Pagi hari minggu yang tenang di Indonesia, tiba-tiba negara itu dikejutkan dengan letupan bom di 3 buah gereja di Surabaya. Peristiwa bom Surabaya ini menimbulkan kesedihan dan kemarahan lebih-lebih lagi apabila media mendapat tahu ada kanak-kanak telah menjadi korban!
Letupan bom ini terjadi di 3 gereja: Gereja Katolik Santa Maria Tak Bercela di jalan Ngagel Madya Utara, Gereja Kristen Indonesia di jalan Diponegoro, dan Gereja Pantekosta Pusat Surabaya (GPPS) di jalan Arjuna.
Jumlah terkorban akibat letupan bom ini adalah seramai 10 orang. Tiga mangsa yang maut sudah dikenalpasti sementara tujuh lagi masih di lokasi kejadian dan jumlah mangsa yang tercedara bertambah menjadi 41 orang.
Kanak-kanak yang menjadi korban bom Surabaya
Vincencius Evan (11), merupakan salah seorang korban bom Surabaya di Gereja Katolik Santa Maria Tak Bercela, Ngagel, Jawa Timur yang meninggal dunia di hospital.
Ketika di bawa ke dewan bedah di Surabaya, keadaan Evan cedera parah.
“Ada luka bakar, luka patah dan luka lain.” Kata Dr. Priyanto Swasono Mars, pengarah di RS Bedah Surabaya. Evan merupakan mangsa korban pertama yang dikenalpasti.
Adik Evan, Nathanael (8), turut menjadi korban letupan bom itu walaupun dia sempat dirawat di hospital dalam keadaan kritikal.
Namun, takdir seperti tidak mahu memisahkan kedua adik-beradik ini. Nathan juga turut meninggal pada pukul 8 malam.
Kami di theAsianparent turut bersimpati terhadap keluarga mangsa korban bom Surabaya dan membantah sekeras-kerasnya pengganas bom dan berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Bagaimana untuk menerangkan pada anak tentang kejahatan pengganas?
Pasti anda akan melihat berita tentang pengganas-pengganas di seluruh dunia apabila pengganas ini berleluasa.
Mungkin anak anda turut menyaksikan berita seperti ini dan mereka masih belum memahami sepenuhnya tentang apa yang terjadi. Bagaimana untuk anda menerangkan pada mereka?
Anak anda belum boleh untuk menyekat maklumat yang ada. Tugas kita sebagai ibu bapa adalah untuk menerangkan pada mereka mengikut kesesuaian umur.
Menurut Najeela Shihab, pemerhati pendidikan menyarankan ibu bapa melakukan perkara berikut untuk membantu anak memahami apa itu pengganas, darurat dan bagaimana untuk buat mereka faham tentang maklumat yang anda berikan: