Asmaul Husna adalah 99 nama nama Allah SWT yang terbaik yang hanya layak dimiliki oleh Allah, selaku yang paling hebat dalam alam ini.
Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama atau Asmaul Husna tersebut, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Asmaul Husna atau nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Asmaul Husna 99 Nama Allah Bersama tulisan arab dan maksudnya
Berikut adalah Asmaul Husna nama-nama Allah berserta terjemahannya di dalam Bahasa Melayu.
1. AR-RAHMAAN
- Tulisan Arab: ( الرحمن )
- Maksudnya: Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. AR-RAHIM
- Tulisan Arab: ( الرحيم )
- Maksudnya: Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. AL-MALIK
- Tulisan Arab: ( الملك )
- Maksudnya: Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. AL-QUDDUS
- Tulisan Arab: ( القدوس )
- Maksudnya: Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. AS-SALAAM
- Tulisan Arab: ( السلام )
- Maksudnya: Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. AL-MU’MIN
- Tulisan Arab: ( المؤمن )
- Maksudnya: Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. AL-MUHAIMIN
- Tulisan Arab: ( المحيمن )
- Maksudnya: Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. AL-’AZIIZ
- Tulisan Arab: ( العزيز )
- Maksudnya: Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. AL-JABBAAR
- Tulisan Arab: ( الجبار )
- Maksudnya: Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10. AL-MUTAKABBIR
- Tulisan Arab: ( المتكبر )
- Maksudnya: Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. AL-KHAALIQ
- Tulisan Arab: ( الخالق )
- Maksudnya: Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12. AL-BAARI’
- Tulisan Arab: ( البارئ )
- Maksudnya: Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. AL-MUSHAWWIR
- Tulisan Arab: ( المصور )
- Maksudnya: Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. AL-GHAFFAAR
- Tulisan Arab: ( الغفار )
- Maksudnya: Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. AL-QAHHAAR
- Tulisan Arab: ( القهار )
- Maksudnya: Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. AL-WAHHAAB
- Tulisan Arab: ( الوهاب )
- Maksudnya: Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. AR-RAZZAAQ
- Tulisan Arab: ( الرزاق )
- Maksudnya: Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. AL-FATTAAH
- Tulisan Arab: ( الفتاح
- Maksudnya: Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. AL-’ALIIM
- Tulisan Arab: ( العليم )
- Maksudnya: Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. AL-QAABIDH
- Tulisan Arab: ( القابض )
- Maksudnya: Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. AL-BAASITH
- Tulisan Arab: ( الباسط )
- Maksudnya: Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-KHAAFIDH
- Tulisan Arab: ( الخافض )
- Maksudnya:Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. AR-RAAFI’
- Tulisan Arab: ( الرافع )
- Maksudnya: Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. AL-MU’IZ
- Tulisan Arab: ( المعز )
- Maksudnya: Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. AL-MUZIL
- Tulisan Arab: ( المذل )
- Maksudnya: Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. AS-SAMII’
- Tulisan Arab: ( السميع )
- Maksudnya: Maha Mendengar.
27. AL-BASHIIR
- Tulisan Arab: ( البصير )
- Maksudnya: Maha Melihat.
28. AL-HAKAM
- Tulisan Arab: ( الحكم )
- Maksudnya: Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. AL-’ADL
- Tulisan Arab: ( العدل )
- Maksudnya: Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. AL-LATHIIF
- Tulisan Arab: ( اللطيف )
- Maksudnya: Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. AL-KHABIIR
- Tulisan Arab: ( الخبير )
- Maksudnya:Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32. AL-HALIIM
- Tulisan Arab: ( الحليم )
- Maksudnya: Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. AL-’ADZHIIM
- Tulisan Arab: ( العظيم )
- Maksudnya:Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. AL-GHAFUUR
- Tulisan Arab: ( الغفور )
- Maksudnya: Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. ASY-SYAKUUR
- Tulisan Arab: ( الشكور )
- Maksudnya: Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. AL-’ALIY
- Tulisan Arab: ( العلي )
- Maksudnya: Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. AL-KABIIR
- Tulisan Arab: ( الكبير )
- Maksudnya: Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38. AL-HAFIDZ
- Tulisan Arab: ( الحفيظ )
- Maksudnya: Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.
39. AL-MUQIIT
- Tulisan Arab: ( المقيت )
- Maksudnya: Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. AL-HASIIB
- Tulisan Arab: ( الحسيب )
- Maksudnya: Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. AL-JALIIL
- Tulisan Arab: ( الجليل )
- Maksudnya: Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. AL-KARIIM
- Tulisan Arab: ( الكريم )
- Maksudnya: Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. AR-RAQIIB
- Tulisan Arab: ( الركيب )
- Maksudnya: Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. AL-MUJIIB
- Tulisan Arab: ( المجيب )
- Maksudnya: Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45. AL-WAASI’
- Tulisan Arab: ( الواسع )
- Maksudnya: Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. AL-HAKIIM
- Tulisan Arab: ( الحكيم )
- Maksudnya: Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. AL-WADUUD
- Tulisan Arab: ( الودود )
- Maksudnya: Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48. AL-MAJIID
- Tulisan Arab: ( المجيد )
- Maksudnya: Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49. AL-BA’ITHU
- Tulisan Arab: ( الباعث )
- Maksudnya: Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50. ASY-SYAHIID
- Tulisan Arab: ( الشهيد )
- Maksudnya: Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. AL-HAQ
- Tulisan Arab: ( الحق )
- Maksudnya: Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. AL-WAKIIL
- Tulisan Arab: ( الوكيل )
- Maksudnya: Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. AL-QAWIY
- Tulisan Arab: ( القوى )
- Maksudnya: Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54. AL-MATIIN
- Tulisan Arab: ( المتين )
- Maksudnya: Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. AL-WALIY
- Tulisan Arab: ( الولى )
- Maksudnya: Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. AL-HAMIID
- Tulisan Arab: ( الحميد )
- Maksudnya: Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57. AL-MUHSHII
- Tulisan Arab: ( المحصى )
- Maksudnya: Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. AL-MUBDI’
- Tulisan Arab: ( المبدئ )
- Maksudnya: Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. AL-MU’IID
- Tulisan Arab: ( المعيد )
- Maksudnya: Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. AL-MUHYII
- Tulisan Arab: ( المحي )
- Maksudnya: Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61. AL-MUMIIT
- Tulisan Arab: ( المميت )
- Maksudnya: Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. AL-HAY
- Tulisan Arab: ( الحي )
- Maksudnya: Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. AL-QAYYUUM
- Tulisan Arab: ( القيوم )
- Maksudnya: Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64. AL-WAAJID
- Tulisan Arab: ( الواجد )
- Maksudnya: Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65. AL-MAAJID
- Tulisan Arab: ( الماجد )
- Maksudnya: Mulia.
66. AL-WAAHID
- Tulisan Arab: ( الواحد )
- Maksudnya: Esa.
67. AL-AHAD
- Tulisan Arab: ( الأحد )
- Maksudnya: Tunggal.
68. ASH-SHAMAD
- Tulisan Arab: ( الصمد )
- Maksudnya: Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. AL-QAADIR
- Tulisan Arab: ( القادر )
- Maksudnya: Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. AL-MUQTADIR
- Tulisan Arab: ( المقتدر )
- Maksudnya: Menentukan.
71. AL-MUQADDIM
- Tulisan Arab: ( المقدم )
- Maksudnya: Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72. AL-MUAKHKHIR
- Tulisan Arab: ( المؤخر )
- Maksudnya: Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. AL-AWWAL
- Tulisan Arab: ( الأول )
- Maksudnya: Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74. AL-AAKHIR
- Tulisan Arab: ( الآخر )
- Maksudnya: Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang sementara.
75. AZH-ZHAAHIR
- Tulisan Arab: ( الظاهر )
- Maksudnya: Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. AL-BAATHIN
- Tulisan Arab: ( الباطن )
- Maksudnya: Tersembunyi, iaitu tidak dapat dizahirkan ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. AL-WAALII
- Tulisan Arab: ( الوالى )
- Maksudnya: Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. AL-MUTA’AALII
- Tulisan Arab: ( المتعال )
- Maksudnya: Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
79. AL-BAR
- Tulisan Arab: ( البار )
- Maksudnya: Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. AT-TAWWAAB
- Tulisan Arab: ( التواب )
- Maksudnya: Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. AL-MUNTAQIM
- Tulisan Arab: ( المنتقم )
- Maksudnya: Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. AL-’AFUW
- Tulisan Arab: ( العفو )
- Maksudnya: Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. AR-RAUUF
- Tulisan Arab: ( الرؤف )
- Maksudnya: Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. MAALIKUL MULK
- Tulisan Arab: ( المالك الملك )
- Maksudnya: Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85. ZUL-JALAALI WAL IKRAAM
- Tulisan Arab: ( ذوالجلال والإكرام )
- Maksudnya: Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. AL-MUQSITH
- Tulisan Arab: ( المقسط )
- Maksudnya: Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. AL-JAAMI’
- Tulisan Arab: ( الجامع )
- Maksudnya: Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88. AL-GHANIY
- Tulisan Arab: ( الغنى )
- Maksudnya: Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89. AL-MUGHNII
- Tulisan Arab: ( المغنى )
- Maksudnya: Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90. AL-MAANI’
- Tulisan Arab: ( المانع )
- Maksudnya: Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. ADH-DHAAR
- Tulisan Arab: ( الضار )
- Maksudnya: Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. AN-NAAFI’
- Tulisan Arab: ( النافع )
- Maksudnya: Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. AN-NUUR
- Tulisan Arab: ( النور )
- Maksudnya: Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. AL-HAADI
- Tulisan Arab: ( الهادى )
- Maksudnya: Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95. AL-BADII’
- Tulisan Arab: ( البديع )
- Maksudnya: Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. AL-BAAQI
- Tulisan Arab: ( الباقع )
- Maksudnya: Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. AL-WAARITS
- Tulisan Arab: ( الوارث )
- Maksudnya: Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98. AR-RASYIID
- Tulisan Arab: ( الرشيد )
- Maksudnya: Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. ASH-SHABUUR
- Tulisan Arab: ( الصبور )
- Maksudnya: Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
Semoga dengan perkongsian akan Asmaul Husna iaitu nama-nama Allah ini dapat memberikan kita sedikit intipati tentang kekuasaan Allah dan pada masa yang sama boleh dijadikan ia sebagai zikir amalan kita setiap hari. Insha-Allah dengan amalan membaca asmaul husna ini dapat menambah keberkatan ke dalam kehidupan kita.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Doa Selepas Solat Fardhu, Ringkas & Lengkap Berserta Maksud Yang Senang Dihafal
Baca juga : Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu
Baca juga : Doa Solat Dhuha Yang Elok Diamalkan Setiap Hari, Jadi Pembuka Rezeki & Tenangkan Hati