Nafkah Isteri Dan Anak Selepas Cerai Mengikut JAKIM, Fahami Demi Kebajikan Diri Dan Keluarga

Bukan sahaja nafkah isteri, nafkah anak selepas cerai juga penting. Jadi sebagai ibu bapa, jangan abaikan hak anak anda walau sekecil apapun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai wanita pada zaman sekarang yang bekerja dan tidak mengharapkan lagi wang daripada suami mereka. Namun, kita tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan nanti, oleh itu penting untuk anda fahami nafkah yang wajib suami anda beri.

Apakah Itu Nafkah?

Nafkah merujuk kepada perbelanjaan yang wajib disediakan oleh suami untuk isteri, anak dan tanggungannya. Menurut perspektif Islam, nafkah bukan sekadar berbentuk material, namun ia termasuk kasih sayang, perhatian dan didikan yang sewajarnya.

Nafkah Wajib Suami Kepada Isteri / Tanggungan / Anak-anak

Menurut JAKIM, terdapat beberapa jenis nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri, anak-anak atau sesiapa yang berada di bawah tanggungannya.

1. Makanan

Suami perlu menyediakan makanan yang mencukup dan berkhasiat untuk isteri dan anak-anak. Makanan yang disediakan haruslah sesuai dengan keperluan dan selera ahli keluarga.

2. Pakaian

Pakaian yang disediakan mestilah mencukupi, bersesuaian dengan keadaan cuaca dan yang paling penting, ia menutup aurat mengikut kehendak syariah.

3. Tempat Tinggal

Suami perlu memastikan keluarganya mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat. Ini termasuklah menyediakan rumah yang mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik dan ruang yang mencukupi.

4. Pendidikan

Pendidikan adalah aspek penting dalam kehidupan. Suami bertanggungjawab menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anaknya, baik dari segi ilmu duniawi mahupun ilmu agama.

5. Perubatan

Kesihatan keluarga perlu dijaga dengan menyediakan perbelanjaan untuk rawatan perubatan apabila diperlukan. Ini termasuklah rawatan di hospital, pembelian ubat-ubatan, dan penjagaan kesihatan secara umum.

Nafkah Isteri Selepas Penceraian

Islam amat menekankan tanggungjawab suami dalam memberi nafkah terhadap isteri dan ia bukan sahaja diberikan sepanjang tempoh perkahwinan, namun nafkah harus disampaikan walaupun selepas terjadinya perceraian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hak nafkah terhadap isteri yang diceraikan bergantung kepada kedudukan iddah dalam talak yang diucapkan sama ada iddah talak raj’i, iddah talak ba’in atau idah kematian suami.

Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak raj’i, talak bain atau perceraian sebelum persetubuhan.

Sekiranya isteri diceraikan oleh suami dengan talak raj’i, maka suami perlu menyediakan beberapa nafkah kepada isterinya sepanjang dalam temph iddah.

  • Menyediakan makanan yang sepatutnya
  • Menyediakan pakaian yang sepatutnya
  • Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu
  • Menyediakan apa-apa yang patut kepada isteri seperti perubatan dan sebagainya

Namun begitu, jika isteri diceraikan dengan talak bain, maka suami hanya perlu menyediakan kemudahan tempat tinggal buatnya selama dia berada dalam tempih iddah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi jika isteri diceraikan dengan talak bain sedang berada dalam keadaan hamil, dia layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talak raj’i.

Sementara itu, jika isteri diceraikan sebelum suami sempat menyetubuhinya, dia tidak layak menerima apa-apa nafkah daripada suami.

Dalam pada itu, pemberian nafkah akan gugur dengan sendiri sekiranya suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah, manakala perempuan yang nusyuz pula tidak berhak menerima sebarang nafkah daripada suami sepanjang tempoh iddah.

Perkara Yang Boleh Dituntut Oleh Isteri Selepas Bercerai

1. Nafkah Iddah

Seperti yang diterangkan sebelum ini, isteri boleh menuntut nafkah selepas perceraian daripada suami mengikut jenis talak yang dilafazkan oleh suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Mut’ah

Bayaran yang wajib daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Namun, jika mut’ah tidak dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak, Mahkamah akan menentukan kadar bayarannya.

3. Harta Sepencarian

Harta sepencarian merupakan harta yang diperoleh oleh suami dan isteri bersama-sama semasa perkahwinan mereka. Harta ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah.

Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan bersama-sama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan ini hendaklah dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah.

4. Tunggakan Nafkah

Tunggakan nafkah merujuk kepada nafkah yang tidak diberikan oleh suami kepada isterinya semasa tempoh perkahwinan dan menjadi tanggungan yang perlu dibayar oleh suami. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Tunggakan Nafkah Anak

Tunggakan nafkah anak boleh dimohon di Mahkamah apabila suami atau bekas suami gagal mematuhi perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Permohonan tunggakan tersebut boleh dilakukan bermula dari tarikh kegagalan membayar nafkah anak tersebut.

6. Hak Jagaan Anak Hadhanah

Hak jagaan anak hadhanah ialah enjagaan anak-anak kecil yang masih belum mampu mengurus diri sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu mempunyai hak utama untuk menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak-anak yang melebihi had umur tersebut, jika terdapat pertikaian mengenai hak penjagaan, Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan pilihan anak-anak sama ada untuk tinggal bersama ibu atau bapa.

7. Hak Tempat Tinggal

Seorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia tinggal semasa perkahwinan untuk tempoh edah.

Bilakah Mahkamah Boleh Mengeluarkan Perintah Nafkah Bagi Isteri & Anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan seorang bapa untuk membayar nafkah anaknya:

  • jika dia telah enggan atau cuai menyediakan nafkah yang munasabah bagi anak dan/atau isterinya.
  • jika dia telah meninggalkan isterinya, dan anak tersebut berada dalam penjagaan isterinya.
  • semasa menunggu keputusan perbicaraan mengenai hal ehwal suami isteri di mahkamah.
  • ketika membuat atau selepas membuat perintah meletakkan anak tersebut dalam jagaan individu lain.

Jumlah Nafkah Yang Ditetapkan 

Jumlah nafkah yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri atau bapa kepada anak bergantung kepada faktor berikut:

  • pendapatan dan tanggungan pihak yang dituntut.
  • keperluan isteri dan anak-anak.
  • umur anak-anak.

Secara umumnya, perintah nafkah anak berkuat kuasa sehingga anak mencapai usia 18 tahun atau sehingga diperintahkan oleh Mahkamah. Bagi anak perempuan, perintah nafkah tersebut berkuat kuasa selagi belum berkahwin.

Dokumen Tuntutan Nafkah

1. Kad pengenalan

2. Surat rujuk

3. Sijil perakuan nikah

4. Sijil kelahiran

5. Surat perakuan cerai

6. Surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)

7. Dokumen lain yang berkaitan (jika ada)

8. Penyata gaju atau bukti pendapatan

9. Nama, alamat dan pekerjaan suami & isteri

10. Nama dan alamat majikan suami & isteri

11. Penyata gaji, penyata cukai, akaun bank dan sebagainya.

Betapa Islam menjaga hak seorang isteri dan anak-anak dalam sesebuah keluarga. Sebagai suami, peganglah tanggungjawab yang telah diberikan kepada anda dan sebagai isteri pula, fahami apa itu nafkah agar nasib anda lebih terbela.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Antara Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Satu Yang Suami Patut Utamakan? Ini Jawapannya Dari Sisi Alim Ulama

Baca juga: Hukum Isteri Minta Cerai Daripada Suami Mengikut Pandangan Mufti

Baca juga: Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai, Ibu Atau Ayah? Ini Jawapannya

Penulis

Anis