X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Nahas LRT, Anak Hubungi Ibu Kata Tak Dapat Rasa Kaki Yang Cedera Teruk

25 May, 2021
Nahas LRT, Anak Hubungi Ibu Kata Tak Dapat Rasa Kaki Yang Cedera TerukNahas LRT, Anak Hubungi Ibu Kata Tak Dapat Rasa Kaki Yang Cedera Teruk

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga negara kita, ketika pandemik teruk berlaku pula kemalangan LRT yang melibatkan ramai penumpang cedera parah!

Dalam dunia sedang gempar dengan pandemik Covid-19, isu di Palestin, dan malam tadi kita digemparkan dengan satu lagi berita buruk mengenai kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya. 

Menurut laporan Harian Metro, seorang ibu kepada mangsa nahas yang tercedera mendapat panggilan daripada anaknya yang sambil menangis mengatakan kakinya cedera sehingga tidak dapat merasa kakinya. 

Syafiza Abd Hadhib, ibu kepada mangsa itu mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dalam jam 8.29 malam. 

Anaknya itu bekerja di sebuah bank yang terletak di Ampang, jadi dia memang menggunakan pengangkutan itu berulang alik setiap hari dari Subang. 

Anaknya itu sambil menangis mengatakan dia tidak dapat merasa kakinya lantas tidak berupaya untuk bangun. 

47 orang cedera parah dalam nahas LRT

LRT

Foto: Awani

Turut dilaporkan oleh Astro Awani malam tadi, seramai 166 penumpang mengalami cedera ringan, manakala 47 orang lagi cedera parah. 

“Saya yang terkejut dengan berita itu terus ke lokasi kejadian dan sempat berjumpa dengan dia yang masih berada dalam keadaan trauma sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi laporan Harian Metro ketika ditemui di hospital berkenaan. 

Seorang lagi ibu kepada penumpang malang berkenaan, Mazuin Bahari berkata dia sangat bimbang akan keselamatan anaknya Ahmad Raiyan Tengku Naha yang turut terbabit dalam nahas tersebut, sebaik menerima panggilan daripada anaknya yang memaklumkan insiden terbabit. 

“Ketika itu, Raiyan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Cheras. Sejurus selepas kemalangan itu, dia menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian berkenaan jam 9.19 malam.

“Raiyan memberitahu kaki kanannya tidak boleh digerakkan selain berasa sakit pada bahu akibat hentakan kuat,” menurut laporian Harian Metro. 

Sebaik mendapat perkhabaran anaknya itu, Mazuin dan suaminya terus bergegas ke tempat kejadian, namun kesemua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 

Kemalangan berlaku sekelip mata, penumpang terpelanting

LRT

Foto: Awani

Dalam sekelip mata keadaan di dalam tren bertukar menjadi huru-hara. Penumpang ramai yang berlumuran darah. 

Menurut kata salah seorang mangsa, Afiq Luqman yang dalam perjalanan pulang ke Ara Damansara berkata ketika dalam perjalanan ke ara KLCC, tren tiba-tiba terhenti. 

Kemudian dalam 15 minit tren kembali bergerak dan tidak sampai beberapa saat, tren mengalami impak yang kuat, dan kejadian berhenti mengejut itu menyebabkan ramai yang terpelanting dan cedera. 

Tren bertembung disebabkan masalah komunikasi 

LRT

Foto: Tunnel Time

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan terdapat 213 penumpang di dalam tren LRT yang terbabit kemalangan di dalam terowong berhampiran KLCC malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal tren yang membawa semua penumpang terbabit dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Kelana Jaya bertembung dengan tren yang sedang diuji dari arah bertentangan.

“Tren yang membawa penumpang itu dipandu secara automatik manakala tren yang sedang diuji kerana mengalami kerosakan pula dipandu secara manual.

“Pertembungan berlaku di rel dalam terowong berhampiran KLCC. Kemalangan itu menyebabkan semua penumpang yang dalam tren mengalami kecederaan,” katanya dalam sidang media di lokasi sebentar tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku dipercayai disebabkan oleh masalah komunikasi pada sistem kawalan tren berkenaan.

Stories Rakan Kongsi
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
8 produk kehamilan anda harus miliki dari Maternity Exchange!
8 produk kehamilan anda harus miliki dari Maternity Exchange!
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk

Sumber: Harian Metro

Foto: Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pekerja Rapid Jadi Bidan Terjun, Sambut Kelahiran Bayi Dalam LRT

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Nahas LRT, Anak Hubungi Ibu Kata Tak Dapat Rasa Kaki Yang Cedera Teruk
Kongsikan:
  • Guru Maut, Lima Pelajar Cedera Parah Dalam Kemalangan

    Guru Maut, Lima Pelajar Cedera Parah Dalam Kemalangan

  • Eskalator: Kemudahan atau bahaya?

    Eskalator: Kemudahan atau bahaya?

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Guru Maut, Lima Pelajar Cedera Parah Dalam Kemalangan

    Guru Maut, Lima Pelajar Cedera Parah Dalam Kemalangan

  • Eskalator: Kemudahan atau bahaya?

    Eskalator: Kemudahan atau bahaya?

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.