X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Niat Bantu Ayah Berniaga Di Bazar, Tangan Budak 10 Tahun Hancur Tersepit Mesin Tebu

10 May, 2021
Niat Bantu Ayah Berniaga Di Bazar, Tangan Budak 10 Tahun Hancur Tersepit Mesin Tebu

Telapak tangan sebelah kiri kanak-kanak berusia 10 tahun telah tersepit di celah mesin tebu sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan parah

Ketika bulan Ramadhan, anak-anak kecil antara yang paling teruja dan gembira dapat membantu ibu ayah di rumah atau berniaga di bazar. Namun siapa sangka kejadian tidak diingini boleh berlaku sekelip mata seperti budak 10 tahun ini apabila telapak tangan hilang ‘termakan’ oleh mesin tebu.

Menurut laporan oleh media tempatan, tangan kiri kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah hancur selepas tersepit di dalam mesin tebu sewaktu dia membantu ayahnya berniaga di bazar Ramadhan di Taman Serkam Jaya.

Tragedi telapak tangan tersepit di dalam mesin tebu

tangan tersepit mesin tebu

credit to sources

Dalam kejadian pada jam 7.45 malam itu, telapak tangan kanak-kanak tersebut telah parah sehingga ke pergelangan tangan dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, panggilan kecemasan telah diterima oleh pihaknya dan sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

”Pasukan bomba tiba lapan minit kemudian dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki sedang menahan kesakitan dengan keadaan telapak tangan kirinya tersepit di dalam mesin tebu.”

”Unit bantuan berjaya mengeluarkan tangan mangsa dalam masa 10 minit menggunakan peralatan khas bagi membuka mesin berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pihaknya dimaklumkan bahawa insiden malang berkenaan berlaku ketika kanak-kanak tersebut ingin membantu ayahnya memesin tebu untuk dijual di bazar Ramadhan.

Bahaya mesin bergerak terhadap kanak-kanak

tangan budak tersepit

Tangan, kaki, rambut, jari atau bahagian tubuh yang lain berisiko untuk tersepit atau terpotong secara tidak sengaja ketika sesuatu mesin bergerak atau berputar.

Kebanyakan pengguna cenderung mengalami kecederaan akibat mesin bergerak adalah disebabkan oleh kecuaian manusia. Lebih-lebih lagi jika yang menggunakannya adalah golongan bawah usia dan anak kecil.

Kemalangan boleh berlaku sekelip mata sahaja. Jika ibu ayah berdepan dengan perkara ini, lakukan beberapa tindakan penting bagi menyelamatkan nyawa si manja seperti:

  • Kekal tenang dan matikan suis bagi menghentikan mesin daripada terus bergerak. Kecederaan yang lebih serius boleh terjadi sekiranya anggota tubuh berterusan tersepit di dalam mesin yang sedang berfungsi
  • Periksa keadaan mangsa dan segera mendapatkan bantuan. Keselamatan anak perlu menjadi keutamaan anda. Fokuslah untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. Hubungi ambulans atau pergi ke unit kecemasan hospital jika kecederaannya teruk
  • Tenangkan si manja mengikut kemampuan anda. Elakkan dari menjerit atau menangis dengan kuat kerana tindakan sebegini hanyalah sia-sia dan boleh menyebabkan rasa sakit yang berganda
  • Hindari tabiat mengambil gambar dengan keadaan anak yang sedang menahan kesakitan. Berada bersamanya dan tunggu sehingga bantuan kecemasan sampai
  • Sekiranya anggota tubuh tersepit, ibu ayah jangan memandai-mandai cuba untuk membukanya kerana risiko berlaku kemalangan atau kecederaan berulang adalah sangat tinggi. Sabar menunggu pihak bomba atau hospital datang pada masanya

Sememangnya tiada ibu ayah yang sanggup berdepan detik hitam terutamanya kejadian yang hampir meragut nyawa anak tercinta. Meskipun demikian, kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar mangsa segera pulih dan sihat seperti sedia kala.

tangan budak hancur

gambar sekadar hiasan. Kredit: bh online

Lumrah kehidupan dalam membesarkan anak-anak tidak semudah yang disangka. Pastinya anda setiap masa sudah berhati-hati, namun kemalangan juga boleh tetap terjadi walaupun anak berada di depan mata. Justeru jadikan kisah ini sebagai iktibar buat ibu ayah yang lain. Elakkan anak kecil mengendalikan mesin berbahaya sewaktu membantu anda di rumah atau tempat kerja.

Stories Rakan Kongsi
Bolehkah Pengurusan Kewangan Menjadi Mudah? 5 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Sebagai Ibu Bapa
Bolehkah Pengurusan Kewangan Menjadi Mudah? 5 Perkara Yang Anda Harus Lakukan Sebagai Ibu Bapa
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!
Do Not Take the Rotavirus Disease Lightly!
Growing up in KidZania Kuala Lumpur: a safe space for your child to learn
Growing up in KidZania Kuala Lumpur: a safe space for your child to learn
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students

Kecuaian sedikit boleh memberikan kesan jangka masa panjang terhadap fizikal dan emosi si manja. Sekiranya anak ingin membantu, berikan mereka tugas yang lebih mudah seperti mengangkat atau membungkus barangan.

Tidak salah untuk mengajar mereka tentang perniagaan seawal usia, namun langkah-langkah keselamatan hendaklah diutamakan memandangkan mereka masih bergelar kanak-kanak.

Sumber: Kosmo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Anak Terjatuh Bertindaklah Ikut Naluri, Namun Ibu Ayah Jangan Abaikan 7 Perkara Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Niat Bantu Ayah Berniaga Di Bazar, Tangan Budak 10 Tahun Hancur Tersepit Mesin Tebu
Kongsikan:
  • Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

    Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

  • ''Kepalanya Tersepit Di Celah Besi Katil,''- Bayi 7 Bulan Maut Ketika Penjaganya Berbuka Puasa

    ''Kepalanya Tersepit Di Celah Besi Katil,''- Bayi 7 Bulan Maut Ketika Penjaganya Berbuka Puasa

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

    Budak Lelaki Tersekat Dalam Mesin Mainan Kerana Mahu Hadiah, Bagaimana Dia Masuk?

  • ''Kepalanya Tersepit Di Celah Besi Katil,''- Bayi 7 Bulan Maut Ketika Penjaganya Berbuka Puasa

    ''Kepalanya Tersepit Di Celah Besi Katil,''- Bayi 7 Bulan Maut Ketika Penjaganya Berbuka Puasa

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.