''Sempat Tidur 1 Jam Je Semalam,''- Mira Filzah Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jadi Ibu

Mira Filzah Wan Emir telah mendedahkan nama dan gambar anak lelaki mereka setelah hari ke-7 kelahiran. Mereka memilih nama Wan Khair Amir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar berkongsi kepada umum nama putera sulung kesayangan mereka genap hari ke tujuh kelahirannya. Pasangan itu terlihat bahagia dan seronok menyambut kehadiran anak kecil itu sebagai pelengkap keluarga mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Mira Filzah Wan Emir dedah nama anak, hasil gabungan tiga nama
  • Ibu dan anak kongsi tarikh lahir yang sama
  • Pengalaman baharu sejak bergelar ibu

Melalui hantaran yang dimuat naik di laman instagram, pasangan bahagia itu mengumumkan nama putera sulung mereka sebagai Wan Khair Amir.

Mira Filzah Wan Emir dedah nama anak, hasil gabungan tiga nama

Mengulas lanjut mengenai pemilihan nama untuk putera sulung, Mira Filzah Wan Emir berkata nama yang diberikan itu adalah hasil gabungan daripada tiga nama.

Pemilihan nama ‘Khair’ yang membawa maksud ‘baik,elok’ diambil sempena daripada nama arwah papa suaminya iaitu Wan Mohamad Khair-il Anuar, manakala untuk ‘Amir’ pula yang membawa maksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’ diambil sebagai variasi daripada nama mereka berdua iaitu Emir dan Amirah.

Ibu dan anak kongsi tarikh lahir yang sama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menariknya, tarikh kelahiran putera sulung pasangan itu juga sama dengan tarikh kelahiran Mira Filzah jika mengikut kalender Islam. Wan Khair Amir dilahirkan pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 Mei 2022 pada jam 3.40 pagi.

Majlis ibadah tahnik dan bercukur juga turut diadakan yang bertemakan warna rona biru lembut. Majlis itu disempurnakan oleh Ustaz Don Daniyal yang turut dihadiri oleh isteri beliau dan juga keluarga terdekat.

Mira Filzah Wan Emir kongsi pengalaman baharu sejak bergelar ibu ayah

Memetik daripada hantaran Mira Filzah di laman instagram, beliau mengakui hanya boleh tidur selama 1 jam sahaja sejak kehadiran permata hati mereka itu dan masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri serta menguruskan masa tidurnya dengan lebih fleksibel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun tidak cukup tidur, pelakon itu tetap kekal jelita dalam persalinan rona biru lembut itu yang menyerlahkan lagi sifat lemah lembut dan keibuan beliau. Malah, keterujaan bergelar ibu juga jelas kelihatan di wajah ayunya itu.

Dalam hantaran di instagram, pasangan sejoli ini juga menitipkan sekeping doa buat putera tersayang yang mengharapkannya membesar dengan baik dan juga soleh.

“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA” tulisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat mendirikan rumahtangga pada September 2020.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Carta Pergerakan Janin, Ini Cara Mengira & Mencatat Pergerakan Bayi Dengan Betul

Baca juga: “Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,”-Ini Penjelasan Dari Doktor

Baca juga: Patutlah Senyap Bila Ibu Cari Tak Jumpa, Rupanya Anak Sedap Tidur Dalam Peti Sejuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani