Perkembangan Motor Kasar Mengikut Usia, Ibu Ayah Perlu Beri Galakan Pada Anak

Motor kasar adalah kemahiran melibatkan pergerakan seluruh badan serta otot besar untuk anak melakukan aktiviti seharian mereka dengan baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemahiran motor terbahagi kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar adalah kebolehan si manja mengawal otot-otot besar seperti berjalan, berlari, melompat, duduk, merangkak dan sebagainya.

Ia boleh berkembang dalam tempoh yang singkat dan kebanyakan kemahiran ini berkembang seiring dengan usia si kecil anda.

Perkembangan motor kasar mengikut umur anak

#1. Bayi (0-1 tahun)

Ketika usia ini, perkara pertama kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan oleh bayi adalah memusingkan kepala kanan ke kiri dan meniarap.

Seterusnya bayi menunjukkan kebolehannya untuk mengangkat kepala dan bahu sebelum mereka boleh duduk, berdiri dan berjalan.

#2. Toddlerhood (1 – 3 tahun)

Kanak-kanak kecil atau toddler pada usia ini biasanya akan sangat aktif. Memasuki usia dua tahun, si manja akan pelbagaikan lagi kemahiran motor kasar mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah akan melihat anak mula berlari, menaiki tangga, menendang dan membaling bola. Manakala ketika usia tiga tahun pula, si manja boleh berjalan dengan postur badan yang betul dan boleh berjalan dengan lebih berani.

Mereka juga menunjukkan kemampuan berjalan ke belakang dan berlari dengan kawalan yang cukup, berhenti dan berlari semula ke arah yang lain. Selain itu si kecil juga boleh melompat dua kaki dan berdiri menggunakan satu kaki.

Ketika usia ini, kemahiran motor yang dimiliki oleh anak turut membolehkan mereka menaiki tangga dengan kaki bersilang tapi kebiasaannya untuk turun tangga masih menggunakan kedua-dua kaki di setiap langkah.

Pencapaian yang lainnya adalah anak-anak sudah mula mengayuh tricycle dan membaling bola, walaupun mereka mempunyai masalah untuk menangkap disebabkan oleh si manja belum dapat mengawal pergerakan tangan bagi melakukannya.

#3. Prasekolah (3-5 tahun)

Kanak-kanak yang berumur empat tahun biasanya boleh mengimbangi badan dan melompat menggunakan satu kaki. Bukan itu sahaja mereka boleh melompat ke hadapan, ke belakang serta memanjat.

Si manja anda pada usia ini turut menunjukkan peningkatan diri mereka, di mana mereka berasa bangga jika berjaya melakukan sesuatu aktiviti yang baru. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, mereka akan berasa kecewa atau rendah diri jika tidak dapat melakukannya. Justeru ibu ayah perlu memantau dan galakkan anak untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti.

Cara merangsang kemahiran motor kasar

Terdapat beberapa aktiviti yang ibu ayah boleh lakukan bersama anak di rumah untuk menggalakkan kemahiran motor kasar. Antaranya seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Bermain lompat berjengkit atau melompat tali getah. Aktiviti ini dapat membantu anak-anak untuk mengimbangi badan mereka.
  2. Memukul, menangkap, menendang atau membaling bola bagi membantu si manja mengembangkan koordinasi tangan-mata.
  3. Wheelbarrow (berjalan menggunakan tangan). Aktiviti ini sangat bagus untuk kemahiran motor kasar di samping menggalakkan proprioception.
  4. Mengayuh basikal sebagai aktiviti harian bagi menggalakkan koordinasi seluruh anggota badan dan juga mengimbangi badan.

Tanda gangguan pada kemahiran motor kasar 

Setiap perkara mengenai anak, ibu dan ayah sahaja lebih mengenali mereka. Biasanya, kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor dari kepala ke bawah. Mula-mula datang kawalan kepala dan kemudian kawalan ke atas bahagian atas badan.

Kelewatan perkembangan fizikal atau kelewatan motor awal ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan apabila kanak-kanak tidak mencapai pencapaian fizikal yang kritikal pada bulan dan tahun pertama kehidupan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara tanda-tanda masalah perkembangan fizikal atau kelewatan motor ialah:

  • Tidak dapat berguling, duduk atau berjalan
  • Kawalan kepala dan leher yang lemah
  • Kekakuan otot atau floppiness
  • Kelewatan pertuturan
  • Kesukaran menelan
  • Postur badan yang tidak stabil
  • Kekejangan otot

Jika salah satu daripada senarai tanda dan kebimbangan di atas berlaku pada si manja, ibu ayah hendaklah segera merujuk doktor di klinik berhampiran.

Biasanya gangguan kemahiran motor ini dapat dilihat apabila si manja tidak dapat melakukan sesuatu aktiviti seperti kanak-kanak seusianya. Ibu ayah jangan ambil mudah kerana ia mungkin menjadi petanda terhadap masalah kesihatan yang lain.

Mengesan tanda-tanda awal pada gangguan seawal mungkin dapat membantu anak mendapatkan rawatan serta terapi yang bersesuaian.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Aktiviti Motor Kasar Yang Best & Anak Teruja Nak Buat, Bantu Menguatkan Otot Mereka

Baca juga:  9 Aktiviti Paling Mudah Kuatkan Otot Tangan Anak Menurut Doktor

Baca juga: 10 Jenis Aktiviti Motor Halus Yang Bagus Untuk Anak, Bantu Si Manja Jadi Lebih Pintar