Jangan terkejut atau tanya kenapa kalau nanti anak membesar dengan sifat yang murung dan penuh rasa terseksa dalam kehidupan mereka kerana ibu ayah boleh lihat balik cara mendidik anak atau melayani mereka. Adakah ibu ayah ada mempraktikkan cara keibubapaan narsisistik?
Apakah itu keibubapaan narsisistik? Ia adalah di mana ibu bapa membentuk atau mendidik anak itu dengan cara yang mereka mahukan, bukannya untuk cuba mengenali keinginan dan kesukaan anak itu sendiri.
Boleh dikatakan sebenarnya ramai parents di Malaysia kita ini yang melakukan cara parenting sebegini. Bukannya ingin mengeksplor apa keinginan anak tersebut, sebaliknya membuatkan anak mengikut segala apa yang ibu ayah mahu mereka jadi hanya untuk memuaskan hati orang disekeliling, tanpa menghiraukan perasaan anak tersebut yang juga punya keinginan sendiri.
Menurut Dr. Redza Zainol menerusi akaun Instagram miliknya, cara keibubapaan narsisistik membuatkan anak membesar secara terseksa. Ini kerana anak merasakan yang mereka dilayan umpama objek.
Bukan itu sahaja, narcissistic parenting juga menunjukkan yang mana bagaimana anak itu akan dijulang seperti trofi apabila mereka berjaya, namun disisihkan ketika mereka gagal. Perkara ini sering kita lihat di dalam kalangan ibu ayah di negara kita ini. Ia sama sekali tidak bagus untuk anak tersebut, kerana percayalah yang impaknya akan kita lihat apabila mereka sudah membesar kelak.
Satu lagi contoh keibubapaan narsisistik adalah apabila ibu ayah mengatur kehidupan seseorang anak itu dengan tujuan hanya untuk memuaskan hati orang di sekeliling. Boleh dikatakan perkara ini seakan tidak asing di dalam masyarakat kita.
Selain itu, antara contoh lain yang turut menunjukkan jika ibu ayah itu mempunyai cara mengajar anak secara narsisistik adalah apabila mereka cinta anak dengan syarat. Ini bermaksud apabila mereka hanya menyayangi anak itu jika anak tersebut memberikan apa yang ibu ayah itu mahukan, jika mereka gagal memberikan apa yang ibu ayah itu mahukan, mereka disisih atau diabaikan.
Sememangnya itu adalah satu perkara yang salah bagi ibu ayah kerana sepatutnya ibu ayah perlu mengenali anak itu serta menerima kelebihan dan kekurangannya.
Tidak menghiraukan perasaan anak itu juga adalah satu sifat narcissistic parenting, di mana ibu ayah lebih mementingkan perasaan mereka sendiri berbanding perasaan anak yang mana bagi mereka tidak penting untuk menjaga perasaan anak tersebut kerana dengan beranggapan yang anak perlu ikut semua perintah ibu ayah tidak kira apa sekalipun.
Satu lagi sifat keibubapaan narsisistik yang kerap kita nampak di kalangan masyarakat kita dalam mendidik anak adalah ibu ayah bersifat tidak pernah mengaku salah. Perkara ini boleh dikatakan sangat biasa kita dengar di dalam sesebuah kekeluargaan di sekeliling kita.
Ia sememangnya satu sifat narsisistik yang perlu ibu ayah buang dalam menjamin kebahagiaan sekeluarga bersama anak itu sehingga mereka dewasa kelak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!
Baca juga: Bila Anak Mengamuk, Ibu Ayah Perlu Pujuk Atau Biarkan Sahaja? Ini Penjelasan Pakar!