Isu ini memang tidak sudah-sudah dibangkitkan. Namun masih juga tiada perubahan. Sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri dan tidak prihatin ketika naik lif di pusat beli-belah buat ramai ibu ayah yang menggunakan stroller kecewa.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Naik lif pusat beli-belah perkara paling sukar buat ibu ayah yang guna stroller
- Ramai ibu berdepan masalah sama ketika di pusat membeli-belah
- Rakyat Malaysia perlu cakna siapa yang perlu diutamakan guna lif di pusat beli belah
Sudahlah muda belia, barang pula tak banyak, boleh pula buat muka tak bersalah naik lif dan potong barisan. Memang pentingkan diri dan sangat menyakitkan hati.
Naik lif pusat beli-belah perkara paling sukar buat ibu ayah yang guna stroller
Perkongsian seorang pengguna instagram _wanismanis mengenai perkara ini buat ramai ibu ayah lain tampil meluahkan kekecewaan mereka dengan sikap rakyat Malaysia yang masih tidak peka mengenai perkara ini.
Beliau meluahkan bahawa rakyat Malaysia masih ‘lemah’ mengenai kesedaran memberikan keutamaan penggunaan kemudahan lif kepada golongan yang memerlukan.
Kisah lift vs escalator kami
Minta tolong ya yang mana takdak bawak wheelchair, stroller, benda-benda besar dekat tangan, minta tolong sangat-sangat naiklah eskalator.
Malaysian masih LEMAH dan kurang sensitif benda-benda macam ni.
Kami tunggu depan lift ni dah 4 round tau. (Untuk turun bawah dari second floor ke LG)
Tiada seorang manusia pun yang ada belas ihsan dan tolak ansur untuk bagi kami ruang masuk dalam lif.
Sedangkan yang dalam tu cukup sifat, muda, tak bawa wheelchair, stroller atau barang-barang yang banyak. Dalam bahasa kurang cantiknya, mereka melenggang-lenggang kangkung je.
Last round macam dah hilang sabar dah. Jom jelah naik eskalator, tapi aku nak ambil juga gambar mereka dalam lif ni! abang yang depan aku tu senyum tersipu-sipu. Entahlah, hampa ni ada perasaan tak?
Ended up, kami naiklah eskalator. 3 kali turun ya. Adam, Adib umi pimpin tangan. Babah bawa stroller Adra dan Adib yang co-rider tu.
Hampa takkan faham situasi ini selagi tidak mengalami. Tapi tolonglah bertolak ansur sikit, aku kalau boleh nak naik eskalator je cepat jimat masa, tapi kenapa lah sesetengah orang berebut nak naik lif.
Kawan-kawan saya kat sini, tolong ya ada kesedaran yang keutamaan naik lif adalah untuk mereka yang ada stroller, naik wheelchair, bertongkat, yang bawa anak-anak kecil.
Korang yang sekadar bawa satu atau dua beg kertas janganlah naik sini. Kami bukannya saja-saja nak naik lif tu.
Jangan nasihat suruh aku duduk je kat rumah. Ada masa kena bawa juga mereka keluar berjalan.
Ramai ibu berdepan masalah sama ketika di pusat membeli-belah
Ini antara reaksi ibu ayah yang meluahkan kekecewaan dan pengalaman mereka terhadap isu ini.
“Ya Allah, akhirnya. Ada juga speak out. Kadang kita pula yang ada stroller ni terkebil kebil naik escalator.”
“Dah tak larat nak cakap dah, saya dulu mengandung naik escalator je sebab lift penuh dengan orang yang………………..”
“I pon kena benda sama dekat icity central ni. 30min tunggu. Last2 i tahan pintu lift suruh semua keluar. I dengan stroller + my mom in wheelchair. Terus semua keluar, tau pon malu. Next time maki kan jer org mcm ni, ni bila ingat balik pon rasa nk marah jerrrrr.”
Rakyat Malaysia perlu cakna siapa yang perlu diutamakan guna lif di pusat beli belah
Walaupun sudah terang-terangan pihak pengurusan pusat beli belah tampalkan nota di luar lif kemudahan itu perlu diutamakan pengunaannya kepada mereka yang memerlukan, namun masih ramai pihak yang memandang enteng.
Golongan yang diutamakan untuk menggunakan lif di pusat beli-belah termasuklah ibu mengandung, mereka yang menggunakan stroller, pengguna wheelchair serta warga emas.
Jadi, bagi mana-mana individu yang tiada keperluan gunakan lif, mohon kerjasama untuk keluar bila lihat ada yang lebih memerlukan. Usahlah pentingkan diri sendiri dan belajarlah bertolak-ansur.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Budak Kecil Tergantung Dalam Lif Selepas Dipakai Tali Keselamatan, Ibu Ayah Tolong Jangan leka!
Baca juga: Stroller Bag Terbaik di Pasaran, Memudahkan Ibu Ayah Yang Sentiasa Beriadah Bersama Si Manja!
Baca juga: Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!