5 Mitos Mengenai Meneka Jantina Bayi Dalam Kandungan! No. 3 Paling Salah

Disebalik keterujaan ibu bapa untuk ketahui jantina bayi, pelbagai mitos jantina bayi dibuat untuk meneka jantina bayi dalam perut. Tapi ia terbukti salah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kita melihat wanita hamil, pasti kita terus nak tanya jantina bayi, kan? Jangan kata orang lain, ibu bapa sendiri pun tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi. Ini kerana mereka terlalu teruja untuk mengetahui bayi dalam kandungan lelaki atau perempuan, sehingga orang dulu mencipta beberapa mitos jantina bayi.

Mesti anda tertanya-tanya sejauh mana kebenarannya? Pakar memberitahu beberapa mitos yang popular dan mengemukakan fakta. Mari kita lihat satu per satu.

1 – Mitos jantina bayi: Kadar degupan jantung bayi perempuan lebih laju dari bayi lelaki.

Degupan jantung kedua-dua jantina adalah dalam linkungan 110 ke 160 per minit pada trimester ketiga, kata Dr. Kelly Leggett, pengarah perubatan Hospital Wanita di Greensboro.

Menurut Dr. Aviva Stein seorang OB-GYN pula, ini adalah pertanyaan biasa pesakit-pesakitnya. Malangnya tiada kajian yang menunjukkan hubungan antara degupan jantung dan jantina bayi. Malah degupan jantuh berubah-ubah sepanjang 9 bulan.

 

2 – Mitos jantina bayi: Perut tinggi lelaki, perut rendah perempuan

Setiap badan wanita adalah unik, begitu juga dengan otot perut dan saluran masuk pelvik (bagaimana bayi sedang duduk di pelvis). Menurut Kelly, bentuk badan dan otot akan menentukan bagaimana bentuk perut apabila hamil.

Kedudukan bayi juga menentukan sama ada perut tinggi atau rendah. Kedudukan bayi berubah sepanjang kehamilan.

3 – Mitos jantina bayi: Menggantung cincin kahwin atau jarum pada rantai atau benang atas perut ibu akan menentukan jantina.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau betul ia memang kebetulan! Permainan ini memang menyeronokkan tapi tiada data saintifik yang menyokong tuntutan ini.

4 – Mitos: Jika rambut di tubuh badan atau kuku tumbuh cepat semasa hamil menandakan bayi lelaki, jika lambat ia bayi perempuan.

Walaupun wanita hamil mengalami pelbagai hormon semasa hamil, pertumbuhan rambut atau kuku bukan petunjuk kepada jantina bayi. Umur lebih memberi kesan pada pertumbuhan rambut berbanding kehamilan. 

Kebiasaannya, wanita mengalami keguguran rambut sebanyak 100 helai sehari. Semasa hamil, tidak kira jantina, hormon estrogen memanjangkan pertumbuhan rambut dan mengakibatkan kurang rambut gugur.

Tapi selepas beranak, anda jangan terkejut jika rambut anda gugur lebih banyak, kerana ia ingin mengembalikan kepada pertumbuhan normal semula. Anda akan mendapat rambut seperti sebelum hamil dalam masa setahun selepas beranak.

5 – Mitos jantina bayi: Jika ibu mengidam makanan masam dan masin maknanya bayi lelaki tapi jika mengidam manis ia bayi perempuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelly sekali lagi mengatakan yang ini adalah tidak benar dan berharap sains mudah seperti ini. Jadi anda boleh makan apa yang anda mahukan. Kombinasi nutrisi dan psikologi yang menentukan apa yang anda mengidam.

#6. Mitos jantina bayi: Sakit perut

Mitos: Sekiranya anda mengalami sakit perut pagi sepanjang hari, itu adalah seorang bayi perempuan.

Realiti: Mitos ini mungkin ada kebenarannya. Kajian mendapati bahawa wanita dengan morning sickness pagi yang teruk yang disebut hyperemesis gravidarum lebih cenderung melahirkan anak perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebabnya? Tahap hormon kehamilan hCG, yang mencetuskan alahan waktu pagi cenderung lebih tinggi pada ibu yang mengandung bayi perempuan.

Tetapi seorang wanita hamil tentunya akan alahan pagi, bahkan pernah juga terjadi bila mengandung anak lelaki. Jadi tidak, anda tidak boleh mengandaikannya sebagai seorang bayi perempuan jika anda mengalami sakit perut atau alahan pagi yang serius.

Mitos Kehamilan # 7: Lihat Kalendar

Mitos: Kalendar Lunar Cina dapat meramalkan jantina bayi berdasarkan usia ibu ketika mereka hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Realiti: Kalendar Lunar Cina ditemui di makam Diraja berusia 700 tahun, dan  ramai wanita hamil yang telah menggunakannya bersumpah dengannya. Mungkinkah artifak kuno ini mempunyai beberapa sains moden di belakangnya? Tidak semestinya. Menurut penyelidik Kanada yang sama melakukan ujian Drano, Kalendar Lunar tidak lebih tepat dalam meramalkan jantina bayi (50/50) daripada tekaan rawak.

Jadi ibu bapa semua, sabar ya. Tunggu sampai kandungan cecah 16 minggu anda boleh buat ultrasound untuk lihat jantina bayi. 🙂

​Apa pun jantina bayi bukanlah apa yang anda patut risaukan. Apa yang penting bayi sihat dan selamat dilahirkan.

Nak tahu atau suka-suka meneka itu boleh tapi janganlah sampai percaya dan terlalu mengharap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Carolina Parent

Baca juga: Tanda-Tanda Hamil Menurut Islam

Penulis

Nadia Ghafar