Ibu Terpaksa Menyusu Bayi Atas Lantai Tren Apabila Penumpang Lain Enggan Bagi Tempat Duduk!

Seorang ibu terpaksa memberikan anaknya susu badan sambil duduk di atas lantai kotor di dalam sebuah tren. Semuanya kerana ketidakprihatinan orang sekeliling kepadanya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kasihan si kecil yang belum tahu apa-apa ini terpaksa minum susu ibu di atas lantai tren. Kejadian ini berlaku kerana ibunya, Sophie Molineux terpaksa menyusukan anaknya itu di atas lantai kerana penumpang lain tidak memberinya tempat duduk.

Aduhai, kasihannya dia! Yang lain itu seolah-olah tidak punya sikap prihatin dan mementingkan diri sendiri.

Ibu tersebut yang berumur 22 tahun itu dalam perjalanan ke Shropshire, Ludlow di United Kingdom bersama suaminya, Rob Moore dan anak lelaki mereka Chester Moore yang baru berumur setahun serta masih minum susu ibu.

Kisah bayi minum susu ibu terpaksa menyusu atas lantai

Semasa masuk ke dalam tren berkenaan, penumpang memang sangat ramai hingga menyebabkan pasangan itu sukar mencari tempat duduk kosong, walaupun ada mata yang melihat bahawa mereka sedang mendukung anak kecil.

Lebih menyedihkan, gerabak tren yang membawa 50 orang penumpang itu dipenuhi dengan penumpang yang sihat dan masih mampu untuk berdiri. Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang menawarkan tempat duduk untuk golongan yang memerlukan seperti Sophie.

Terpaksa menyusukan anak atas lantai tren

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itu, Sophie dan suaminya terpaksa berdiri di sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 30 minit. Lebih mengecewakan, Sophie terpaksa duduk atas lantai bagi menyusukan anaknya yang sedang kelaparan.

Jika situasi ini berlaku di negara kita, maka anda perlu lihat orang di sekeliling anda sekiranya ada yang lebih memerlukan tempat duduk dalam tren. Apa yang anda perlu buat adalah bangun dan berikan tempat itu kepada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teknik penyusuan susu ibu yang betul

1) Duduk dan letakkan satu atau dua bantal bagi mengampu kepala serta badan bayi anda.
2) Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Hati-hati jangan sampai anda tertidur bagi mengelak bayi lemas)
3) Rapatkan bayi ke payu dara. Kemudian dekatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala sahaja. Pastikan seluruh areola masuk ke dalam mulut bayi.
4) Anda boleh bantu bayi melekap dengan memegang payudara dengan tangan. Namun, pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.

Cara nak kenal bayi menyusu dengan betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Dagu si kecil menyentuh payu dara
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar
  • Hidung bayi terletak pada payu dara sekaligus memudahkannya bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti seketika dan kemudian menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh dengar bunyi bayi menelan susu badan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Borak Daily 

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan