Takut Kena Tinggal Suami, Wanita Sanggup Benam Paku Di Kepala Sebab Nak Anak Lelaki

Nak lelaki lelaki selepas dikurniakan anak perempuan menjadi impian pasangan. Namun ada diugut suami sehingga sanggup buat perkara bahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya ingin memberikan terbaik buat suami tercinta, lebih-lebih lagi apabila dalam soal zuriat. Bagi sesetengah pasangan, tentu sekali anda nak anak lelaki setelah dikurniakan anak perempuan.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Terlalu nak anak lelaki, wanita benam paku di kepala kerana saranan bomoh
  • Terlalu nak anak lelaki dan takut suami tinggal, wanita nekad buat apa sahaja
  • Nak anak berbeza jantina memerlukan usaha bersama

Walau bagaimanapun, jantina anak telah ditentukan oleh sang pencipta. Manusia tidak memiliki kuasa dalam menentukan jantina bayi dalam kandungan agar ia seiring dengan pengharapan suami isteri.

Terlalu nak anak lelaki, wanita benam paku di kepala kerana saranan bomoh

Menurut laporan oleh The Independent, pasukan polis Pakistan sedang mengesan seorang tok omoh selepas dia didakwa mengarahkan wanita mengandung membenamkan paku di kepalanya jika ingin mendapatkan anak lelaki.

Kisah ini bermula selepas imej x-ray milik mangsa tular di media sosial. Difahamkan wanita berkenaan dikejarkan ke hospital di bandar Peshawar dengan sebatang paku berukuran lima sentimeter berada di kepalanya.

Setelah disoal siasat, ibu kepada tiga anak perempuan itu mengatakan bahawa seorang tok bomoh bertanggungjawab atas perbuatan yang mengerikan itu. 

Lebih menyedihkan suaminya telah membuat ugutan hendak meninggalkannya jika kali ini dia bersalin anak perempuan.

Terlalu nak anak lelaki dan takut suami tinggal, wanita nekad buat apa sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak polis pada Khamis lalu berkata mereka telah mengenal pasti wanita terbabit dan suaminya.

”Kesihatan mental wanita itu kelihatan tidak stabil. Dia sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dengan lebih lanjut. Bukan itu sahaja, dia dan suaminya telah membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor psikiatri.” jelasnya.

Ketua polis Peshawar Abbas Ahsan telah mengumumkan bahawa sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk membawa lelaki itu ke muka pengadilan yang membabitkan nyawa seorang wanita tidak bersalah.

”Pasukan khas ini turut menyiasat punca kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis. Sepatutnya doktor yang merawat wanita berkenaan menjalankan tanggungjawabnya dengan melakukan laporan kepada pihak berkuasa.” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak anak berbeza jantina memerlukan usaha bersama

Apabila menyentuh bab zuriat, maka ramailah berpendapat bahawa isteri yang perlu berusaha dengan menjaga pemakanan, mendapatkan berat badan ideal dan mengambil supplemen kesuburan.

Namun tahukah anda sebenarnya untuk memiliki jantina anak yang dikehendaki, ia memerlukan usaha kedua-dua pihak? Ya, suami pun kena mainkan peranan!

#1. Pengambilan makanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kali ini anda inginkan anak perempuan, suami perlulah banyak mengambil makanan beralkali. Manakala ibu kena makan lebih banyak makanan berasid.

Jika nak anak lelaki pula, suami perlu makan makanan berasid dan isteri pula makan makanan beralkali seperti putih telur, susu, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Makanan berasid pula adalah seperti daging, makanan laut dan sebagainya.

#2. Kekerapan melakukan hubungan seks

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hubungan intim sebelum datang haid mampu meningkatkan peluang untuk anda berdua mendapat anak perempuan. Namun jika bersama selepas tempoh haid iaitu hari ke-11 hingga 16, peluang mendapatkan anak lelaki adalah lebih tinggi.

#3. Posisi sewaktu bersama

Posisi suami yang berada di bawah, manakala isteri di atas ketika hubungan seks membolehkan anda cenderung dapat anak perempuan.

Namun jika kedudukan bertentangan iaitu isteri di bawah dan suami di atas, ini meningkatkan peluang memperoleh jantina anak lelaki.

#4. Tahap klimaks suami isteri

Bagi anda yang mengharapkan anak perempuan, suami perlulah klimaks terlebih dahulu sebelum isteri. Ini kerana ketika isteri mengalami klimaks, tubuhnya akan mengeluarkan cecair beralkali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala jika isteri klimaks mendahului suami, potensi untuk mendapat anak lelaki adalah sangat tinggi.

#5. Persediaan isteri sebelum seks

Sebelum bersama dengan suami, para isteri boleh melakukan ikhtiar sendiri dengan membasuh vagina dengan satu sudu cuka bersama semangkuk air, jika anda inginkan anak perempuan.

Namun jika nak anak lelaki, anda boleh cuci vagina menggunakan satu sudu soda yang dicampur bersama air bagi menjadikannya lebih beralkali.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Wanita Yang Capai Orgasme Akan Lebih Berpeluang Hamil Anak Lelaki?

Baca juga: Bagi Pasangan Yang Masih Mencuba, Apa Kata Ikuti Tips Untuk Hamil Anak Lelaki Ini

Baca juga: Harungi Detik Cemas Bawa Wanita Bersalin, Lelaki Nekad Turun Kereta Minta Bagi Laluan