Ibu yang mengandungkan anak selama sembilan bulan, sekali lahir, muka anak mirip dengan ayah! Tetapi ibu jangan sedih, muka anak yang menyerupai ayah sebenarnya ada kelebihannya tersendiri.
Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Health Economics, anak yang mirip dengan si ayah ada kebaikannya untuk kesihatan si anak.
Apa yang anda boleh baca dari artikel ini:
- Muka anak mirip dengan ayah dikatakan ada kelebihan yang tersendiri
- Tip luangkan masa dengan anak
Muka anak mirip dengan ayah dikatakan ada kelebihan yang tersendiri
#1. Anak ikut muka ayah adalah lebih sihat
Dari kajian yang dijalankan oleh pengkaji daripada Binghamton University dan Southern Illinois terhadap 715 buah keluarga yang bermasalah seperti hampir bercerai, telah bercerai atau tidak pernah berkahwin.
Anak tersebut tinggal bersama si ibu, mendapati bahawa bayi yang menyerupai ayah mereka adalah lebih sihat apabila usia mereka mencecah satu tahun.
Dan tahap kesihatan ini telah diukur dari pelbagai sudut, antaranya, penyakit yang dihidapi atau berapa kali si anak pernah dimasukkan ke hospital dan sebagainya.
#2. Anak jadi lebih rapat dengan ayah
Ia mungkin kedengaran agak tidak masuk akal tetapi menurut kajian tersebut, bayi yang seiras dengan ayah dikatakan lebih sihat kerana si ayah lebih banyak meluangkan masa dengan mereka.
Menurut data yang dihasilkan daripada kajian tersebut, apabila anak kurang seiras dengan ayah, mereka akan meluangkan masa kurang 2.5 hari sebulan.
Ini kerana apabila si ayah mempunyai anak yang seiras dengannya, ia bukan sahaja memberikan kesan yang positif pada mereka tetapi juga pada si anak. Anak akan rasa gembira kerana dapat meluangkan masa dengan ayah dan ini akan mempengaruhi kesihatan mereka.
#3. Jarang dimarahi dan lebih serasi
Dan, menurut data dari kajian itu lagi, anak yang mirip dengan ayah jarang dimarahi kerana mereka lebih akrab dan serasi bersama.
Tetapi perlu diingat bahawa kajian ini lebih banyak menyasarkan kepentingan peranan bapa dalam keluarga yang bermasalah atau bercerai-berai.
Kajian ini dijalankan untuk membuktikan karakter atau peranan seorang bapa sebagai faktor penting dalam perkembangan fizikal dan pembentukan sahsiah si anak, terutama sekali dalam keluarga yang mengalami penceraian atau ibu bapa tidak tinggal bersama.
#4. Meningkatkan keyakinan si ayah dalam kehidupan berkeluarga
Dari data kajian itu juga menunjukkan, anak yang mirip dengan si ayah dapat meyakinkan para ayah bahawa anak itu adalah anak mereka.
Seringkali kita dapat lihat ada kes pasangan yang bermasalah atau telah berpisah, si ayah tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mengakui si anak kerana tidak yakin anak itu adalah anaknya.
Padahnya, si ibu sering dituduh curang dan sebagainya dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak itu adalah darah dagingnya kerana tidak mempunyai ciri fizikal yang sama dengannya.
Hasil dari kajian ini agak menarik tetapi ia tidak bermakna anak yang tidak memiliki wajah serupa dengan si ayah tidak disayangi dalam keluarga.
Seorang ayah pastinya akan sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya Dari kajian ini juga, kita dapat pelajari bahawa meluangkan masa dengan anak amat penting untuk memberikan kesan positif pada anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Luang 3 Minit Bonding Time Dengan Anak Sudah Cukup Berharga Bagi Mereka
Baca juga: Bila anak ikut muka ayah, ayah lebih bermotivasi untuk luangkan masa dengan si kecil!
Baca juga: Walau Sesibuk Mana Pun, Ibu Ayah Perlu Luangkan Masa 15 Minit Sehari Dengan Anak!