berlaku ketika ayahnya sedang menunaikan solat, manakala ibu pula baru pulang ke rumah dari tempat kerja.

Susulan insiden berkenaan, warganet meluahkan rasa simpati melihat peralatan elektrik tersebut sudah tidak dapat digunakan lagi. Namun ada individu yang bermurah hati menawarkan dirinya untuk menghadiahkan sebuah mesin basuh baharu buat keluarga ini.

Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan pertolongan yang diberikan oleh anggota bomba bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka juga berharap agar anak kecil tersebut mengambil iktibar dan tidak mengulangi semula perbuatan ini.

Nak selamatkan orang bukan setakat guna kepakaran, tetapi juga kepintaran. Tabik abang bomba!

Adoi, menangis berganda mak dia. Kena beli mesin basuh baru. Sis je ke yang ngeri tengok pisau tu potong mesin? Risau terkena badan budak tu.

Ni bila dah besar nanti, setiap kali nak basuh baju mesti teringat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Elak insiden tersepit dalam mesin basuh berulang, ini tips keselamatan bagi rumah yang ada anak kecil

Bagi ibu ayah yang memiliki anak masih kecil, setiap ruang di dalam rumah hendaklah dipastikan benar-benar selamat dan tidak mendatangkan sebarang kemalangan.

Antara salah satu yang perlu diberi keutamaan ialah bahagian dapur. Di sini terdapatnya pelbagai peralatan yang boleh membahayakan seperti peralatan memasak yang tajam, bahan kimia, alat elektrik dan sebagainya.

foto: fadzielah ayub

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru ibu ayah dinasihatkan mengikuti beberapa langkah keselamatan ini:

#1. Keselamatan umum

Jangan biarkan kabel elektrik terjuntai dan membolehkan anak yang masih kecil memegangnya.

Alatan kecil seperti pengadun, pembuat kopi atau ketuhar gelombang hendaklah dicabut apabila tidak digunakan dan disimpan di tempat tidak boleh dicapai kanak-kanak.

#2. Penyimpanan peralatan memasak dan elektrik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simpan semua peralatan memasak selepas digunakan terutamanya pisau. Jauhkan semua pisau dari jangkauan si manja anda. Selain itu, tutup dan cabut suis mesin basuh kain bagi, pengisar makanan dan periuk elektrik bagi mengelakkan kemalangan.

Kanak-kanak semenangnya suka menekan butang dan panel kawalan. Cara paling mudah untuk menjaga anak daripada bermain dengan kawalan mesin basuh pinggan atau pencuci kain adalah dengan mengunci pintu mesin dengan pengikat perkakas yang sedia ada.

#3. Penggunaan peti sejuk

Tidak hanya orang dewasa, anak yang masih kecil amat gemar buka dan tutup pintu peti sejuk. Ibu ayah boleh memasang kunci peti ais di bahagian pintu. 

Kanak-kanak biasanya tidak mempunyai kekuatan untuk membuka pintu peti sejuk. Sekiranya anda meletakkan hiasan bermagnet, pastikan ia tidak mudah tercabut dan saiznya besar agar tidak boleh masuk ke dalam mulut si manja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Niat Bantu Ayah Berniaga Di Bazar, Tangan Budak 10 Tahun Hancur Tersepit Mesin Tebu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan