Bila naik bas, memang kita sedia maklum macam-macam ragam manusia. Namun pengalaman seorang netizen baru-baru ini menimbulkan rasa geram apabila seorang ibu marah-marah dan pukul anak kecilnya hanya kerana kanak-kanak itu mahu buang air besar.
Bayangkan, lapan jam mereka dengar wanita ini marah-marah anaknya. Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Temerloh, Pahang jadi ‘tersiksa’ gara-gara wanita baran itu.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Naik bas 8 jam dengar wanita marah-marah, pukul anak sampai kena tegur
- Penumpang tegur suruh berhenti marah&pukul anak
Naik bas 8 jam dengar wanita marah-marah, pukul anak sampai kena tegur
Perkongsian seorang gadis di tiktoknya, @amethystnb_ mengenai kejadian mendapat perhatian netizen. Difahamkan, sepanjang perjalanan memang wanita itu marah-marah anaknya.
Namun kemuncaknya apabila anaknya dikatakan mahu buang air besar, Wanita berkenaan marah-marah dan bertindak memukul anaknya.
Antara yang dapat didengari dalam video itu wanita berkenaan mengatakan “tadi dekat sana tak nak berak (buang air besar), kau ni dah menyusahkan aku”.
Apa yang diperkatakan wanita itu memang jelas dalam video yang dirakam. Turut didengari juga anaknya merintih ‘sakit’.
Penumpang tegur suruh berhenti marah & pukul anak
Mungkin tidak tahan ‘menadah’ telinga, seorang lelaki yang juga merupakan anggota polis bertindak menegur perbuatan wanita berkenaan yang bukan saja bising malah perbuatan memarahi dan memukul anak kecilnya itu tidak boleh diterima.
Lelaki berkenaan berkata dia akan bawa wanita itu ke balai polis jika berterusan buat begitu kepada anak-anaknya.
Tinjauan di bahagian komen mendapati pelbagai reaksi netizen berhubung perkara itu.
Malah ada yang mengatakan bahawa mungkin ibu itu burn out lalu bertindak demikian. Namun ada yang tidak bersetuju kerana daripada cara wanita itu bercakap dengan anak-anaknya kelihatan memang sudah jadi tabiatnya memaki hamun.
Kelihatan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya digunakan kepada anak kecil seolah-olah terlalu biasa diucapkan.
Malah ada yang kata jika burn out sekalipun, tidak sepatutnya seorang ibu mengeluarkan perkataan sedemikian terhadap anak-anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jangan ‘Over’ Marah Anak, Risau Dia Terikut-Ikut Gaya & Cara Kita Ketika Marah
Baca juga: Isteri Selalu Marah Anak Sebenarnya Dia Geram Dengan Suami Dalam Diam!
Baca juga: Selalu Marah Anak & Stress Bacalah Zikir Fatimah Ini Untuk Rasa Lebih Tenang