Walaupun Takut-Takut, Budak Perempuan Nekad Naik Flight Seorang Diri Kerana Ingin Bertemu Ibu

Naik kapal terbang seorang diri bagi kanak-kanak dibolehkan bagi kebanyakan pesawat. Ia dikenali sebagai Young Passenger Travelling Alone.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman naik kapal terbang menjadi sesuatu yang paling berharga bagi kebanyakan kanak-kanak. Namun disebabkan oleh beberapa halangan, ada kanak-kanak terpaksa menaikinya seorang diri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kanak-kanak naik kapal terbang seorang diri, ingin bertemu dengan ibu
  • Young Passenger Travelling Alone (YPTA) untuk kanak-kanak bawah 15 tahun
  • Panduan untuk kanak-kanak yang naik kapal terbang seorang diri

Bagi mana-mana ibu pastinya akan berasa risau untuk melepaskan anak ‘travel’ seorang diri. Seperti video yang tular dalam Facebook baru-baru ini memaparkan kanak-kanak perempuan membawa beg di lapangan terbang.

Kanak-kanak naik kapal terbang seorang diri, ingin bertemu dengan ibu

Video yang dimuat naik oleh saudaranya memperlihatkan seorang kanak-kanak begitu teruja untuk bertemu dengan ibu pada tahun lalu.

Difahamkan dia dari lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah menuju ke Kuala Lumpur seorang diri.

Gembira nampak Acha, yelah dah nak jumpa mummy dia.

Di sini rasa mula keluar air mata, tapi kena tahan takut Acha ikut sama menangis. Terima kasih abang yang jagakan Acha. Tahu tak sedih dia macam mana?

Young Passenger Travelling Alone (YPTA) untuk kanak-kanak bawah 15 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkhidmatan naik kapal terbang seorang diri bagi kanak-kanak bawah 15 tahun atau dikenali sebagai Young Passenger Travelling Alone (YPTA) masih disediakan sehingga kini.

Hampir semua penerbangan menyediakan perkhidmatan ini. Bagi anda yang tidak tahu, perkhidmatan YPTA perlu ditempah bersama ketika membuat tempahan tiket penerbangan.

Kanak-kanak berusia antara 12 hingga 15 pada hari perlepasan dianggap sebagai YPTA, namun ia bergantung pada penerbangan masing-masing.

Antara kelebihan penumpang muda yang terbang bersendirian (YPTA) ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ditemani sepanjang berada di lapangan terbang
  • Diberi keutamaan menaiki dan turun kapal terbang
  • Hiburan ketika penerbangan= sistem Audio Video On Demand (AVOD) yang tersedia di pesawat terpilih menawarkan pilihan filem dan kartun
  • Disambut ketika mendarat dan dihantar kepada penjaga/ ibu bapa YPTA tersebut

Panduan untuk kanak-kanak yang naik kapal terbang seorang diri

Ada beberapa perkara penting yang ibu ayah perlu patuhi sebelum melepaskan anak menaiki kapal terbang seorang diri, iaitu:

#1. Jelaskan syarat dan keperluan penerbangan

Kebanyakan syarikat penerbangan mempunyai syarat dan peraturan mereka sendiri untuk penerbangan solo bagi mereka di bawah umur. Misalnya penumpang hendaklah berusia dalam lingkungan 5 hingga 15 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana penumpang berusia 15 tahun ke atas ada pilihan cara penerbangan yang lain.

#2. Pastikan anak mendapat kerusi khas dan peneman

Bagi penumpang muda, mereka akan diberi kerusi di tempat khas atau peneman. Jadi anda akan dicaj dengan harga lebih. Biasanya kanak-kanak yang terbang seorang diri akan diberi tempat duduk khas di bahagian hadapan kapal terbang.

#3. Teman anak hingga ke pintu masuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa mendaftar, ibu ayah boleh memohon surat bagi mendapatkan pas untuk menghantar anak sehingga ke pintu masuk. Ada sesetengah lapangan terbang membenarkan anda menunggu di pintu masuk hingga kapal berlepas.

Hal ini kerana jika terdapat sebarang isu teknikal seperti penerbangan lambat atau dibatalkan, sekurang-kurangnya ibu ayah masih ada di sana.

Apabila di balai ketibaan pula, penjaga yang menjemput penerbang solo ini akan dibenarkan masuk untuk menjemput mereka.

#4. Sediakan dokumen yang penting

Jangan lupa menyediakan segala keperluan penting seperti dokumen pengenalan anak, pasport dan sebagainya. Ajarkan mereka untuk menjaga dokumen tersebut dengan sehabis mungkin.

Sebagai ibu ayah, pastinya anda sudah tahu apa keperluan penting anak-anak, kan? Jadi jangan lupa sediakan sebarang botol, anak patung atau permainan yang wajib untuk menenangkan mereka ketika dalam penerbangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak berasa gemuruh untuk terbang seorang diri, libatkan mereka dalam perancangan penerbangan. Biar mereka rasa teruja dengan perjalanan yang bakal dilaluinya.

Puji mereka kerana mahu terbang solo dan ceritakan mengenai keseronokan ketika menaiki kapal terbang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rezeki Bayi Lahir Dalam Pesawat, Dapat Hadiah Tiket Penerbangan PERCUMA Seumur Hidup!

Baca juga: Kasihan, Ibu Ini Terlalu Kelam-Kabut Sampai ‘Terlupa’ Bawa Anak Naik Flight!

Baca juga: Bayi Maut Tiba-Tiba Lepas Naik Flight- Anda Tahu Risiko Jika Bayi Naik Flight?