TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bayi Sebulan Maut Diberi Minum Arak Oleh Datuknya Sendiri Ketika Pesta Bulan Mengambang!

17 Jul, 2019
Bayi Sebulan Maut Diberi Minum Arak Oleh Datuknya Sendiri Ketika Pesta Bulan Mengambang!

Kasihan bayi ini, masih kecil tapi sudah diberi minum arak.

Ya Tuhan tak sangka di akal manusia, bayi yang masih kecil boleh diberi minum arak hingga meninggal dunia. Apa yang terjadi ini, benar-benar mengejutkan semua orang!

Sambutan bulan penuh atau  full moon celebration yang juga dikenali dengan nama Man Yue merupakan salah satu tradisi Cina bagi memberkati bayi atau meraikan kelahiran ahli keluarga baru sehingga insiden ngeri ini berlaku.

Di Beijing China, sambutan tersebut telah menjadi satu bencana apabila seorang bayi lelaki meninggal dunia kerana datuknya memberi minum arak pada hari pesta tersebut.

Menurut Sin Chew Daily, ramai saudara mara datang bagi meraikan parti ini bersama-sama dengan keluarga bayi tersebut dan semua mereka dalam keadaan mabuk sambil berbual-bual.

Datuk beri bayi minum arak

minum arak

Datuknya dengan gembira mendukung dan membawa si kecil itu menemui semua saudara mara. Kemudian, salah seorang dari mereka berseloroh lalu mencadatangkan agar si datuk memberi si kecil itu minum arak.

Namun, datuknya mengambil gurauan tersebut dengan serius, lantas memberikan cucunya yang baru berumur sebulan itu minum arak demi menjaga air mukanya.

Kemudian ibunya yang melihat kejadian tersebut marah dan membawa si kecil itu ke dalam dakapannya. Manakala bayi tersebut berterusan menangis.

Selepas 30 minit, bayi tersebut kehilangan nafas dan ibunya bergegas membawanya ke hospital. Tetapi malangnya bayi itu tidak dapat diselamatkan selepas menerima beberapa jam rawatan kecemasan.

Bayi terkena alergi alkohol

Ketika menerima rawatan, doktor mengatakan bayi tersebut mengalami alergi alkohol dan dia juga memarahi datuk yang tidak bertanggungjawab itu.

Dalam keadaan yang sangat sedih dan kecewa, ibu bayi tersebut menampar bapa mertuanya berkali-kali meskipun bayi tersebut tidak dapat dikembalikan semula.

Lebih menyedihkan lagi, ibu tersebut pernah dilayan buruk oleh ibu mertuanya kerana lambat hamil sekitar tiga tahun menunggu cahaya mata. Namun semuanya hancur berkecai gara-gara insiden ini.

Kesan minum alkohol pada kesihatan diri 

minum alkohol

  • Mudah marah dan pertuturan jadi tidak lancar.
  • Hilang imbangan semasa berjalan dan kecelaruan fikiran.
  • Kesan kekal pada otak dan saraf seperti hilang ingatan dan kebas.
  • Penyakit kanser, sirosis, Anemia, kekurangan zat makanan dan lain-lain.
  • Kemurungan, kecenderungan untuk membunuh diri, perubahan personaliti dan lain-lain.
  • Tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan dengan baik.
  • Terlupa maruah diri dan keluarga.
  • Semasa mabuk tidak dapat mengawal diri dan tingkah laku.
  • Kurang berminat untuk bekerja dan sering kali cuai dalam menjalankan tugas serta

Kesan bagi wanita mengandung minum alkohol

  • Bayi dilahirkan dengan berat badan yang rendah
  • Ukuran kepala lebih kecil
  • Bayi terencat akal
  • Wajah dan fizikal bayi cacat 

Diharap ibu dan ayah bayi tersebut menerima takdir itu dengan redha. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Stories Rakan Kongsi
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!
Mahu Minda Anak Lebih Tajam & Cekap? Ada Cara Mudah Untuk Kembangkan Otak Anak Hari Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: World Of Buzz

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkesan-alkohol-kepada-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Sebulan Maut Diberi Minum Arak Oleh Datuknya Sendiri Ketika Pesta Bulan Mengambang!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham