189 penumpang Lion Air termasuk 2 bayi dan 1 kanak-kanak maut

lead image

Berita mengenai nahas pesawat Lion Air telah mengejutkan semua orang dan kesemua 189 penumpang juga dipercayai maut. Baca rentetan kejadian nahas ini.

Pagi semalam, kita dikejutkan dengan berita nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di Laut Jawa. 

Perkembangan terbaru nahas pesawat Lion Air: Kesemua 189 penumpang pesawat JT160 yang terhempas pada 29 Oktober 2018 ini, berkemungkinan maut, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) di Indonesia.

Selepas berjam-jam proses pencarian dilakukan, penyelamat setakat ini telah menemui beberapa anggota badan dalam sembilan beg mayat, menurut pengarah urusan Basarnas Bambang Suryo Aji.

Barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, beg tangan, kad pengenalan serta jaket keselamatan turut ditemui dari dalam air berhampiran tempat kejadian.

Bambang memberikan berita sedih ini semasa di sidang media,

“Jangkaan saya, tak ada siapa yang selamat kerana mangsa yang kami temui, tubuh mereka berkecai dan sekarang sudah beberapa jam dan kemungkinan kesemua 189 penumpang telah meninggal dunia.”

Pencarian kotak hitam juga masih diteruskan dan mereka sedang menantikan bantuan dari Singapura bagi membantu mereka menemukan kotak hitam ini.

Agensi mencari dan menyelamat mengatakan yang mereka menemui lokasi kotak hitam ini tapi masih belum ditemui.

Kotak hitam ini penting kerana mereka boleh mengetahui apa yang terjadi di dalam pesawat sebelum pesawat terhempas.

Dilaporkan sebelum ini yang pesawat Lion Air JT610 dari Jakarta ke Pangkal Pinang telah terhempas ke dalam laut Pulau Jawa, 13 minit selepas berlepas pada pagi Isnin (29 Oktober).

Pesawat ini membawa 189 penumpang termasuk dua bayi dan satu kanak-kanak.

src=https://sg 189 penumpang Lion Air termasuk 2 bayi dan 1 kanak kanak maut

Sumber: Wikimedia Commons

Nahas pesawat Lion Air: Pesawat terputus hubungan selepas 13 minit berlepas

Agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata yang pesawat JT610 ini telah terputus hubungan 13 minit selepas berlepas.

Juruterbang dikatakan meminta untuk patah balik ke pangkalan sebelum hubungan komunikasi terputus. 

Pesawat ini membuat penerbangan menuju ke Pangkal Pinang di pulau Bangka.

“Ia telah disahkan yang pesawat ini telah terhempas,” kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat, Yusuf Latif. Pesawat ini dikenapasti sebagai Boeing 737 MAX 8.

src=https://sg 189 penumpang Lion Air termasuk 2 bayi dan 1 kanak kanak maut

Sumber: Flightradar24

Rekod terakhir menunjukkan pesawat ini berada pada 3,650 kaki di udara dan kelajuannya bertambah ke 345 knot, menurut data yang diambil oleh Flightradar24.

“Pesawat ini terhempas ke dalam air yang mempunyai kedalaman lebih kurang 30 ke 40 meter.” katanya pada AFP. “Kami masih mencari bangkai pesawat.”

Terdapat 189 penumpang di dalam pesawat ini termasuk dua bayi, satu kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kabin kru.

Menteri Kewangan mengatakan yang lebih kurang 20 pekerjanya berada dalam pesawat tersebut.

Nahas pesawat Lion Air: Dr M mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan ini

src=https://sg 189 penumpang Lion Air termasuk 2 bayi dan 1 kanak kanak maut

Sumber: Reuters

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang yang terlibat dalam nahas pesawat Lion Air ini.

Dalam satu pos di akaun Twitter beliau, Dr Mahathir melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan berita kejadian ini.

“Saya bersedih dan terkejut apabila mengetahui pesawat Lion Air JT610 telah terhempas ke dalam air di Karawang pagi ini. Ucapan takziah pada keluarga penumpang yang terlibat dalam tragedi ini.” kata Dr M.

Kami di theAsianparent juga turut bersedih mendengar berita tentang kejadian ini dan berharap kesemua ahli keluarga penumpang yang terlibat terus kuat menghadapi dugaan ini.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Maut pisahkan 2 adik-beradik tak bersalah yang terkorban dalam nahas bom di Surabaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!