Tak usah percaya 5 mitos keguguran ini, ia hanya akan buat anda lebih stress!

Keguguran merupakan saat yang paling mengecewakan pasangan suami isteri. Kemudian muncul pula pelbagai mitos seperti ini yang menakutkan-nakutkan wanita!

Selepas lawatan pertama kali dengan pakar gynecologist, pakar mendapati telur atau embrio yang saya bawa berbentuk ganjil.

Kemudian, saya makan ubat untuk menstabilkannya. Akibat itu, saya alami keguguran. Adakah saya melakukan perbuatan salah hingga menyebabkan ia terjadi?

Setelah itu, saya hanya berehat di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Ya benar, keguguran merupakan situasi yang sukar ditangani. Bukanlah kesukaran kerana rawatannya tetapi parut emosi yang meninggalkan kesan mendalam pada pasangan.

Terutamanya pada pasangan yang menggunakan rawatan kesuburan seperti IVF dan sebagainya.

Tapi di sebalik peristiwa yang menyedihkan itu, ramai pihak tidak tahu tentang fakta sebenar keguguran dan hanya percaya pada mitos semata-mata. Contohnya seperti 5 mitos ini:

5 fakta dan mitos keguguran yang ramai percaya

#1. Faktor umur 

keguguran, mitos, hamil selepas keguguran, cara cepat mengandung setelah keguguran, tips cepat mengandung selepas keguguran, berpantang selepas keguguran, punca keguguran, mengatasi keguguran, keguguran anak, kesan keguguran, mitos keguguran, fakta dan mitos keguguran, fakta keguguran

Kira-kira satu daripada enam kehamilan akan berakhir dengan kegagalan. Risiko ini biasanya meningkat dek kerana usia wanita hamil tersebut.

Oleh sebab itu, risiko jauh lebih tinggi berlaku terhadap pasangan yang lebih tua berbanding mereka yang masih muda.

Tetapi ada juga yang mengalami keguguran berumur kurang 35 tahun. Malah hampir 15% akan mengalaminya. Ia terjadi sekitar 12 minggu pertama

Ada banyak sebab yang menjadi punca keguguran dan selalunya sukar dikenal pasti. Tapi, apa yang biasa terjadi adalah kerana kelainan kromosom.

#2. Berlaku disebabkan tekanan dan angkat objek berat

Biasa orang kata semasa awal kehamilan, jangan terlalu tertekan atau angkat benda berat.

Sedangkan, sebenarnya berdasarkan kajian tekanan dan mengangkat benda berat tidak menyebabkan kandungan gugur.

#3. Ia adalah kesalahan wanita hamil tersebut

keguguran, mitos, hamil selepas keguguran, cara cepat mengandung setelah keguguran, tips cepat mengandung selepas keguguran, berpantang selepas keguguran, punca keguguran, mengatasi keguguran, keguguran anak, kesan keguguran, mitos keguguran, fakta dan mitos keguguran, fakta keguguran Kredit: Hello Sehat

Ramai wanita menyalahkan diri sendiri apabila keguguran. Hakikatnya, majoriti situasi ini tidak ada kaitan dengan tingkah laku atau gaya hidup.

Selain itu, kandungan gugur boleh terjadi kerana bayi tidak berkembang secara normal dari awal dan tidak dapat bertahan untuk hidup.

Namun begitu, masih ramai yang percaya dengan mitos ini. Lantas, ia menyebabkan ibu bersedih dan terluka.

Menurut pakar, kes miscarriage  ini boleh terjadi kerana kesilapan genetik yang tak dijelaskan. Walhal, wanita yang mengalami keguguran tidak sepatutnya menyalahkan diri mereka sendiri.

#4. Anda harus berehat selepas keguguran

Biasanya, selepas mengalami kandungan gugur, wanita disarankan untuk berehat bagi menangani tekanan fizikal dan emosi.

Doktor juga akan berpesan supaya wanita tersebut menunggu sekurangnya tiga bulan atau lebih sebelum cuba untuk hamil lagi.

Tetapi, terdapat kajian yang baru mengatakan wanita yang cuba hamil dalam masa tiga bulan mempunyai kemungkinan besar untuk hamil dan menjalani kelahiran secara langsung.

Sebaik-baiknya anda dan pasangan bersedia dari fizikal, mental dan emosi sebelum mencuba hamil secepat mungkin.

#5.  Jika pernah beberapa kali gugur, anda tak boleh mengandung lagi

keguguran, mitos, hamil selepas keguguran, cara cepat mengandung setelah keguguran, tips cepat mengandung selepas keguguran, berpantang selepas keguguran, punca keguguran, mengatasi keguguran, keguguran anak, kesan keguguran, mitos keguguran, fakta dan mitos keguguran, fakta keguguran

Perkara biasa wanita mengalami satu hingga dua keguguran dalam hidup mereka. Sebilangan kecil pula mungkin mengalami lebih banyak keguguran berulang dan ada juga yang berturut-turut.

Apabila ia terjadi berulang kali boleh menyebabkan kekecewaan yang begitu mendalam kepada pasangan yang terlalu mengimpikan zuriat. Tetapi ada juga yang berjaya untuk terus hamil.

Namun, keguguran boleh dirawat dengan pelbagai cara dan ia mungkin disebabkan salah satu daripada ini iaitu gangguan darah, pembukaan darah, masalah tiroid dan struktur rahim (uterus)

 

 

 

 

 

 

 

Kredit gambar: Orami 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!