X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Selfish! Cikgu Selamba Ajar Budak Tadika Padahal Suaminya Mengikuti Perhimpunan Tabligh

23 Mar, 2020
Selfish! Cikgu Selamba Ajar Budak Tadika Padahal Suaminya Mengikuti Perhimpunan Tabligh

Angka kematian dan pesakit positif wabak Covid-19 semakin meningkat. Namun, masih ada guru mengajar tanpa rasa bersalah biarpun mengetahui kebenarannya

Disebabkan oleh situasi pada waktu kini begitu genting, masyarakat perlu prihatin dengan keadaan sekeliling. Namun, lain yang terjadi apabila seorang guru mengajar dengan tenang biarpun dia mengetahui suaminya menyertai perhimpunan tabligh baru-baru ini.

Wabak Coronavirus telah mencatatkan 10 kes kematian dan mereka yang dijangkiti telah meningkat. Justeru, sekiranya anda pernah berhubung dengan sesiapa yang bergejala, segera maklumkan kepada pihak perubatan untuk menjalani ujian saringan.

Guru mengajar budak tadika

guru mengajar budak tadika

foto: astro awani

Hal yang paling membimbangkan apabila ada sesetengah individu bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup merahsiakan status Covid-19 ini.

Menurut perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, dia berkongsi kisah mengenai seorang guru mengajar di tadika tanpa memaklumkan suami dan bapa mentuanya telah mengikuti perhimpunan tabligh.

Menurutnya lagi, guru berkenaan telah lewat memaklumkan perkara ini dari pengetahuan orang lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.

Kebetulan juga guru ini dimasukkan wad kerana ingin melahirkan anak dan beberapa hari kemudian barulah dia mengaku bahawa suaminya pernah menyertai perhimpunan tabligh.

Kecewa dengan sikap pentingkan diri sendiri

Para jururawat yang telah merawatnya dengan ikhlas berasa hampa dengan tindakan guru berkenaan. Ujian saringan yang dilakukan turut mengesahkan bahawa dia turut positif Covid-19.

”Jatuh melutut semua nurse yang berada bersamanya kerana sudah banyak kali merawat guru dan pesakit lain,” kongsinya.

Manakala, guru-guru yang lain di tadika berkenaan diminta melakukan ujian saringan dan salah seorang daripadanya dikuarantinkan.

Kesemua kanak-kanak juga menunggu arahan daripada pihak pusat perubatan untuk melakukan ujian saringan.

Jangan menyembunyikan kebenaran

guru mengajar seperti biasa ketika coronavirus

foto: The Straits Times

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini turut menasihatkan sebagai orang Islam jangan sesekali melawan hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

”Orang ramai perlu bersikap simpati kepada mereka yang telah berjuang mempertaruhkan nyawa bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Peranan dalam mencegah penularan Covid-19

Disebabkan oleh seluruh rakyat diminta untuk mematuhi arahan kawalan pergerakan dengan kekal berada di dalam rumah, namun ada beberapa kegiatan seharian di luar rumah yang perlu anda tekankan.

Bagi ketua keluarga yang perlu keluar untuk membeli barangan keperluan harian, anda perlu mengetahui beberapa cara bagi mencegah wabak Coronavirus agar tidak menjangkiti diri dan ahli keluarga. Antaranya ialah:

#1. Social distancing

Cara pertama yang perlu anda lakukan adalah menjaga jarak sosial. Langkah ini telah dilakukan oleh kebanyakan negara bagi menangani wabak Covid-19.

Social distancing merupakan tindakan untuk mencegah mereka yang dijangkiti melakukan kontak dalam jarak dekat dengan orang sekelilingnya.

Menurut Center for Disease Control (CDC), social distancing adalah menjauhkan diri dari tempat yang sesak dengan orang ramai dan menjaga jarak ketika berada di dalam sesuatu tempat.

Hal ini terbukti berkesan di Korea Selatan. Negara ini tidak perlu mengisytiharkan lock down kerana kesemua rakyat mematuhi arahan untuk sentiasa menjaga jarak sosial bagi mengurangkan risiko penyebaran Coronavirus.

Oleh hal demikian, anda perlu menjaga jarak minimum dua meter dengan orang lain dan tidak berjabat tangan atau berpelukan ketika musim Coronavirus ini.

#2. Ketika berada di hospital

Sekiranya anda mengalami masalah sakit yang ringan, adalah lebih baik anda mengelakkan diri dari terus mendapatkan rawatan di hospital.

Hal ini kerana risiko di hospital adalah lebih tinggi sekiranya terdapat mereka yang positif Covid-19 tidak menyedari keadaan diri yang sebenar.

Sekiranya berdepan dengan kes kecemasan, anda perlu menghubungi terlebih dahulu pihak hospital dan jangan membawa anak-anak kecil.

Sentiasa pastikan tangan tidak menyentuh permukaan dan memakai topeng penutup muka. Bukan itu sahaja, kerap mencuci tangan setelah selesai urusan hospital dan sebelum masuk ke dalam rumah.

#3. Mencegah penyebaran terhadap ibu hamil

guru mengajar walaupun suami sertai tabligh

foto: alodokter

Bagi anda yang sedang mengandung, tentunya perlu melakukan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan. Dalam keadaan ini, pihak hospital perlu menyediakan pintu masuk dan keluar yang khusus bagi tujuan perbidanan.

Jadual pemeriksaan kehamilan perlu fleksibel mengikut kesesuaian para ibu mengandung.

Adalah lebih selamat untuk anda mendapatkan nasihat doktor secara atas talian atau berhubung melalui telefon untuk mengelakkan diri terdedah dengan risiko Covid-19.

#4. Pembelian barang dapur

Kekerapan diri ketua keluarga untuk ke pasaraya atau kedai runcit perlu dilakukan seminimum mungkin. Hal ini kerana tempat berkenaan pastinya mendedahkan diri anda dengan orang lain.

Ketika melakukan pembelian, anda perlu menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter atau lebih. Bukan itu sahaja, pastikan anda mendapatkan senarai keperluan yang diperlukan dengan jelas dan lengkap.

Dalam mengelakkan anda menyentuh banyak permukaan, digalakkan untuk anda meneruskan pembelian dan kaedah pembayaran secara elektronik dan pastikan tangan segera dibersihkan setelah selesai memilih barangan.

Sumber: Kisah Dunia, Liputan6

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Selfish! Cikgu Selamba Ajar Budak Tadika Padahal Suaminya Mengikuti Perhimpunan Tabligh

Baca juga:

https://my.theasianparent.compunca-penyakit-berjangkit

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Selfish! Cikgu Selamba Ajar Budak Tadika Padahal Suaminya Mengikuti Perhimpunan Tabligh
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham