Siapa yang tidak kenal dengan pelakon tempatan yang penuh ayu dan lemah-lembut, Mira Filzah? Pelakon wanita ini menjadi idola kepada ramai wanita kerana sifatnya yang tampak lembut dan kini, Mira Filzah hamil dengan anak sulungnya!
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Mira Filzah hamil anak sulung, mula berasa sakit-sakit dan tidak selesa
- Walaupun sarat hamil, Mira terus cantik dan bakal masuk kelas antenatal
- Mengapa para ibu dan pasangan perlu menghadiri kelas antenatal sebagai persediaan
Tidak sabar kami dengan kehadiran si sulung Mira Filzah. Pasti comel macam ibunya! Namun, Mira Filzah sudah mula berasa tidak selesa apabila makin dekat tarikh kelahiran cahaya matanya.
Mira Filzah hamil anak sulung, mula berasa sakit-sakit dan tidak selesa
Memandangkan lagi beberapa hari akan tibanya bulan Ramadhan, Mira Filzah menyatakan bahawa dia akan cuba untuk berpuasa sekiranya keadaan mengizinkan.
Berkongsi lebih lagi mengenai kandungannya, sebaik memasuki trimester akhir kehamilan, pelakon dan pengacara wanita tempatan ini menghadapi simptom yang kerap dialami oleh ibu-ibu hamil lain yang juga berada pada trimester terakhir mereka.
Pelakon popular ini berkongsi bahawa dia mengalami simptom seperti sakit belakang dan kaki yang kian membengkak hari demi hari.
Walaupun begitu, dia masih tetap komited dengan tugas yang perlu diselesaikan sebelum ketibaan cahaya matanya yang dijangka pada bulan Mei nanti. Hingga tarikh cuti bersalinnya bermula 5 April, dia akan terus meneruskan kerja seperti biasa.
Cuma, Mira tidaklah mengalami alahan lazim seperti muntah-muntah dan sebagainya di awal kehamilan seperti kebiasaan bagi para ibu yang lain.
Untuk pengetahuan, Mira Filzah telah mendirikan rumah tangganya bersama Wan Emir pada 2 September 2020 dan telah diraikan dalam empat majlis berasingan.
Walaupun sarat hamil, Mira terus cantik dan bakal masuk kelas antenatal
Sejak bergelar seorang ibu, Mira Filzah kelihatan lebih cantik dan berseri-seri. Lagi pula apabila mendekati tarikh bersalinnya yang sudah tidak lama lagi di awal bulan Mei.
Isteri kepada Wan Emir Astar ini kini sarat mengandung 8 bulan dengan anak sulungnya, dan dia telah berkata bahawa tiada apa yang hendak diceritakan sangat pun tentang kehamilannya.
Namun, apabila ditanya mengenai persiapan menyambut kelahiran si manja sulungnya, Mira telah berkongsi jujur bahawa tiada persiapan khusus yang dilakukan dan masih belum selesai sepenuhnya pun apa yang perlu disebabkan kesibukan kerja.
Walaupun bimbangkan virus Covid-19 kini, namun Mira Filzah tidaklah mengterhadkan dirinya untuk keluar dari rumah. Cuma, disebabkan kekangan masa, dia lebih memilih untuk membeli barangan bayi secara atas talian sahaja.
Berikutan persiapan dari segi mental pula, pelakon serta pengacara popular ini tidaklah berfikir terlalu banyak dan hanya bersembang dengan rakannya tentang proses bersalin dan sebagainya. Selebihnya, dia terus kekal berfikiran positif, kongsinya.
Mira juga ada berkongsi tentang dirinya yang mendaftar ke kelas antenatal sebagai salah satu persediaan sebelum bersalin, dan juga kelas menyusu badan. Bermula hujung bulan Mac atau awal April, dia akan mula menghadiri kelas-kelas ini.
Mengapa para ibu dan pasangan perlu menghadiri kelas antenatal sebagai persediaan
Sebenarnya, ada bagusnya pelakon dan pengacara tempatan terkenal ini mendaftar untuk kelas antenatal sebagai salah satu persediaan untuk kelahiran si manjanya kelak.
Apa itu kelas antenatal? Dalam bahasa mudahnya, ia adalah sebuah kelas keibubapaan yang boleh membantu anda dan pasangan untuk bersedia dengan ketibaan si manja, penyusuan badan dan secara menyeluruhnya, cara menjaga cahaya mata baru anda.
Anda juga boleh berjumpa dengan ibu ayah yang seangkatan dengan anda. Seronok sebenarnya apabila berjumpa dengan rakan-rakan baharu yang melalui pengalaman yang serupa dengan kita.
Jadi, kami bersetuju dengan tindakan Mira Filzah untuk mendafat dalam kelas antenatal sebagai salah satu persediaan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hamil Luar Rahim Punca Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan
Baca juga: Bayi Sembelit Teruk Dekat Seminggu, Anak Dayana Roza Masuk Wad