Baru Nak Cuba Ambil Suplemen Kesihatan? Ambil Multivitamin Terbaik Ini Dengan Pelbagai Mineral Tambahan, Sesuai Untuk Lelaki Dan Wanita!

Kenali multivitamin terbaik dengan mineral tambahan untuk bantu tubuh atasi masalah kekurangan vitamin daripada diet harian.

Sebut sahaja multivitamin, pasti ramai yang tahu akan kebaikan pengambilan multivitamin dalam membantu tubuh badan kita untuk kekal sihat dan bertenaga. Namun, adakah semua best multivitamin Malaysia yang dijual di farmasi adalah multivitamin terbaik untuk anda? 

Setiap produk multivitamin yang dihasilkan oleh pengeluar yang berbeza, semestinya mempunyai kelebihan masing-masing. Tetapi, secara asasnya produk yang dilabelkan sebagai multivitamin merujuk kepada produk yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dalam satu biji tablet (atau ada juga dalam bentuk kapsul, gummies dan cecair).  

Tujuan pengambilan mana-mana multivitamin pula adalah sama, iaitu untuk menambah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan supaya kekal sihat, dan bukanlah untuk mengganti makanan sebenar.

10 Multivitamin Terbaik Di Malaysia Bantu Tubuh Badan Anda Kekal Sihat Dan Cergas

Multivitamin merupakan suplemen yang dianggap paling asas dan mudah untuk diambil bagi memastikan badan sentiasa mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Dengan pelbagai pilihan multivitamin terbaik di Malaysia sekarang, anda mungkin akan terasa keliru untuk memilih. Jadi, kami kongsikan beberapa pilihan multivitamin terbaik dan apa yang kami suka tentang setiap produk itu.

Multivitamin Terbaik
21st Century One A Day Multivitamins
Multivitamin Terbaik Sudah Lama Di Pasaran
Beli di Shopee
Nature's Way Complete Daily Multivitamin
Multivitamin Terbaik Lengkap Dengan Antioksidan
Beli di Shopee
Swisse Men's Ultivite Multivitamin
Multivitamin Terbaik Khas Untuk Lelaki
Beli di Shopee
Myprotein Myvitamins Daily Multivitamin
Multivitamin terbaik: Tangani keletihan dan kelesuan
Beli di Shopee
GNC Multivitamin Mega Women
Multivitamin terbaik: Khas untuk wanita
Beli di Shopee
Centrum MultiGummies
Multivitamin terbaik: Dengan Vitamin B, D, dan E
Beli di Shopee
Blackmores Multivitamins + Minerals
Multivitamin Terbaik Untuk Sokongan Diet Penting
Beli di Shopee
Proviton Multivits CoQ10 plus
Multivitamin Terbaik Mudah Ditelan
Beli di Shopee
Amway Nutrilite Daily
Multivitamin Terbaik Tanpa Pewarna, Perasa, Pengawet Tiruan
Beli di Shopee
BiO-LiFE Multivitamins with Minerals
Multivitamin Terbaik Dengan Harga Yang Berpatutan
Beli di Shopee

21st Century One A Day Multivitamins

Multivitamin terbaik: Sudah lama di pasaran

21st Century adalah antara jenama suplemen yang paling lama berada di pasaran, dan produk One A Day Multivitamins ini merupakan salah satu multivitamin terbaik keluaran mereka. 

Mengandungi 22 jenis vitamin dan campuran mineral seperti vitamin B12 dan Zink, Iron, Lecithin dan Lysine. Satu botol Multivitamin 21st Century datang dengan 30 biji tablet, cukup untuk pengambilan seorang individu selama satu bulan.

Apa yang kami suka:

  • Multivitamin 21st Century membantu memastikan kecukupan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan,
  • Seperti namanya, Multivitamin 21st Century ini hanya perlu diambil satu biji sahaja setiap hari, sesuai untuk orang dewasa.
  • Harga yang berpatutan dan mudah didapati di farmasi di seluruh negara.

Nature’s Way Complete Daily Multivitamin

Multivitamin Terbaik Lengkap Dengan Antioksidan

Gaya hidup yang terlalu sibuk dan dipenuhi dengan jadual yang padat akan menyebabkan badan terasa penat dan lesu.

Jika anda juga tergolong dalam kumpulan ini, multivitamin jenama Nature’s Way ini mengandungi mineral dan antioksidan tambahan yang baik untuk meningkatkan tahap kecerdasan dan mengekalkan tahap kesihatan anda.

Produk keluaran Australia ini juga menegaskan yang ia adalah tambahan kepada pemakanan yang tidak seimbang dikalangan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Apa yang kami suka:

  • Selamat untuk kanak-kanak seawal 6 tahun ke atas, dengan dos 1 biji setiap hari, selepas makan.
  • Menyokong untuk meningkatkan tahap imunisasi badan.
  • Dengan satu pembelian, anda boleh berkongsi vitamin ini bersama ramai ahli keluarga.

Swisse Men’s Ultivite Multivitamin

Multivitamin Terbaik Khas Untuk Lelaki

Lagi satu multivitamin keluaran Australia yang terbaik di pasaran adalah Men’s Ultivite Multivitamin yang direka khas untuk kaum lelaki.

Produk ini mengandungi gandingan vitamin dan mineral mengikut keperluan badan lelaki dan membantu meningkatkan tahap tenaga, stamina, kesihatan mental dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Apa yang kami suka :

  • Dirumuskan khas untuk lelaki yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan stress.
  • Mempunyai 52 vitamin dan mineral, termasuk Co-Enzyme Q10.
  • Mudah untuk ditelan serta tidak mengandungi gula, perisa dan pewarna tambahan.

Myprotein Myvitamins Daily Multivitamin

Multivitamin Terbaik Untuk Tangani Keletihan Dan Kelesuan

Produk Myvitamins berbeza dengan produk yang tersenarai di atas kerana ia cuma fokus kepada 7 jenis vitamin sahaja iaitu vitamin A, C, D3, E, thiamine, riboflavin dan niacin yang memberikan manfaat berbeza kepada tubuh badan anda. 

Diformulasikan oleh pakar, riboflavin yang ada dalam multivitamin terbaik ini dipercayai dapat membantu mengurangkan rasa penat dan lesu, masalah yang sering dialami oleh orang dewasa yang bekerja.

Apa yang kami suka:

  • Cuma mengandungi beberapa jenis vitamin sahaja dalam satu tablet, tetapi lebih tertumpu kepada manfaat yang jelas.
  • Mengandungi 60mg Vitamin C yang baik untuk sistem immunisasi badan.
  • Dilengkapi dengan Vitamin A yang menyokong kesihatan mata dan kulit.

GNC Multivitamin Mega Women

Multivitamin Terbaik Khas Untuk Wanita

Bagi wanita yang masih subur dan mempunyai kitaran haid, masalah kekurangan iron dalam badan bukanlah perkara asing kerana badan wanita akan kehilangan iron setiap kali keluarnya darah haid. 

Multivitamin Mega Women keluaran GNC ini dirumuskan secara khusus mengikut keperluan kaum wanita dengan kandungan iron sebanyak 9mg dalam setiap tablet, yang membantu badan untuk menghasilkan sel darah merah baru.

Tambahan lagi, tablet multivitamin ini juga mempunyai ciri timed released dimana, vitamin dan mineral yang ada dalam setiap tablet akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan, sepanjang hari. 

Apa yang kami suka:

  • Setiap botol mengandungi 90 biji tablet yang tinggi dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan antioksidan yang disalut oleh Chlora Seal, sesuai untuk vegetarian.
  • Setiap dos mengandungi 40mg Vitamin B Complex dan 200mcg Folic Acid yang penting untuk badan.
  • Mengandungi gandingan kalsium, magnesium dan vitamin D yang baik untuk menguatkan tulang dan gigi.

Centrum MultiGummies

Multivitamin Terbaik Dengan Vitamin B, D, Dan E

Pengambilan multivitamin yang mengandungi lebih daripada 13 jenis vitamin dan mineral termasuk Vitamin D, B12, Biotin dan Zink yang membantu meningkatkan tenaga, tahap imunisasi dan metabolisma badan. 

Multivitamin terbaik ini dikhaskan untuk orang dewasa sahaja, dah tidak boleh diambil bersama dengan suplemen lain yang mengandungi Folic Acid dan Vitamin A. 

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk diambil sebelum atau selepas makan, mengikut keselesaan masing-masing.
  • Datang dalam bentuk gummies berperisa buah-buahan yang menarik seperti gula-gula.
  • Tidak mengandungi perisa dan pemanis tambahan, serta gluten-free

Blackmores Multivitamins + Minerals

Multivitamin Terbaik Untuk Sokongan Diet Penting

Blackmores adalah salah satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, di mana ia menyediakan banyak pilihan vitamin dan multivitamin untuk tujuan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.

Pilihan anda tidak akan pernah salah jika memilih Blackmores Multivitamin and Mineral kerana ia megandungi gabungan sempurna terdiri daripada vitamin dan mineral perlu untuk mendapatkan nutrisi yang optima.

Apa yang kami suka :

  • Dalam sehari, anda hanya perlu mengambil Blackmores Multivitamin sekali sahaja beserta juadah harian anda.
  • Blackmores Multivitamin dapat membantu mengimbangkan pemakanan diet seharian anda.
  • Blackmores Multivitamin dapat membina sistem imunisasi badan.

Proviton Multivits CoQ10 plus

Multivitamin Terbaik Mudah Ditelan

Sepertimana produk-produk lain, produk Proviton Multivitamin CoQ10 plus juga mengandungi Vitamin, Mineral dan Nutrien Perlu untuk mempertingkat dan mencergaskan tubuh badan anda.

Selain daripada vitamin-vitamin biasa, Proviton Multivitamin mengandungi 2 ramuan yang terkenal iaitu Ekstrak Ginseng Panax IDB dimana ia meningkatkan tahap tenaga dan memperluas potensi fizikal anda.

Co-enzim Q10 (CoQ10) pula melonjakkan tenaga dan stamina, disamping memberi sokongan untuk kesihatan secara keseluruhan. CoQ10 juga melambatkan tanda penuaaan dan meremajakan tahap kesihatan anda.

Apa yang kami suka :

  • Proviton Multivitamin adalah dalam bentuk softgel yang mudah ditelan yang membolehkan kandungannya dikeluarkan dengan cepat dan penyerapan serta-merta.
  • Ia juga bebas gula, sesuai untuk pesakit kencing manis juga.

Amway Nutrilite Daily

Multivitamin Terbaik Tanpa Pewarna, Perasa, Pengawet Tiruan

Berikan diri anda nutrien yang diperlukan dengan Nutrilite Amway yang mengandungi 11 vitamin dan 7 mineral penting untuk membantu anda mencapai tubuh yang lebih sihat. Multivitamin Nutrilite Daily adalah laluan semula jadi anda ke arah kesihatan yang lebih baik!

Suplemen multivitamin harian Nutrilite Amway ini membekalkan 11 vitamin penting iaitu A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E dan asid pantotenik serta ditambah dengan 7 mineral penting iaitu kalsium, fosforus, iodin, besi, magnesium, kuprum dan zink.

Ramuan ini menguatkan diet anda dengan bahan-bahan seperti alfalfa, selada air, pasli, bayam, lobak merah dan ceri acerola. Dengan faedah tambahan yang diperoleh daripada fitonutrien, suplemen multivitamin Nutrilite Amway membantu memelihara kesihatan keseluruhan anda.

Apa yang kami suka :

  • Tiada pewarna tiruan, perasa atau pengawet tambahan.
  • Harga yang berpatutan.
  • Hanya perlu diambil sekali sehari.

BiO-LiFE Multivitamins with Minerals

Multivitamin Terbaik Dengan Harga Yang Berpatutan

Biolife Multivitamin mempunyai gabungan vitamin tersendiri yang unik, iaitu gabungan daripada Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B5, B6, B12, Vitamin C, Kalsium, Magnesium, Zat besi, Zink, Asid Folik, Biotin, Iodin and Selenium.

Kelebihan utama rumusan formula Biolife Multivitamin temasuklah untuk menambahbaik kesihatan, penggunaan tenaga, tulang, mata, gigi, pembentukan sel darah merah dan untuk perlindungan sel badan.

Apa yang kami suka :

  • Selalunya anda akan mendapati produk multivitamin yang mengandungi banyak jenis vitamin akan mengenakan harga yang lebih mahal, tetapi produk ini mempunyai harga yang sangat berpatutan.
  • Biolife Multivitamin hanya perlu diambil sekali sehari.
  • Dapat menjaga kesejahteraan setiap hari.

Perbandingan Harga Multivitamin Terbaik Di Malaysia

Jenama Isi kandungan (kapsul) Harga (RM)
21st Century One A Day Multivitamins  30 RM12.70
Nature’s Way Complete Daily Multivitamin  200 RM45.00
Swisse Men’s Ultivite Multivitamin  60 RM54.90
Myprotein Myvitamins Daily Multivitamin  60 RM19.90
GNC Multivitamin Mega Women 90 RM87.70
Centrum MultiGummies 180 RM145.00
Blackmores Multivitamins + Minerals 120 RM96.50
Proviton Multivits CoQ10 plus 90+30 RM89.98
Amway Nutrilite Daily Multivitamin 60 RM43.00
BiO-LiFE Multivitamins with Minerals 30 RM22.50

Ingat Perkara Ini Sebelum Beli Multivitamin Terbaik Untuk Keluarga Anda

Setelah melihat pilihan multivitamin terbaik di farmasi yang kami kongsikan di atas, kami harap terasa bersemangat dan yakin untuk buat pembelian yang akan memanfaatkan diri anda.

Walau bagaimanapun, kami ingin ingatkan anda yang setiap individu mempunyai keperluan badan dan pilihan yang berbeza. 

Jadi, ingat beberapa perkara ini sebelum anda buat pembelian multivitamin terbaik di farmasi, okay?

1. Pilih multivitamin yang sesuai dengan tujuan anda

Ada yang pilih untuk ambil multivitamin untuk menyelesaikan masalah kekurangan vitamin dalam badan yang akibat pengambilan jenis makanan yang terhad kerana mereka adalah fussy eater atau sedang mengikuti program diet khas.

Bagi warga emas pula, mereka mungkin terpaksa mengambil multivitamin kerana mereka mengalami masalah gigi tidak kuat dan kekurangan selera makan, Dengan bantuan multivitamin mereka tetap mempunyai nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan untuk kekal sihat. 

Selain itu, ada juga golongan dewasa yang mengambil multivitamin untuk bantu atasi masalah kelesuan dan keletihan akibat jadual harian yang padat dan stress.

Tujuan pengambilan multivitamin bagi setiap orang adalah berbeza dan ada multivitamin dirumuskan khas untuk tujuan tertentu. Jadi, pilihlah multivitamin terbaik di farmasi yang sepadan dengan tujuan anda. 

2. Semak kandungan dalam setiap dos

Walaupun setiap produk menggunakan label ‘multivitamin’, semestinya setiap produk adalah unik dan mempunyai kelebihan (dan kekurangan) tersendiri. 

Ada multivitamin yang mempunyai lebih 25 jenis vitamin dan mineral dalam 1 tablet dan ada yang hanya mengandungi 7 jenis vitamin dalam 1 tablet.

Jadi, pastikan anda semak senarai vitamin dan mineral yang terkandung dalam setiap pengambilan harian (daily intake) dan pastikan ianya sesuai dengan keperluan badan anda.

3. Kenali ciri istimewa multivitamin itu

Setiap produk yang mempunyai ciri istimewa pasti akan meletakkan maklumat itu dengan terang dan jelas pada botol produk. 

Bagi produk kesihatan seperti multivitamin, kebiasaannya contoh ciri istimewa adalah lebih mudah diserap oleh badan, slow release, tambahan mineral atau nutrisi lain, dengan atau tanpa perisa tambahan dan sebagainya.  

Sebaiknya, baca setiap maklumat yang ada produk itu dan fahami bagaimana ciri istimewa yang ada pada multivitamin itu akan memberi manfaat kepada tubuh badan anda. 

4. Pastikan bentuk atau cara pengambilan multivitamin itu

Kini selain dalam bentuk tablet, ada juga multivitamin yang datang dalam bentuk gummies berperisa buah-buahan. 

Ada yang sukakan multivitamin dalam bentuk tablet kerana sekali telan sahaja, dah habis. Namun, ada juga yang mempunyai kesukaran untuk menelan tablet besar dan memilih gummies – seperti makan gula-gula

Walau apa pun, pilihlah produk yang datang dalam bentuk yang mudah untuk anda makan setiap hari. 

Selain pengambilan suplement kesihatan, anda juga harus amalkan cara hidup sihat untuk terus kekal cerdas dan cergas, ya!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Perlu BERHENTI Ambil 6 Jenis Suplemen Untuk Wanita Bagi Menjamin Kesihatan Diri

Baca juga: Rasa Tak Bertenaga & Kusam Lepas Bersalin, Boleh Tak Ibu Menyusu Makan Suplemen Kolagen?

Baca juga: 5 Pencuci Muka Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

Penulis

Najibah