Pasti ibu bapa kepada murid lelaki berusia 9 tahun ini cukup berbangga dengan pencapaian anaknya itu. Bukan calang-calang ya ideanya itu, sehingga Nasa pun kagum.
Murid lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur ini telah mencari jalan keluar untuk dilema yang dihadapi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (Nasa) Amerika Syarikat untuk sekian lamanya, iaitu sebuah tandas yang menentang graviti untuk misi bulan seterusnya.
“Spacesuit Lunar Toilet” Zyson Kang Zy Sun dapat disarung dengan mudah oleh angkasawan dan berfungsi dalam mikrograviti di angkasa dengan menghasilkan vakum untuk menyedut cecair.
Dengan alat itu, angkasawan hanya perlu menggerakkan kakinya untuk membuang air ketika berada di angkasa.
Merangkul hadiah utama di anugerah berprestij
Reka bentuk Zyson baru-baru ini merangkul hadiah utama Nasa’s Lunar Loo Challenge 2020 (Kategori Junior) yang berprestij, memenangi lebih daripada 897 peserta dari 85 negara.
Chong Soo Sheong, 43, yang telah melatih Zyson di pusat sains I-Discovery World di sini, mengatakan kemenangan pelajarnya itu bukan satu kebetulan.
“Zyson memiliki kemampuan untuk membuat satu penemuan. Dia adalah seorang murid yang gemar membaca dan mempunyai fikiran yang sangat ingin tahu. Sains cukup menggembirakannya, terutama astronomi,” katanya, sambil menambah bahawa murid lelaki itu bercita-cita untuk menjadi ahli genetik di masa hadapan.
Chong mengatakan Zyson memulakan projek itu pada bulan Jun, dan dia menyerahkan modelnya untuk dinilai oleh pasukan Nasa pada bulan Ogos.
“Pada 29 Oktober, Nasa mengundangnya untuk mempersembahkan modelnya itu di webinar. Pasukan Nasa kagum dengan keringkasan modelnya.
Berguna untuk doktor dan jururawat dalam menangani kes Covid-19
“Tandas itu tidak memerlukan bateri atau bekalan elektrik. Apabila anda menggerakkan kaki anda, air kencing akan mengalir ke dalam bekas di angkasa,” katanya.
Tandas angkasa ini juga boleh memberi manfaat kepada doktor dan jururawat sekiranya mereka perlu membuang air ketika menangani kes kecemasan.
“Sebagai contoh, pegawai perubatan biasanya harus menanggalkan atau menukar Peralatan Perlindungan Peribadi mereka (PPE) jika mereka harus pergi ke tandas semasa menangani pesakit Covid-19.
“Model tandas kompak Zyson akan membolehkan doktor dan jururawat membuang air semasa kecemasan tanpa perlu menukar atau menanggalkan gaun PPE mereka,” kata Chong.
6 Tanda anak bijak
#1. Anak anda mudah ingat
Satu cara mudah untuk mengetahui sama ada anak anda itu genius atau tidak adalah dengan melihat kebolehan dirinya untuk mengingat sesuatu.
Menurut pakar dari New Kid’s Center, jika anak anda mudah untuk mengingat di mana dia letakkan mainan, kenal wajah orang lain dengan mudah, atau ingat sesuatu tempat yang dia pernah pergi, itu adalah petanda yang si kecil anda itu bijak orangnya.
Cuba anda uji ingatan anak anda. Lakukan games atau aktiviti berdasarkan memori.
Dengan cara ini, bukan sahaja anda boleh lihat sama ada anak anda mempunyai kepandaian dari kecil, malah dapat membantu menguatkan lagi daya ingatannya
#2. Anak anda suka termenung
Pernah tak anda perasan yang si kecil anda suka termenung? Jika ya, ada kemungkinan besar yang pada ketika itu, dia sedang berfikir dalam-dalam dan memfokuskan dirinya pada sesuatu.
Dr. Deborah L. Ruf, seorang konsultant akademik menerangkan yang anak yang pintar suka melihat dan memberi penumpuan pada sesuatu sedari usia muda!
Sudah tentu, sebagai kanak-kanak, renungan itu mungkin juga renungan kosong. Tetapi, ada ketikanya, dia bukan termenung tanpa berfikir.
Boleh jadi dia sedang berfikir secara mendalam dan sedang mempelajari sesuatu.
Menurut Dr Ruf lagi:
“Mereka sebenarnya memerhatikan sekeliling mereka, dan kita orang dewasa kadangkala boleh terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang mereka sedang fikirkan!”
#3. Anak anda boleh membuat rumusan tentang sesuatu perkara
Kemahiran anak anda untuk berfikir dan membuat rumusan tentang sesuatu hal juga boleh menjadi petunjuk yang si kecil anda itu bijak orangnya.
Contohnya, apabila dia melihat seseorang sedang membuat sandwich, dia pasti boleh merumuskan bahawa orang itu sedang lapar dan akan makan roti sandwich tersebut.
Bagi kita, perkara ini sangat mudah dan bukan sesuatu untuk dibangga, tapi jika anak anda mampu berfikir sedemikian, maka itu adalah sesuatu yang memberangsangkan!
Menurut pakar dari What to Expect When You’re Expecting, kemampuan anak kecil untuk membuat hubungan antara satu perbuatan dengan perbuatan lain dan memberikan rumusan berdasarkan pemerhatian adalah satu tanda kepandaian.
#4. Anak anda suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar
Jika anak anda gemar bermain dengan kanak-kanak yang lebih besar darinya, maka itu juga boleh menjadi petanda yang anak anda itu bijak budaknya.
Lyn Kendall, seorang konsultant dari British Mensa berkata yang kanak-kanak bijak suka bergaul dengan orang lebih berusia darinya.
Mereka bukan sahaja matang, malah dapat belajar dari kanak-kanak yang lebih berusia darinya.
Malah, kemahiran berfikir juga mampu berkembang pesat jika dia terus bergaul dengan cara ini.
#5. Anak anda petah bercakap
Kanak-kanak yang petah bercakap dan pandai bersembang pada usia muda juga dikatakan lebih bijak dari kanak-kanak yang seusia dengannya.
Menurut Institut Davidson, kemahiran bahasa yang tinggi adalah antara ciri yang selalu ada pada kanak-kanak genius.
Pada anda, mungkin si kecil anda itu bak ‘burung murai’, tapi sebenarnya, ia adalah keupayaan si kecil anda dalam mengekspresikan pemikiran dan perasaannya!
#6. Anak anda susah untuk tidur
Ini lagi satu petanda yang anak anda itu seorang yang bijak.
Mungkin pada anda, ia adalah satu masalah kanak-kanak. Tetapi sebenarnya, anak yang bijak memang sukar untuk lena!
Menurut Dr. Ruf, ini adalah kerana otaknya sedang ligat berfikir, sehinggakan dia tidak mampu untuk lena dek pemikiran tanpa henti itu.
Sumber: The Star
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-bijak-matematik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!