Mungkin ini adalah perkara yang boleh membuatkan anda sedih terutama bagi mereka yang sudah lama menyimpan hasrat untuk melakukan musim haji 2020 ataupun umrah.
Hal ini kerana, Kerajaan Arab Saudi telah meminta semua umat Islam menunggu terlebih dahulu keputusan untuk melakukan Haji/Umrah kerana Pandemik Coronavirus kian meruncing di seluruh negara.
Hal ini penting sebelum anda merancang untuk menghadiri mana-mana kursus bagi musim haji 2020, pada tahun ini.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi telah menggantung ibadah Haji dan Umrah sepanjang tahun kerana kebimbangan terhadap coronavirus boleh merebak ke Bandar Islam yang suci itu.
Ini merupakan satu langkah drastik yang telah mereka lakukan demi menyelamatkan tanah Mekah dari dijangkiti wabak Covid-19 dan telah ditutup sehingga ke hari ini.
Musim Haji 2020 mungkin ditangguhkan?
Dalam pada itu, kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya akan berkumpul di Bandar Mekah dan Madinah untuk melakukan Ibadah sehingga akhir bulan Julai. Apatah lagi, Haji adalah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan tersebut.
“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk melayani semua jemaah Haji dan Umrah yang datang ke tanah suci ini,”. Kata Menteri Mohammed Saleh Benten di televisyen di sana.
Beliau turut menambah, namun dengan keadaan semasa yang berlaku ini iaitu pandemik covid-19, kerajaan sangat-sangat mementingkan keperluan melindungi kesihatan umat Islam dan rakyat.
Oleh sebab itu, saudara Islam di seluruh negara perlu menangguhkan dahulu perjalanan mereka untuk melakukan musim Haji 2020 sehingga pandemik ini beransur pulih sepenuhnya.
Hentikan penerbangan antarabangsa
Selain meminta menangguhkan ibadah haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan penumpang antarabangsa pada minggu lalu dengan menyekat kemasukan keluar dan masuk ke beberapa bandar raya termasuklah Mekah dan Madinah.
Buat pengetahuan anda, ini adalah keputusan pertama kali yang dilakukan Arab Saudi dengan meminta penangguhan Ibadah Haji pada tahun ini namun mereka pernah mengehadkan kehadiran orang muslim sejak wabak Ebola mencetuskan fenomena.
Setakat ini, Arab Saudi melaporkan lebih daripada 1500 kes coronavirus telah disahkan dan terdapat 10 kematian.
Secara global pula, lebih dari 825,000 orang telah dijangkiti dengan kira-kira 40,000 kematian direkodkan.
Wabak Pandemik
Wabak penyakit berjangkit ini telah menjadi kebimbangan pada seluruh Umat Islam khususnya yang akan melakukan musim haji 2020.
Atas sebab itu, Arab Saudi membuat keputusan berat ini demi menyelamatkan tanah haram itu dari bahaya Covid-19.
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup antara Isyak dan Subuh
Dalam masa yang sama kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup sejam selepas solat Isyak dan dibuka sebelum solat Subuh setiap hari.
Ini merupakan langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyebaran corona virus di Arab Saudi.
Malah, kerajaan tersebut turut menggantung semua lawatan umrah termasuklah penduduknya pada 4 Mac lalu sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit itu.
Pihak berkuasa juga telah membersihkan Masjidil Haram termasuklah menjalankan aktiviti pembasmian kuman.
Malah ada satu video yang tular di Facebook yang menunjukkan keadaan kawasan tawaf atau tempat jemaah haji mengelilingi Kaabah berada dalam keadaan yang sepi.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Al-Jazeera, Berita Harian Singapura
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comdr-halina
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!