TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

6 fakta unik tentang badan wanita yang anda mungkin terlepas pandang

4 min bacaan
6 fakta unik tentang badan wanita yang anda mungkin terlepas pandang

Walaupun sama-sama manusia, tubuh wanita jauh berbeza daripada tubuh lelaki dan begitu juga dengan keperluan mereka. Berikut adalah 7 fakta yang menarik, tentang tubuh wanita yang anda mungkin tidak tahu!

Selain dari perbezaan fizikal, tahukah anda terdapat banyak perbezaan antara fungsi badan lelaki dan badan perempuan?

Mari kita baca 6 fakta badan perempuan yang mungkin anda tidak pernah terfikir sebenarnya penting ini. Entah-entah anda tak sedar ia wujud pun!

Fakta badan perempuan #1 Kita lebih memerlukan tidur berbanding lelaki!

fakta badan perempuan

Tidur yang tidak cukup akan memberi kesan yang berlainan kepada lelaki dan wanita.

Hasil kajian penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke mendapati wanita yang kekurangan tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis dan masalah jantung berbanding dengan lelaki yang mendapat jumlah tidur yang sama.

Wanita juga boleh mengalami tekanan fisiologi, jadi pastikan anda cuba tidur apabila ada peluang!

#2 Otak wanita lebih kepada emosi

Secara amnya, lelaki mempunyai otak yang lebih besar dan sepadan dengan saiz badan mereka.

Ahems, tetapi otak yang lebih besar tidak semestinya bermaksud lebih pandai ya! Fungsi bahagian-bahagian otak yang tertentu juga sangat berbeza antara kedua-dua jantina.

Wanita lebih banyak menggunakan kawasan otak yang mengawal bahasa dan emosi. Memang menakjubkan ciptaan Tuhan, kerana kita dianugerahkan naluri ibu yang kuat!

Fakta badan perempuan #3 PMS bukan perkara mengarut 

fakta badan perempuan

Kredit: Thehealthsite.com

Sebagai wanita, kita mengalami hormon yang turun naik setiap kitaran, dan ramai wanita biasanya akan mengalami perubahan emosi terutamanya sebelum datang haid (juga dikenali sebagai sindrom pra-haid, PMS).

Mood yang tidak tentu, perut serta payudara yang sakit, rasa letih, dan hanya mahu rehat bukan sekadar olok-olok sahaja. Sesetengah wanita sakit teruk sehingga tidak dapat tinggalkan rumah!

#4 Wanita lebih senang dapat masalah kencing kotor

Ini disebabkan oleh uretra, iaitu tiub saluran kencing wanita yang lebih pendek.

Tiub ini juga terletak berhampiran dengan pembukaan faraj, di mana bakteria boleh bergerak dengan mudah dari kemaluan ke saluran kencing dan menyebabkan UTI.

Oleh itu, amalkan pemakanan yang seimbang, jaga kebersihan bahagian kelamin dan pastikan anda tidak tahan kencing setiap kali sebelum atau selepas bersetubuh.

Fakta badan perempuan #5 Kes kanser ovari semakin banyak di Malaysia

fakta badan perempuan

Hanya wanita mempunyai ovari dan ia adalah organ dalaman yang tidak dapat diperiksa untuk keabnormalan seperti memeriksa testis seorang lelaki.

Apabila terdapat masalah atau sebarang pertumbuhan yang tidak sepatutnya berada di situ, ia selalu dikesan terlalu lambat kerana terdapat banyak ruang di dalam ovari wanita untuk sel kanser berkembang.

Kesnya sama juga untuk pesakit kanser serviks.

Biarpun kita selalu dengar tentang kejadian kanser ovari dan kanser serviks di Malaysia, kedua-dua penyakit ini boleh dikesan awal melalui pemeriksaan rutin dengan pakar wanita dan menjalankan ujian makmal tahunan.

Fakta badan perempuan #6 Ujian ThinPrep Pap sebenarnya lebih berkesan dari ujian Pap smear biasa

Virus Human Papilloma adalah virus yang menyebabkan kanser serviks wanita dan tujuan ujian Pap Smear tahunan ialah untuk menangkap kehadiran virus ini dan mengesan sebarang keabnormalan di lapisan serviks.

Walaubagaimanapun, ujian Pap Smear adalah teknik lama, dan kini terdapat alternatif baru yang lebih berkesan.

Ujian ThinPrep Pap terbukti lebih tepat daripada ujian Pap Smear biasa dan peluang untuk mengesan perubahan selular awal adalah lebih tinggi.

Jika anda belum lagi sempat melakukan pemeriksaan tahunan, jangan berlengah lagi. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

***

Adakah ini bermaksud fungsi tubuh wanita lebih lemah dari fungsi tubuh lelaki? Sudah tentunya tidak.

Tetapi wanita seringkali mementingkan anak dan keluarga sehingga lupakan menjaga keperluan dan kesihatan sendiri.

Tabiat ini perlu berubah kerana ia tidak baik untuk diri: andalah penawar dan penyeri keluarga.

Dapatkan semua jawapan anda mengenai fungsi tubuh wanita berserta ujian kesihatan tahunan di hospital berdekatan. 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

6 nutrien penting untuk wanita sentiasa kekal menawan dan cergas!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 6 fakta unik tentang badan wanita yang anda mungkin terlepas pandang
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham